Suami Ingin Bersama Setiap Hari? Isteri Kena 'Get Ready' Kalau Tak Mahu Kena Tahu Adab Menolak

Tidak ada salahnya jika anda ingin bersama melakukan seks setiap hari bersama pasangan. Hubungan halal, kan? Ketahui ini manfaat dan kesannya terhadap diri!

Antara perkara penting dalam hubungan suami isteri adalah berkasih sayang serta menunaikan nafkah zahir dan batin. Meskipun topik ini sering kali dielak untuk dibincangkan, rata-rata pasangan berkahwin dikatakan ingin bersama melakukan seks setiap hari.

Tidak dinafikan tanpanya, hubungan anda dan pasangan akan menjadi suram. Sebab itulah dalam agama menyeru para isteri tidak menolak ajakan suami untuk bersama.

Ingin bersama melakukan seks setiap hari 

credit to sources

Menurut Hern Norm, golongan lelaki secara keseluruhannya memiliki tahap libido lebih tinggi berbanding wanita. Tentu sekali mereka cenderung untuk melakukan seks setiap hari kerana keinginannya yang membuak-buak.

Bukan itu sahaja, ia turut berkait rapat dengan sifat biologi iaitu perubahan hormon dan keperluan dalam memastikan darah dalam tubuh berjalan lancar. 

Dalam hal ini, ia bukanlah satu masalah untuk anda ingin bersama dengan pasangan setiap hari, lebih-lebih lagi baru berkahwin.

Faktor umur memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tenaga dan prestasi tubuh ketika aktiviti seks berjalan. Hal ini kerana semakin meningkatnya usia, tahap libido akan menjadi semakin lemah.

Justeru, manfaatkanlah sehabis mungkin waktu muda bersama pasangan.

Bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya seks setiap hari adalah bagus untuk kesihatan diri dan pasangan. Ia mampu memberikan banyak kebaikan berbanding mudarat.

Digalakkan jika mengikut cara yang betul

Jika sebelum ini anda merasakan bahawa hubungan di ranjang bersama suami sekali seminggu adalah sudah cukup. Akan tetapi,apa salahnya jika diri mampu untuk beraksi setiap hari?

Hal yang perlu anda ketahui adalah tidak melakukan seks ketika sedang datang bulan kerana ia haram di sisi agama.

credit to sources

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Surah al-Baqarah: 222)

Oleh itu, suami hendaklah menahan diri ketika fatrah atau tempoh yang dilarang daripada melakukan persetubuhan.

Manakala, menurut penjelasan pakar seks, Dr. Logan Levkoff dari New York University, sebenarnya tidak ada jumlah kekerapan tertentu untuk bersama pasangan kerana ia bergantung kepada keadaan kedua-dua pihak.

Membelai pasangan terlebih dahulu

Sebelum memulakan aktiviti persetubuhan, disunatkan untuk bermain-main secara seksual antara suami isteri secara intim dan mesra, dengan syarat selagi mana tidak membawa kepada kerosakan. Ini berdalilkan firman Allah Taala:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ

Maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;”

(Surah al-Baqarah: 223)

credit to sources

Dalam hal ini, melakukan seks setiap hari mampu menjadikan hubungan rumah tangga anda dan pasangan bahagia. Hal ini kerana kajian mengatakan ia mampu mengurangkan keresahan dan bimbang. Hormon endorfin dihasilkan oleh tubuh berupaya memperbaiki mood menjadi lebih baik.

Justeru, lakukan persediaan tubuh badan dengan menjaga rutin harian yang lebih aktif.

Hasil kajian oleh University of Texas, bersenam dapat membantu menaikkan nafsu wanita dan bertindak sebagai agen anti kemurungan.

Jangan lupa untuk kreatif dalam seni batin. Anda boleh pelbagaikan gaya ketika bersama dan berani untuk memikat nafsu pasangan. Caranya adalah memastikan bilik sentiasa bersih serta berbau wangi.

Selain itu, isteri juga boleh mengenakan baju seksi dan memulakan foreplay pada titik sensitif suami. Kesannya, anda dan pasangan pasti tidak akan bosan untuk bersama 7 kali seminggu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 jenis seks suami isteri yang mampu mengukuhkan rumah tangga!