TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Ini Senarai Artis Bakal Bersalin 2022

4 min bacaan
Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Ini Senarai Artis Bakal Bersalin 2022

Mira Filzah hamil anak pertama dan kini memasuki trimester ketiga. Berita gembira ini telah dikongsi olehnya dan suami melalui Instagram

Berita gembira mengenai kehamilan adalah perkara yang sangat dinanti-nantikan buat pasangan suami isteri, ahli keluarga dan kenalan. Semalam tular di media sosial mengenai kisah Mira Filzah hamil anak pertama.

Sebelum ini ramai peminat berteka-teki mengenai kebenarannya memandangkan ‘tuan badan’ masih mendiamkan diri. Kini akhirnya sudah terjawab setelah Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir memuat naik gambar alat penguji kehamilan di Instagram.

Teka-teki Mira Filzah hamil anak pertama telah terjawab

mira filzah mengandung

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung. InsyaAllah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

Seperti semua orang yang mempunyai hasrat dan rancangan untuk membina keluarga, kami juga mempunyai pengalaman peribadi kami sendiri tentang suka dan duka sepanjang perjalanan kami setakat ini. 

Maklumlah kita rasa dan doakan yang baik-baik sahaja untuk semua orang juga. Tetapi yang pastinya hanya dengan pengetahuan Allah dan kebijaksaan muktamad, terletak apa yang baik dan terbaik untuk setiap kita, pada masa dan pada tempatnya. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.

Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah S.W.T merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, amin amin YRA.

“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”

(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku). 

Surah Al-Ibrahim: Ayat 40

Menjengah ke ruang komen, rata-rata rakan artis dan para peminat turut sama tumpang rasa gembira. Mereka turut menitipkan doa agar urusan pasangan ini dipermudahkan oleh Allah.

Pada bulan November tahun lalu, Mira Filzah telah menjadi perhatian netizen selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ di Instagram miliknya. Walau bagaimanapun dirinya menafikan dan beri alasan perutnya buncit selepas makan.

Senarai artis bakal bersalin tahun 2022

#1. Neelofa

neelofa mengandung

Selebriti populor dan isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya membuka mulut apabila dia mengatakan dirinya berada pada fasa terakhir kehamilan.

Dia yang enggan mendedahkan usia dan jantina bayi dalam kandungan berkongsi segala persediaan telah dilakukan. Neelofa sedang menghitung hari kerana bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.

#2. Eyra Hazali 

eyra hazali hamil

Meskipun anak pertamanya baru berusia 1 tahun 4 bulan, pelakon Eyra Hazali mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil lima bulan.

Dia yang sempat berkongsikan video di Instagram memberi kejutan kepada suaminya iaitu penjaga gol pasukan JDT, Muhammad Haziq Nadzli dengan kit ujian kehamilan.

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, dia merancang untuk bersalin di Johor.

#3. Syatilla Melvin

syatilla melvin mengandung

”Tiga kali gugur, tiga kali mengandung.” Demikian kata pelakon Syatilla Melvin bagi menjelaskan kehamilan ketiganya yang kini sudah masuk bulan kelima.

Katanya, fasa kehamilan kali ini membuatkannya mengalami alahan yang agak teruk sehingga terpaksa duduk di rumah hampir 3 bulan, ‘check-in’ hotel sebab tak boleh bau rumah dan mudah rasa serabut.

#4. Erni Zakri

artis mengandung 2022

Berita mengenai kehamilan Erni Zakri disahkan sendiri oleh suaminya, Syamel yang mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Erni mengatakan bahawa dia memiliki tabiat yang tidak disangka-sangka sepanjang kehamilan iaitu suka mengunyah ketulan ais setiap hari seperti makan snek.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

#5. Elfira Loy

artis bersalin 2022

Pada bulan Oktober yang lalu, Elfira Loy telah mengumumkan dirinya hamil anak kedua di Instagram. Walau bagaimanapun dia enggan berkongsi usia kandungan berikutan masih terlalu awal.

Disebabkan dirinya kini berbadan dua, tawaran lakonan yang diperoleh terpaksa dipertimbangkan dengan lebih berhati-hati.

#6. Ezzaty Abdullah

ezzaty abdullah hamil

Tidak turut ketinggalan, pelakon Ezzaty Abdullah turut berkongsikan berita gembira apabila dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua apabila dia kini mengandung lapan bulan.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos berkata, tarikh jangkaan bersalinnya dalam 21 Februari ini dan mereka telah membuat persiapan bagi menyambut anak lelaki di rumah baharu mereka di Puncak Alam, Selangor.

#7. Harith Zazman

harith zazman anak pertama

Penyanyi dan Youtuber, Harith Zazman menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila dia dan isteri bakal dikurniakan anak lelaki tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan olehnya sendiri menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya yang memaparkan isteri sedang menjalani pemeriksaan bersama doktor.

Alhamdulillah ITS A BOY! Apa nama sesuai untuk budak comel ni? Cepatlah sikit keluar tak sabar dan kesian dekat mommy awak ni!

Sumber: Berita Harian, Media Hiburan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpapemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Makin Berseri-Seri & Makin Comel Baby Bump”- Neelofa Bakal Lahirkan Bayi Sulung Februari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tahniah! Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Ini Senarai Artis Bakal Bersalin 2022
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham