Lelaki Yang Suka Curang & Susah Nak Setia Pada Seorang Wanita Miliki IQ Rendah - Kajian

Seorang doktor membuat penelitian bahawa lelaki yang selalu curang memiliki IQ rendah jika dibandingkan dengan lelaki yang setia pada pasangannya, ini alasannya!

Isteri mana yang tak suka kalau dapat suami yang setia dengan mereka seorang sahaja tanpa menyimpan perasaan untuk berlaku curang di belakang. Ini kerana, menurut penyelidikan dari barat menemui beberapa fakta bahawa lelaki yang selalu curang memiliki IQ rendah.

Penelitian tersebut dilakukan oleh Dr Satoshi Kanazawa dari the London School of Economics and Political Science yang diterbitkan dalam Journal Psychology Quarterly.

Dalam penelitian tersebut, Dr Satoshi menyatakan tentang sebuah teori yang berkaitan antara kecerdasan seorang lelaki dengan kecederungan untuk setia kepada pasangan.

Beliau menganalisis dua kaji selidik besar di Amerika, yang secara tegas memperlihatkan tingkah laku sosial dan IQ dari ribuan remaja serta orang dewasa.

Dari hasil analisis tersebut, beliau dapat menyimpulkan bahawa, analisis menunjukkan lelaki dengan IQ tinggi lebih menghargai pasangan dengan kesetiaan berbanding lelaki IQ rendah.

Lelaki IQ rendah selalu curang

Menurut perkongsian pendapat dari Daniela Schreier, psikologi dalam bidang klinik di Chicago School of Professional Psychology mengatakan hasil keputusan yang diperoelhi Dr Satoshi yang menyatakan lelaki curang memiliki IQ rendah bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana, lelaki yang kurang cerdas tidak akan berasa takut atau pun langsung tak ada rasa bersalah meskipun telah melakukan kecurangan pada pasangan.

Namun, hasil penelitian ini tidak seratus peratus boleh diterma kerana ada juga sebilangan lelaki yang memiliki pendidikan tinggi tetap melakukan perkara yang sama dengan menduakan isteri di belakangnya.

Dalam masa yang sama Psikology terkenal di New York, Marty Babits turut mempersoalka tentang kewajaran dari penelitian dari Dr Satoshi. Ini kerana dia merasakan, faktor kecurangan itu terjadi adalah kerana masalah psikologi seseorang.

Dia menambah, faktor seseorang menghargai sesebuah hubungan atau tidak adalah berpunca dari psikologi mereka sendiri. Malah ia tidak ada kena mengena dengan hubungan kecerdasan seseorang.

Dia menjelaskan lagi, kecurangan itu kadang kala disebabkan oleh masalah kepercayaan dan kesetiaan yang semakin berkurangan. Malah kecurangan tidak memiliki faktor yang kompleks dan sukar disimpulkan dari faktor kecerdasan semata-mata.

Meskipun topik ini mendapat perdebatan yang hebat namun curang atau tidak ia berbalik kepada kesetiaan seseorang itu dalam menghargai pasangan mereka. 

5 langkah bijak hadapi suami curang

  • Walaupun anda sedang dicurang, jangan sesekali membuat keputusan drastik dengan bertindak meninggalkan suami secara tergesa-gesa. Tapi, apa yang boleh dilakukan adalah berbincang dari hati ke hati dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
  • Ada sesetengah wanita selalu buat-buat tak tahu suami curang sedangkan ia boleh membuatkan suami makin menjadi-jadi perangainya.
  • Selain itu, selepas tahu suami curang isteri perlu tenangkan fikiran dan cuba memberikan masa kepada diri sendiri, bertenang dan berfikir secara rasional agar jalan penyelesaian dapat diatasi.
  • Dapatkan nasihat daripada orang yang berpengalaman seperti ibu bapa, kaunselor dan pakar dalam rumah tangga.
  • Memperbanyakkan amalan yang dapat mendekatkan diri anda dengan Allah SWT. Pasti hidup anda yang hampir porak peranda itu kembali tenang dan bahagia.

Isu-isu kepintaran

Biasanya kepintaran ini dikaitkan dengan pencapaian akademik dan pengetahuan sahaja. Ini menjadi satu isu pada kemahiran seperti berkomunikasi, kemahiran hidup dan kemahiran sosial.

Kepintaran adalah konsep sosial yang secara umum digunakan untuk seseorang yang berpengetahuan luas dan mempunyai status akademik yang baik.

Tapi, mereka yang bukan dalam kategori ini mungkin dilabel sebagai kurang pintar.

Biasanya golongan ini akan dilabel mempunyai kepintaran rendah termasuklah

  • Tidak menarik
  • Kurang upaya
  • Menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar
  • Berat badan yang berlebihan dan gemuk
  • Dilabel dengan sikap negatif seperti pemalas dan jahat
  • Didiagnosis dengan masalah pembelajaran seperti disleksia atau hiperaktif
  • Miskin
  • Tidak berjawatan tinggi
  • Tidak berpakaian kemas
  • Pendiam

Bagaimana pula dengan pendapat anda? berikan komen di bawah!

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah, 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga