Selepas bersalin pasti ramai yang rasa tidak selesa dengan berat badan masing-masing. Mana tidaknya ketika mengandung bagaikan dipam-pam beratnya. Jadi salah satu teknik diet yang popular adalah intermittent fasting. Persoalannya, selamatkah intermittent fasting ibu menyusu?
Diet intermittent fasting yang biasa diamalkan 16 jam memang terbukti berkesan mengurangkan berat badan dan menghilangkan lemak-lemak yang menyebabkan berat badan berlebihan. Persoalannya adalah ia selamat untuk ibu yang menyusu? Adakah ia akan jejaskan kualiti susu?
Intermittent fasting ibu menyusu, ini yang anda perlu tahu
Ini yang dikongsikan di bumbumcak.com yang mana menurut artikel itu ibu menyusu yang nekad untuk tampil bergaya selepas bersalin boleh saja mengamalkan diet tetapi perlu ada beberapa perkara yang diambil tahu sebelum mula kerana dikhuatiri menyebabkan bayi kekurangan nutrisi dan susu berkurangan.
Terdapat banyak cara menguruskan badan, sama ada mengamalkan diet mahupun senaman. Jadi, bagi ibu menyusu yang ingin berdiet cara intermittent fasting ini boleh baca artikel ini terlebih dahulu.
Apa itu intermittent fasting?
Adalah cara untuk mengatur pola pemakanan dengan cara berpuasa makan selama beberapa tempoh tetapi dibenarkan untuk minum.
Ia berlainan dengan istilah diet yang merujuk pada pengurangan atau pembatasan makan, intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.
Diet puasa ini tidak mengatur makanan apa yang harus dikurangkan atau apa yang perlu dimakan tetapi lebih mengatur bila anda perlu makan dan bila harus berhenti makan. Biasanya cara diet ini menyarankan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanpun, anda boleh menentukan masanya sendiri.
Seperti dikongsikan dalam mingguanwanita, ini cara diamalkan Pengasas Blessed Beuty Confinement, Siti Aishah yang melakukan intermittent fasting ketika menyusu badan.
Cara buat intermittent fasting ketika menyusu badan
Ini cara yang diamalkan Siti Aishah:
- Install aps MyFitnessPall untuk kira kalori yang anda perlukan dan untuk rekod kalori
- Berhenti makan pukul 5 petang tetapi kadangkala 7 malam
- Sarapan pukul 7 pagi
- Jadi intermittent fasting adalah sekitar 12 hingga 14 jam
- Sepanjang berlangsung intermittent fasting minum air kosong dan ikut sunnah Rasullah S.A.W setengah jam sebelum tidur makan kurma atau buah-buahan dan kudapan sedikit sebelum tidur.
Tetapi sekiranya lapar, beliau akan makan telur rebur atau telur goreng yang digoreng tanpa minyak menggunakan kuali tahan lekat.
Pemakanan yang diamalkan
- Tidak akan skip sarapan pagi. Selalunya akan huge meal. Nasi lemak, nasi berlauk, roti canai tetapi cuba elakkan yang berminyak.
- Makan nasi 3 kali sehari dalam tempoh tidak berpuasa selama 10 hingga 12 jam itu. Untuk pastikan susu badan meriah beliau pastikan makan ikan, telur, keju, ulam-ulaman, sayur satu mangkuk dan buah-buahan.
- Banyak bergantung kepada roti dan telur, bila lapar makan roti dan telur.
- Sepanjang tidak berpuasa beliau tidak akan biarkan perut lapar.
Pantang larang jika nak intermittent fasting menjadi
- Elakkan makanan terlalu manis
- Elakkan makanan berminyak terutama deep fry
- Katakan tidak pada fast food dan processed food
- Jangan minum ice
Workout yang diamalkan
Setiap hari beliau akan buat rutin untuk perut dan punggung.
- Buat crunches (for upper abs) ketika solat Subuh
- Buat bicycle crunches (for lower abs) ketika solat Zohor
- Sitting twist (untuk pinggang) ketika solat Asar
- Sebelum mandi pagi wajib buat squat
Katanya, setiap workout dibuat dalam tiga set membabitkan 10 minit bagi setiap satu. Tak lama pun katanya!
Kelebihan intermittent fasting
Pada umumnya, berpuasa sememangnya baik untuk kesihatan manusia. Pola makan kita seharian mungkin tidak beraturan kerana kita sering makan di luar waktu makan atau terlewat waktu makan.
Dengan diet ini, kita dapat memperbaiki atau membentuk perilaku makan yang lebih sihat dan dapat melatih ketahanan tubuh agar berfungsi dengan baik walaupun tidak makan dalam tempoh tertentu.
Selain itu, ia juga membantu tubuh untuk mengendalikan tekanan darah dan kolesterol tubuh untuk melakukan pembakaran lemak lebih efektif ketika berpuasa, sekali gus membuatkan hormon insulin lebih sensitif pada makanan.
Ada kajian yang dilakukan oleh ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda juga berkata:
“Diet puasa (intermittent fasting) membantu keremajaan tubuh dan memperbaiki kesihatan tubuh secara keseluruhan.”
Ia juga dapat membuat sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rusak dari dalam tubuh.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Sumber: bumbumcak.com, mingguanwanita
Baca juga:
Senaman Selepas Bersalin: Bila Boleh Bersenam, Jenis Senaman Yang Terbaik & Panduan Lengkap