5 supermom yang patut menjadi inspirasi pada para wanita dan ibu seluruh dunia

"Super mom" ini menjadi inspirasi wanita seluruh dunia. Mereka berjaya mendominasi dunia dalam kerjaya dan menjaga anak pada masa yang sama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 inspirasi wanita di seluruh dunia – bukti wanita adalah ibu dan insan yang hebat!

Kini, semakin ramai wanita diangkat dan dihormati sebagai wanita contoh dan inspirasi wanita. Mereka tergolong dalam golongan ibu yang tak mudah berputus asa dan bijak berdikari.

Bersempena ingin meraikan wanita-wanita hebat di seluruh dunia, hari ini kami akan bawakan kepada anda 5 inspirasi wanita yang sungguh hebat ini pula.

Mereka adalah super mom yang berjaya mendidik anak-anak dan mendominasi dunia. Sebab itu mereka layak diangkat sebagai inspirasi wanita dan ibu di seluruh dunia.

Siapakah supermom yang dimaksudkan? Jom semak senarai ini!

#1 Inspirasi wanita: Kate Middleton

Seperti kisah-kisah dongeng zaman dulu, Kate Middleton memang melambangkan ciri-ciri tuan puteri yang kita selalu bayangkan. Cantik, berkarisma, ikon fesyen, sopan. Tapi bukan itu sahaja!

Bakal ibu kepada 3 orang anak ini bukan sahaja menjadi inspirasi wanita para ibu dengan cara didikan dan layanan kepada anak-anaknya.

Dia juga mendedikasikan masanya untuk menyertai pelbagai persatuan yang dipercayainya–dia telah bekerja dengan Unicef dan menyokong kempen Kesedaran Mental (Heads Together) serta baru-baru ini dinamakan sebagai pelindung diRaja pertama di Kolej Diraja Pakar Perunding dan Ginekologi (RCOG).

#2 Inspirasi wanita: Serena Williams

Serena Williams, atlet yang paling diminati oleh generasi sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu baru dan juga pemain tenis profesional ini berkata dia mempunyai impian untuk meruntuhkan jurang di antara wanita dan lelaki.

“Semakin lama, saya sedar akan impak yang saya ada untuk mempengaruhi orang ramai dalam melakukan perubahan.”

Pengaruhnya bukan sahaja dalam bidang sukan. Serena dan adiknya Venus telah memberi bantuan kepada sistem pendidikan dan menyokong mangsa-mangsa keganasan. Beliaulah inspirasi wanita yang sepatutnya menjadi contoh!

3. Sonia Gandhi

Sebagai menantu kepada Indira Gandhi, Perdana Menteri ketiga India, Sonia Gandhi meneruskan legasi keluarga sebagai Presiden Kongres Kebangsaan India.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu kepada dua orang anak ini menunjukkan bahawa hanya kerana anda berada dalam politik dan berumur lebih dari 50 tahun, itu tidak bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang wanita tua!

Beliau juga telah menduduki ranking sebagai salah satu daripada 50 wanita berpakaian terbaik di dunia pada usia 50 tahun!

4. Michelle Obama

Siapa yang tak kenal dengan isteri bekas Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama ini? Selain dari menjadi inspirasi wanita dan fesyen ikon (tak lupa juga betapa sporting berkaraoke di kereta), ibu kepada Malia dan Sasha ini sentiasa menjadi pejuang terhadap hak asasi manusia.

Betul-betul super mom!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Dilma Roussef

Sebagai president Brazil yang ke-36 dan ibu kepada anak tunggal, Paula, Dilma memegang kuasa terhadap dunia politik sekarang.

Ketika menjadi ketua staff dan Menteri Perlombongan dan Tenaga, beliau telah melalui telah diseksa oleh pemerintahan awal tentera diktator di Brazil. Walaupun beliau telah diseksa, beliau tetap terus berjuang dalam memulihkan sitem sosio-politik di negaranya.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhubungan-adik-beradik-erat

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar