Selalu kita dengar insan terpilih itu terdiri daripada mereka yang jiwanya kuat dan kental kerana mereka mampu menjalani hidup ini meskipun ada kekurangan dalam dirinya.
Ya benar, semua manusia yang dilahirkan ke dunia daripada seorang ibu tidak semuanya berada dalam keadaan yang sempurna
Ini kerana, pasti ada yang diuji dengan kecacatan fizikal mahupun kehidupan yang serba kekurangan tidak seperti orang lain.
Meskipun diuji dengan masalah namun kita sebagai manusia yang ada Tuhan seharusnya berusaha untuk memperbaiki diri supaya menjadi yang lebih baik sekaligus anda menjadi contoh di mata-mata orang lain di seluruh dunia.
Insan terpilih, bayi kudung pasang kaki palsu dengan sendiri
Selepas melihat video yang tular ini, menitis air mata penulis kerana betapa kuatnya si kecil ini walaupun belum tahu apa-apa tapi dia sudah pandai berdikari dengan memakai sendiri kaki palsunya.
Video yang tular itu memaparkan seorang bayi yang dilihat mengalami kecacatan kaki telah meruntun jiwa mereka yang memandang.
https://www.facebook.com/emotion0012/videos/1029522197434736/
Lebih menarik perhatian, apabila kecekalan jiwa si kecil ini yang menerima takdir menjadi insan terpilih dengan ketidakupayaan di bahagian kaki.
Dalam video tersebut, dia dilihat sedang berusaha memakai sendiri kaki palsu tanpa bantuan ibu atau ayahnya.
Apatah lagi, si comel ini dilihat sangat cekap memakai kaki palsunya itu walaupun umurnya masih muda.
Benar, si kecil ini memang menjadi inspirasi kepada orang ramai agar tidak mudah berputus asa seperti mana dirinya yang mencuba memakai kaki palsu tersebut.
Netizen rata-ratanya mendoakan agar insan terpilih ini menjadi manusia yang membanggakan ibu dan ayahnya, anak yang baik, pelajar yang berdedikasi serta cemerlang dalam pelajaran kelak.
Kesimpulannya, jangan pernah jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk kita berjaya satu hari nanti.
Lihat di luar sana masih ramai insan istimewa yang cacat penglihatan, kudung tangan, pekak dan sebagainya berjaya mengenggam cita-cita mereka hingga bergelar seseorang yang dikenali.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan manfaat buat kita semua.
Apa itu cacat kaki pada anak?
Cacat kaki pada anak ini adalah keadaan abnormal yang mempengaruhi tulang, otot, ligamen dan sendi kaki.
Keadaan ini merupakan bawaan lahir yang disebabkan gangguan pada perkembangan janin.
Umumnya, cacat kaki pada anak ini bermula di saat selepas dilahirkan lagi sehingga ibu ayah perlu mencari altenatif perubatan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.
Berikut adalah punca cacat kaki pada bayi
- Kecacatan genetik
- Kelainan kromosom
- Faktor yang mempengaruhi ibu hamil seperti zat kimia, radiasi, rokok dan lain-lain
- Masalah jantung
- Darah tinggi
- Rubella atau campak jerman
- Cacar air
- Diabetes
- Mengambil ubat berbahaya semasa mengandung
- Amalan gaya hidup yang tak sihat seperti merokok, ambil minuman beralkohol
Walaubagaimanapun, kebanyakan cacat kaki ini tidak memiliki penyebab yang jelas dan memerlukan kajian yang lebih rapi.
Gejala utama cacat kaki pada anak
Cacat kaki pada anak ini muncul dalam pelbagai bentuk sehingga penyebabnya juga berbeza-beza. Kebanyakannya mudah dikenali kerana dapat dilihat dari segi penampilan kaki.
Walaubagaimanapun, kekadang ia sukar dilihat semasa bayi baru dilahirkan namun semasa usia sudah pandai berjalan barulah boleh dilihat keadaan kakinya itu.
Kaki rata: Kaki rata atau biasa kita pangil sebagai flat feet adalah keadaan di mana telapak kaki anak melengkung sedikit atau langsung tidak melengkung. Jika ini berlaku akan menimbulkan gejala seperti sakit di bahagian telapak kaki, pergelangan kaki dan lain-lain.
Clubfoot: Cacat genetik yang mudah dikenali kerana kaki dilihat sangat berbeza berbanding kanak-kanak yang lain. Keadaan ini boleh terjadi semasa minggu ke 9 dan ke 14 kehamilan.
Jika keadaan ini dikenal pasti sejak dari dalam kandungan maka doktor akan melakukan teknik tertentu untuk perbetulkan kaki si kecil selepas dilahirkan kelak.
Cayus foot: Satu keadaan di mana lengkungan pada telapak kaki sangat tinggi hingga tumit masuk ke dalam.
Pesakit berisiko mengalami sakit di bahagian tersebut hingga sukar untuk berjalan.
Tarsal coalition : Apabila anak sudah menginjak ke umur dewasa, kaki mereka sukar untuk bergerak mahupun berjalan. Doktor akan melakukan pembedahan untuk merawat masalah ini.
Accesory Navicular : Tulang rapuh dalam masa perkembangan embrio. Sepatutnya semasa hamilkan bayi itu, pertumbuhan kedua-dua tulang kaki membangun secara bersama tapi ia jadi sebaliknya.
Jadi, pembedahan diperlukan untuk merawat keadaan ini supaya pesakit tidak mengalami masalah untuk berjalan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comorang-kelainan-upaya