Kepala Kanak-Kanak Perempuan Tersekat Di Lubang Kepala Katil Urut Spa

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut dikatakan bermain di keliling premis tersebut semasa ibu mangsa sedang menjalani sesi mengurut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

News Strait Times telah melaporkan satu kejadian di Ipoh di mana seorang kanak-kanak terpaksa melalui kesakitan selama lebih satu jam akibat kepala tersangkut di lubang kepala katil urut. Sebab itu, ibu perlu pantau keselamatan di tempat kerja jika membawa anak bersama. 

Pihak penyelamat telah menerima panggilan bantuan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.17 pagi. Dan sekumpulan ahli bomba dikejarkan ke Jalan Termenggong, Taman Ros Pasir Putih.

Pihak bomba terpaksa menggunakan gunting dan pisau untuk memotong katil PVC itu dan membebaskan kepala kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Misi menyelamat selesai pada jam12.05 tengah hari.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut dikatakan bermain keliling premis tersebut semasa ibu mangsa sedang menjalani sesi mengurut.

Apapun, kanak-kanak tersebut berjaya dibantu dan tiada kecederaan yang tidak diingini terjadi.

Seperti yang kita tahu, spa atau pusat kecantikan bukanlah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak kecil.

Terutamanya yang sedang berada di fasa ingin mencuba semua benda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana spa atau pusat kecantikan penuh dengan barangan yang jarang dijumpai mereka dan bahaya untuk mereka bermain.

Keselamatan di tempat kerja, benda berbahaya di spa untuk anak kecil yang kita sering abaikan

Antara hazad atau bahaya di spa atau pusat kecantikan yang boleh membahayakan anak kecil ialah:

  1. Barangan elektrik yang pelbagai. Antaranya alat rawatan stim muka panas yang boleh mengakitkan melecur. Malah, wayar-wayar alatan ini juga bahaya buat mereka.
  2. Ubatan atau cecair yang merbahaya buat mereka. Spa atau pusat kecantikan pastinya penuh dengan bahan yang digunakan untuk sesi. Dan kebanyakan dari bahan ini tidak sesuai mempunyai kontak dengan anak kecil.
  3. Peralatan unik spa. Contoh paling mudah ialah seperti di atas, siapa sangka katil urut boleh membahayakan kanak-kanak? Ini kerana mereka lebih kreatif dalam bermain, kadang-kala menjadikan sesuatu yang tampak tidak bahaya, bahaya.
  4. Alatan tajam. Terdapat pelbagai alatan tajam yang boleh membahayakan mereka di sana.

Selain hazad yang disenaraikan, risiko lain seperti anak diculik juga boleh terjadi.

Ini kerana semasa si ibu sibuk menjalani rawatan, pastinya tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap si anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melainkan jika spa atau pusat kecantikan tersebut menyediakan perkhidmatan menjaga anak anda tau menyediakan tempat khas untuk dia bermain.

Sekiranya anda merancang untuk pergi ke spa atau pusat kecantikan, cuba elakan dari membawa anak kecil.

Ia bukanlah tempat yang sesuai untuk mereka kerana anda tidak boleh menjangka mereka boleh duduk diam seperti orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka akan bosan dan bermain bagi menghilangkan kebosanan mereka.

Alternatif jika mahu bawa anak kecil ke spa

Jadi ibu-ibu, jika anda ingin memanjakan diri anda di spa ataupun pusat kecantikan, cuba cari alternatif untuk tidak membawa mereka bersama. Antara cara yang anda boleh pertimbangan ialah:

  1. Meminta pasangan, penjaga atau ahli keluarga menjaga mereka sebentar.
  2. Menghantar mereka ke tempat penjagaan kanak-kanak sementara anda memanjakan diri.
  3. Menggunakan perkhidmatan spa ke rumah (home spa) di mana anda boleh menyediakan tempat selamat untuk anak-anak bermain.

Sumber: newstraitstimes

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma