Laktosa adalah gula yang biasa ditemui dalam produk tenusu, termasuklah susu ibu. Produk tenusu adalah salah satu makanan yang memberi nutrisi kepada bayi, tapi intoleransi laktosa pada bayi boleh menjadikan makanan ini mimpi ngeri untuk anak anda.
Intoleransi laktosa adalah gangguan di mana seseorang tak boleh menghadam laktosa yang ada dalam produk tenusu. Walaupun laktosa adalah kabohidrat yang penting untuk bayi, ia perlu di pecahkan oleh enzim laktase.
Jadi jika badan bayi tak boleh menghasilkan laktase yang mencukupi, ia tak dapat memecahkan laktosa atau mendapat tenaga dari produk tenusu.
Ini akan membawa kepada kembung perut, kolik dan cirit birit jika tak dirawat.
Biasanya, intoleransi laktosa mempunyai tiga jenis, iaitu:
- Intoleransi laktosa kongenital: Intoleransi jenis ini biasanya berlaku disebabkan oleh kekurangan enzim laktase, yang pada dasarnya memetabolisme laktosa yang digunakan oleh bayi.
- Intoleransi laktosa utama: Ini berlaku apabila bayi dilahirkan dengan paras laktosa rendah.
- Intoleransi laktosa sekunder: Ini terjadi apabila bayi sudah menderita beberapa penyakit seperti sembelit atau cirit birit dan dia menghasilkan intoleransi laktosa sementara.
Walaupun dengan pengetahuan ini, sukar untuk mengenal pasti intoleransi laktosa pada bayi secara terus.
Anda perlu tahu beberapa tanda spesifik yang menunjukkan keadaan ini pada si kecil anda.
Tanda intoleransi laktosa pada bayi
Biasanya, tanda intoleransi laktosa berbeza-beza di antara bayi. Tapi umumnya, anda mungkin dapat mengesan keadaan ini jika bayi anda mengalami masalah ini:
- Kembung perut
- Sakit perut
- Cirit birit
- Masuk Angin
- Tahi cair
- Kolik
- Selalu nangis dan tak selesa
- Proses buang air besar yang bising
- Muntah
Kebanyakan atau mana-mana tanda ini boleh berlaku pada bila-bila masa selepas beberapa minit atau jam selepas minum susu atau produk tenusu.
Walau bagaimanapun, beberapa tanda ini biasanya disertai dengan demam, jadi susah untuk kenal pasti tanda ini sebagai intoleransi laktosa.
Tapi jika anda syak anak mengalami intoleransi laktosa, anda perlu tunjukkan pada pakar kanak-kanak dengan segera. Mereka mungkin akan menjalankan ujian jika anak anda benar-benar mempunyai intoleransi laktosa.
Ujian untuk periksa intoleransi laktosa pada bayi
Umumnya, doktor akan melakukan ujian Dimona atau ujian pernafasan hidrogen. Tapi kadang-kadang, ia tak mudah untuk dilakukan pada bayi.
Biasanya, doktor lebih memilih untuk menjalankan ujian najis pada bayi.
Jika najis terlalu berasid, ini bermakna tahap pH kurang dari 5.5, bayi anda mungkin mempunyai intoleransi laktosa.
Rawatan intoleransi laktosa pada bayi
1. Intoleransi laktosa kongenital
Sepeti contoh, berat badan kurang, selalu muntah, cirit birit dan kolik adalah tanda intoleransi laktosa.
Jika tanda-tanda ini disahkan dengan ujian najis, anda perlu berhenti beri bayi anda apa-apa produk tenusu.
Ada beberapa susu formula bebas laktosa di pasaran yang anda boleh cuba. Sekiranya doktor sendiri menyuruh anda berhenti, jangan berhenti beri bayi anda susu badan.
2. Intoleransi laktosa utama
Dalam kes ini, doktor mungkin cadangkan anda untuk beri anak anada produk bebas laktosa untuk tempoh percubaan.
3. Intoleransi laktosa sekunder
Jika bayi anda mengalami intoleransi laktosa sekunder, mereka mungkin mengalami serangan cirit birit dan muntah. Di peringkat ini anda mungkin perlu berhenti beri produk yang mengandungi laktosa hingga mereka sembuh.
Apabila bayi anda pulih, anda boleh beri mereka produk tenusu semula. Biasanya ia akan membantu bayi menaikkan berat badan dan kembali pulih dan boleh mencerna produk laktosa pada masa akan datang.
Walau apa pun jenis intoleransi laktosa yang dialami oleh anak anda, ingat yang ia boleh terjadi pada bila-bila masa.
Tapi, kanak-kanak dengan intoleransi kongenital dan utama akan ada masalah dengan produk tenusu dari lahir.
Untuk anak dengan intoleransi laktosa sekunder, keadaan ini boleh baik lambat laun. Macam mana pun, anda perlu perhatikan tanda dan bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan yang menyeluruh.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Deepshika Punj dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: