Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!

Adakah anda sanggup bersalin sebanyak 13 kali seperti pasangan ini semata-mata kerana mahu anak perempuan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan yang ingin anak perempuan

Apabila Ireneu Cruz, dan isterinya Jucicleide Silva berkahwin mereka telah membuat perjanjian: Ireneu akan menamakan semua anak lelaki, dan Jucicleide akan menamakan semua anak perempuan.

Tapi setelah berkahwin selama 20 tahun, Jucicleide belum lagi dapat peluang itu kerana kesemua 13 anak mereka adalah anak lelaki.

Pasangan dari Brazil ini baru saja meraikan kelahiran bayi terbaru mereka, iaitu seorang anak lelaki lagi!

Sumber: Gambar YouTube | nollygrio

Menamakan semua 13 anak dengan nama pemain bola sepak terkenal Amerika Selatan

Ireneu ketika disoal tentang nama semua 13 anak lelakinya menjawab – 

“Apabila Jucicleide hamil dengan anak pertama, kami setuju yang dia boleh memilih nama anak perempuan dan saya akan memilih nama anak lelaki.  Saya selalu mengagumi pemain bola sepak terkenal seperti Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldinho dan Robinho. Nampaknya hampir semua pemain sepak bola terbaik di dunia mempunyai nama yang bermula dengan abjad R. Memandangkan kami dianugerahkan anak lelaki setiap kali, saya telah memutuskan untuk menamakan semua anak saya mengikut pemain yang saya minat.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka mengharapkan anak perempuan kali ini, tetapi Tuhan anugerahkan anak lelaki lagi. Sumber: Gambar YouTube | nollygrio

Ireneu telah menamakan anak lelaki terbarunya dengan nama Ronaldo

Pasangan tersebut berikrar untuk terus mencuba hingga mereka dapatkan anak perempuan.

Wow!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3 risiko jika jarak kehamilan terlalu rapat

Walaupun teringin sangat untuk dapat anak perempuan, ataupun anak lelaki, ibu mengandung perlu tahu risiko apabila hamil tanpa perancangan yang baik atau dengan jarak kehamilan yang terlalu dekat.

Sesetengah pasangan akan melakukan segalanya untuk mendapatkan anak perempuan

Berikut adalah 3 risiko yang boleh dihadapi oleh si ibu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 – Masalah rahim terjatuh

Salah satu punca rahim terjatuh adalah kerana kelahiran terlalu kerap dan terlalu ramai

Wanita disarankan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga supaya tidak kerap hamil atau mengandung pada jarak yang rapat antara setiap kelahiran untuk mengelakkan ini.

Selepas melahirkan anak, otot-otot rahim luka dan mengalami trauma.

Ia memerlukan masa untuk pulih. Walaupun teringin sangat untuk menimang anak, tunggu dulu sehingga sembuh sepenuhnya.

2 – Masalah rahim pecah

Ini sering berlaku pada ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan.

Rahim yang dipotong memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.

Jika ibu hamil semula sebelum rahim sempat pulih, rahim ibu itu berisiko untuk pecah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun keadaan ini jarang berlaku, terdapat kes terpencil di mana ibu mengandung telah meninggal dunia akibat rahim pecah.

3 – Risiko bayi pramatang dan bayi kurang berat badan

Menurut Babycenter, dari segi kesihatan, adalah lebih baik jika seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.

Beberapa kajian menunjukkan kehamilan yang terlalu dekat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kelahiran pramatang, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil. 

Jika rahim ibu masih lemah dan belum sembuh, akibatnya rahim akan kekal lemah sepanjang kehamilan baru.

Tambahan pula, ibu senang mendapat anemia jika jarak antara kehamilan terlalu dekat. Ini akan menyebabkan bayi kekurangan zat dan nutrien semasa di dalam kandungan.

Sumber: NDT.Tv, Iluminasi dan Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Perancangan Keluarga: Fakta Tentang Jarak Kehamilan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio