Teruja Dapat Adik, Aksi Comel Maryam Usap Perut Mommy Buat Ramai Tumpang Gembira

Isteri baru Fizo Omar, Fazeera bakal timang anak pertama. Telatah comel Maryam usap baby bump Fazeera buat ramai turut rasa teruja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahniah kami ucapkan buat isteri baru Fizo Omar, Fazeera yang sedang hamil anak pertama mereka. Kalau anda nak tahu, yang paling teruja sekali mestilah si kecil, Wan Maryam, anak Fizo Omar bersama bekas pasangannya, Mawar Abdul Karim. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isteri baru Fizo Omar hamil, Maryam teruja bakal jadi kakak
  • Isteri baru Fizo Omar mengandung, Fazeera kongsi kegembiraan di Instagram

Isteri baru Fizo Omar hamil, Maryam teruja bakal jadi kakak

Baru-baru ini Fizo Omar menerusi hantarannya di Tik Tok dan juga Instagram telah memuat naik sepotong video pendek yang memaparkan isterinya, Fazeera Nazri dan juga anaknya, Wan Maryam.

Maryam kelihatan begitu gembira dan sangat teruja di samping Fazeera dan kerap mencium perut Fazeera. Telatahnya yang riang dan comel sangat mencuit hati sambil mengusap-usap baby bump Fazeera.

Berkongsi berita gembira ini dengan kapsyen, “The Most Excited Sister!”, pastinya video ini telah menarik perhatian ramai peminat Fizo Omar yang telah menghujani ruangan komen beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai peminat mengucapkan tahniah kepada Fizo Omar atas khabar berita gembira ini dan mendoakan kesejahteraan bakal ibu dan anak dalam kandungan.

Isteri baru Fizo Omar mengandung, Fazeera kongsi kegembiraan di Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fazeera Nazri yang juga merupakan bekas pramugari turut sama berkongsi berita mengenai kehamilan beliau di laman Instagramnya. 

Merujuk kepada kapsyennya yang berbunyi, “Hoping you will have the look of your charming father.” Fizo Omar turut kelihatan membalas ruang komen Fazeera dan telah menerima likes yang paling banyak. Si ayah mestilah teruja kan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, Fazeera juga telah mula memuat naik gambarnya yang sudah mula kelihatan baby bump menerusi satu hantaran pada Mac lalu yang pastinya memberikan keterujaan buat peminat dan sahabat handai beliau. 

Pasangan tersebut berkahwin pada 21 Oktober 2021 di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dalam satu majlis pernikahan yang disambut secara sederhana.

Fizo Omar yang merupakan anak kelahiran Kelantan ini memulakan kerjayanya di Malaysia sebagai seorang pelakon menerusi drama Elite arahan Rashid Sibir dan kini turut beliau bergelar usahawan muda dengan perniagaannya yang diberi nama Hot Burger.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdahulu, beliau telah berkahwin dengan Mawar Karim pada tahun 2013 dan mengakhiri perkahwinan beliau bersama Mawar pada tahun 2019. Mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anzalna Nasir Sarat Mengandung Anak Kedua, Ramai Melting Tengok Baby Bump Comel

Baca juga:  Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Ini Senarai Artis Bakal Bersalin 2022

Baca juga:  11 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Anda Hamil Anak Pertama

Penulis

Nina Osman