Selain daripada penjagaan sepanjang kehamilan, adakah ibu telah mempersiapkan diri tentang info hamil yang satu ini iaitu berkaitan dengan keguguran?
Ini bukanlah bertujuan menakutkan anda tentang kehamilan tapi ia sekadar mendidik diri tentang risiko yang biasa terjadi di awal trimester satu.
Sebab itu biasa ibu lihat, wanita hamil dilarang melakukan pekerjaan yang berat-berat supapa dapat menghindari dari keguguran terutama di usia kehamilan yang masih baru.
Info hamil berkaitan keguguran
Keguguran jarang menjadi pengalaman yang indah bagi ibu hamil. Sebabnya ia berkaitan dengan kehilangan bayi di awal kandungan.
Malahan itu, situasi ini boleh menjadi secara tiba-tiba dan mengejutkan. Selain sukar diterima dan menyakitkan dalam diam.
Apatah lagi, ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi pasangan suami isteri yang menunggu lama cahaya mata hingga muncul rasa kecewa, marah, bersedih dan sebagainya.
Mereka yang mengalami keguguran ini akan selalu menyalahkan diri berulang kali hingga timbul beberapa persoalan seperti ini.
” Mengapa saya kehilangan bayi saya”
” Bagaimana jika si kecil ini hidup, apa yang harus saya lakukan”
” Apakah cara betul penjagaan kehamilan supaya dapat mengelak keguguran”
” Bagaimana jika saya tidak dapat hamil lagi?”
Ya, semestinya sangat sukar dan menyakitkan terutama bila anda sudah merancang bertahun-tahun tapi semuanya musnah dengan sekelip mata
Sebelum menyalahkan diri, ketahuilah bahawa walaupun mempunyai doktor yang terbaik dan penjagaan kehamilan yang baik namun risiko untuk keguguran tetap ada.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), kira-kira satu dalam setiap lapan kehamilan diketahui berakhir dengan keguguran dan kebanyakannya tidak dapat dicegah.
Salah satu cara terbaik untuk mencegah keguguran adalah dengan melihat tanda-tanda yang ia bakal berlaku.
Sebab itu info hamil berkaitan keguguran ini penting supaya anda mendapat maklumat yang tepat dan terperinci.
Dr. Patricia Evelyn merupakan seorang doktor pakar bedah kandungan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan keguguran termasuklah gejala dan tahap pemulihan.
Info Hamil : 12 soalan berkaitan keguguran
Apakah maksud keguguran dan apakah gejala utamanya?
Keguguran merujuk kepada kehilangan kehamilan dari pelbagai sebab tertentu sebelum janin dapat hidup lebih lama dalam rahim ibu.
Gejala utama keguguran adalah pendarahan faraj, kekejangan dan sakit di bahagian bawah perut.
Bagaimanakah cara nak kenal pendarahan disebabkan keguguran?
Sekiranya terdapat spotting pendarahan sahaja mungkin ia berkaitan keguguran yang terancam.
Keguguran ini dikelasifikasikan berdasarkan lokasi janin dan plasenta serta tahap pelarasan serviks yang ditentukan oleh pemeriksaan pelvik.
Pada masa yang sama, ultrasound pelvik juga turut membantu bagi menentukan kedudukan janin dan plasenta.
Bolehkah saya kehilangan bayi meskipun tidak menunjukkan tanda-tanda keguguran?
Ya boleh. Wanita kekadang tidak tahu bahawa mereka telah mengalami keguguran kerana tidak sedar yang dirinya sedang mengandung.
Kesakitan abdomen juga sering disalah anggap sebagai dysmenorrhea sedangkan keguguran sudah pun berlaku.
Apakah punca keguguran senyap?
Sebabnya adalah kerana keguguran tidak diketahui dengan lebih awal. Ini kerana , kira-kira 50% keguguran berlaku disebabkan bilangan kromosom yang salah.
Kekadang keguguran disebabkan oleh masalah rahim seperti berparut atau trauma fizikal yang juga boleh menjadi punca.
Apakah maksud keguguran yang tidak lengkap?
Keguguran dilabel tidak lengkap jika pendarahan telah bermula dan seviks diluaskan. Tetapi, tisu dari kehamilan itu masih ada dalam rahim.
Ini berlaku apabila telur yang disenyawakan dalam rahim tidak berkembang secara normal.
Bolehkah saya mengalami keguguran semasa di trimester kedua?
Ya boleh. Trimester pertama adalah tiga bulan pertama kehamilan dan trimester kedua adalah bulan keempat.
Ia dipanggil keguguran lewat apabila bayi mati antara 14 hingga 24 minggu kehamilan.
Bilakah patut saya berjumpa doktor dan melakukan imbasan scan?
Anda memerlukan beberapa imbasan scan semasa kehamilan berlangsung seperti berikut:
– Ultrasound boleh dilakukan pada enam hingga lapan minggu kehamilan bagi melihat perkembangan janin.
– Ultrasound pada 10 hingga 13 minggu boleh mengira tarikh jangkaan bersalin.
– Translucency Ultrasound boleh dilakukan pada 14 hingga 20 minggu kehamilan bagi mengukur ketebalan pembentukan cecair di bahagian belakang kepala bayi yang sedang berkembang dan menyaring keabnormalan.
– Anatomical Survey Ultrasund pula akan dilakukan pada 18 hingga 20 minggu kehamilan bagi mengetahui jantina bayi dan mengambil pengukuran bahagian badan bayi yang mungkin berbeza.
Walaubagaimanapun, pastikan anda mengikut jadual pemeriksaan kehamilan dan imbasan serta bertanyakan sebarang masalah berkaitan kehamilan kepada doktor O&G.
Bolehkah ultrasound memberi bahaya pada bayi?
Tidak. Ultrasound tidak akan menjejaskan bayi kerana ia hanya menghantar gelombang bunyi melalui rahim (uterus) supaya ahli sonografi atau ultrasonologi dapat melihat kedudukan dan pergerakan bayi.
Berapa lama selepas keguguran untuk saya melakukan hubungan seks dan cuba hamil kembali?
Selamat untuk meneruskan hubungan seks apabila pendarahan telah berhenti.
Cadangan yang biasa untuk mencuba hamil lagi adalah dalam tempoh enam bulan selepas keguguran.
Bilakah haid saya akan kembali?
Selepas keguguran, wanita akan mempunyai tempoh haid dalam masa empat hingga enam minggu.
Tapi kekadang ada juga yang mengambil masa dua hingga tiga bulan sebelum haid kembali normal.
Apakah keguguran berulang?
Keguguran berulang ini juga dikenali sebagai kehilangan kehamilan secara berulang-ulang. Ia berlaku disebabkan kehamilan klinikal yang gagal disahkan oleh pemeriksaan ultrasound sebelum minggu ke-20 dari haid yang terakhir.
Tapi ia berbeza dengan ketidaksuburan kerana ia adalah ketidakupayaan untuk hamil.
Apakah cara terbaik untuk pulih selepas keguguran?
- Sebaiknya berikan peluang untuk sembuh secara fizikal dan emosi.
- Selain itu, menahan diri dari melakukan hubungan seks sehingga pendarahan betul-betul berhenti.
- Guan pad sanitari untuk 24 jam pertama
- Bincangkan pilihan pemulihan dan kawal kelahiran dengan doktor
- Ambil semua jenis ubat yang ditetapkan
- Dapatkan sokongan daripada orang lain seperti keluarga, kawan dan rakan sepejabat
- Jumpa ahli terapi jika perlu.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga