X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput - ikhtibar tentang keselamatan kanak-kanak di sekolah

4 min bacaan
Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput - ikhtibar tentang keselamatan kanak-kanak di sekolah

Siapa sangka, gadis ini maut dalam tragedi kepala terbelah dek mesin rumput. Ibu bapa, anda pasti dengan keselamatan kanak-kanak yang patut anda buat?

Sehari sebelum Hari Kekasih, sebuah keluarga telah kehilangan seorang anak gadis kesayangan mereka kerana mesin potong rumput. Kes ini membuatkan kita terfikir, adakah kita benar-benar menjaga keselamatan kanak-kanak?

Tak kiralah sama ada keselamatan kanak-kanak di taska, sekolah mahupun rumah. Kemalangan ngeri seperti kes ini tidak sepatutnya berlaku dan ia sebenarnya boleh berlaku di mana-mana saja!

Keselamatan kanak-kanak: Gadis maut kepala terbelah dek mesin potong rumput

Mangsa tersebut bernama Nor Afini dan beliau baru saja berusia 14 tahun. Kemalangan ini berlaku di padang sekolah Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut saksi kejadian, operator mesin rumput itu sedang memotong rumput di padang sekolah sebelum tiba-tiba bilah pemotong dari traktor itu tercampak ke arah mereka.

keselamatan kanak-kanak, keselamatan kanak kanak, keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, keselamatan kanak-kanak di rumah, keselamatan kanak-kanak di dapur, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, keselamatan kanak-kanak di tempat awam, keselamatan kanak-kanak prasekolah, keselamatan kanak-kanak di sekolah, keselamatan kanak-kanak di jalan raya, mesin rumput, mesin potong rumput, kepala terbelah, bilah mesin rumput Kredit: AsiaOne

Tiba-tiba, jeritan kedengaran! Nor Afini terjatuh dan kecederaannya parah. Laporan The Star mengatakan mangsa berada di padang sekolah untuk bersedia bagi upacara Hari Sekolah yang bakal berlangsung.

Hampir 50 kanak-kanak turut berada di padang itu. Seorang pelajar didapati mengalami kecederaan telinga, manakala beberapa pelajar lagi luka di bahagian belakang kepala.

Kejadian ini mengundang persoalan kepada ibu bapa: bagaimana keselamatan kanak-kanak di sekolah? Kenapa mesin potong rumput itu beroperasi ketika ada pelajar berhampirannya?

Penting menjaga keselamatan kanak-kanak dan persekitarannya

Kes yang tragik dan ngeri ini telah membuka mata kita tentang keselamatan kanak-kanak. Walau di mana mereka berada, bahaya boleh datang. 

Jadi demi menjamin betul-betul keselamatan kanak-kanak, lebih-lebih lagi anak kita, cuba elak meletakkan 6 benda ini berhampiran mereka.

Malang tidak berbau. Lebih baik mencegah daripada mengubati, kan?

1. Mesin potong rumput

keselamatan kanak-kanak, keselamatan kanak kanak, keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, keselamatan kanak-kanak di rumah, keselamatan kanak-kanak di dapur, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, keselamatan kanak-kanak di tempat awam, keselamatan kanak-kanak prasekolah, keselamatan kanak-kanak di sekolah, keselamatan kanak-kanak di jalan raya, mesin rumput, mesin potong rumput, kepala terbelah, bilah mesin rumput

Walaupun mesin itu tidak digunakan, ia tak sepatutnya diletak berhampiran kanak-kanak. Malah, jangan benarkan mereka bermain dengannya!

The American Academy of Orthopaedic Surgeons (AAOS) melaporkan, ramai mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak tercedera kerana menaiki mesin potong rumput!

Jika anda ingin menggunakan mesin ini, pastikan anda telah memeriksa bahagian belakangnya jika anda mengundur. Hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengguna mesin potong rumput.

Namun, itupun yang jenis tolak punya. Jangan bagi mereka naik traktor besar itu pula!

2. Vakum

Tempoh hari, ada kes di mana keselamatan kanak-kanak hampir terancam dek vakum. Kanak-kanak itu didapati melecur hingga ke tahap 4 degree semata-mata kerana vakum!

Jadi, ibu bapa jangan sesekali meninggalkan barang rumah yang boleh mengundang bahaya pada anak tanpa pengawasan. Dalam sekelip mata saja, malang boleh berlaku!

3. Treadmill

Treadmill atau mesin untuk berlari itu juga tidak kurang bahayanya! Jika anda memiliki peralatan ini di rumah, sila pastikan home gym anda itu khas sebagai zon TIADA BUDAK-BUDAK.

4. Pelurus rambut

keselamatan kanak-kanak, keselamatan kanak kanak, keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, keselamatan kanak-kanak di rumah, keselamatan kanak-kanak di dapur, keselamatan kanak-kanak di taman permainan, keselamatan kanak-kanak di tempat awam, keselamatan kanak-kanak prasekolah, keselamatan kanak-kanak di sekolah, keselamatan kanak-kanak di jalan raya, mesin rumput, mesin potong rumput, kepala terbelah, bilah mesin rumput Kredit: The Spruce

Satu lagi bahaya yang kita tidak sedar adalah pelurus rambut atau hair straightener. Alat ini boleh mencapai suhu tertentu dalam masa yang singkat.

Lagipun, ia akan tetap panas selama 15 minit walaupun selepas anda mencabut plugnya! Ada kes seorang bayi 10 bulan telah melecur kerana pelurus rambut ini!

Anda takkan menyangka bayi boleh merangkak (dengan cepat) lalu mencapai hair straightener yang panas.

5. Ketuhar

Ini satu lagi peralatan di rumah yang mampu mengancam keselamatan kanak-kanak! Ketuhar besar mungkin menyebabkan kanak-kanak lebih teruja nak tahu apakah ia. 

Stories Rakan Kongsi
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
The Magic of Oats: Here's How You Can Soothe Dry, Itchy Skin for Mum & Baby
The Magic of Oats: Here's How You Can Soothe Dry, Itchy Skin for Mum & Baby

Lalu, mereka mungkin akan bermain di kawasan ketuhar. Ada yang sehingga masuk ke dalamnya tanpa ibu bapa sedar!

Jadi ibu bapa, jangan biarkan anak anda bermain di dapur ketika anda tengah masak, ya. Kita tidak tahu kadang-kadang apa yang boleh berlaku jika kita teralih perhatian sekejap.

6. Alat cucian untuk rumah

Begitu juga dengan peralatan pencuci yang diguna untuk mencuci rumah atau tandas. Peluntur dan sabun sepatutnya disimpan berjauhan dari anak-anak. 

Cuba simpan di dalam kabinet dapur yang tinggi. Ataupun, letak pelekat di kabinet hingga anak akan susah untuk membukanya. Apa yang penting, jangan bagi anak-anak kacau kabinet ini. 

Pada pendapat anda, apa lagi bahaya yang tidak dijangka untuk anak-anak? Kongsikan ia agar lebih ramai ibu bapa sedar mereka perlu lebih peka dengan keselamatan kanak-kanak.

 

 

Kredit gambar: WORLD OF BUZZ

Sumber rujukan: Channel News Asia, Stomp: Straits Times, The Star

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Sekolah menengah
  • /
  • Gadis maut kepala terbelah dek mesin rumput - ikhtibar tentang keselamatan kanak-kanak di sekolah
Kongsikan:
  • Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

    Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

  • Tragedi kanak-kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

    Tragedi kanak-kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

    Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

  • Tragedi kanak-kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

    Tragedi kanak-kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.