Ramai suami mengeluh, isteri garang selepas berkahwin dan ada anak. Sikap isteri berubah 360 darjah dan memang jauh berbeza ketika bercinta dahulu di mana kata-katanya berlemah lembut dan sebab itu suami jatuh cinta!
Namun, sebelum nak kata isteri garang, selidik dahulu kenapa dia berubah sikap dan adakah dia stres di tempat kerja, tertekan dengan urusan rumah tangga atau mungkin dia rasa diabaikan oleh suami sendiri?
Sebelum nak kata isteri garang, jom kita hadam dulu perkongsian dari lelaki yang bernama Firdaus Shakirin ini mungkin sedikit sebanyak boleh membuka mata dan hati kita.
Kenapa isteri garang & tak lembut lagi seperti saat pertama kali berkenalan?
#1. Terlalu banyak tanggungjawab dan bebanan
Pertama, isteri garang sebab terlalu banyak beban yang dipikul lebih dari tanggungjawab yang sepatutnya dibawa oleh seorang isteri.
Perlu tahu, kudrat seorang isteri tidak sama seperti suami. Letih isteri tidak sama seperti letih suami. Bahkan, tugasnya bukan hanya jadi isteri, tetapi menjadi ibu malah terpaksa keluar bekerja bagi mencari rezeki keluarga.
Apa yang dilakukan melebihi tenaga yang dia ada. Jadi, bagaimana dia mahu berlembut jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam hidupnya?
#2. Isteri garang kerana terlalu banyak tekanan yang dialami saban hari
Tekanan dan keadaan menjadikan siapa isteri ketika ini. Jika suami faham, sudah tentu anda akan mengurangkan beban yang dipikul selama ini.
Tapi malangnya, ramai lelaki memiliki wanita tetapi tidak ramai yang memahami perasaan wanita itu. Apa yang dirasai, kenapa dia berubah sikap, kenapa cepat marah, cepat melenting dan terlalu beremosi.
Pernah tak anda selami jiwanya?
#3. Meminta untuk difahami
Suami, tolong jangan tunggu isteri “meletup” baru nak sedar kerana dia tidak minta kita ganti tempat dia untuk ambil alih jaga anak, kemas rumah, basuh baju, memasak dan lain-lain tetapi dia cuma minta kita faham dan hargai dia bukan sia-sia, kan dia..
#4. Isteri garang sebenarnya inginkan bantuan supaya kerjanya dapat diringankan
Cuba tolong ringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban atas bahu dia seorang diri. Perlu tahu, kekuatan dia dan kita berbeza.
Begitulah juga keadaan mental yang tidak sama. Dia jadi beremosi sebab kepayahan dan keletihan yang dilalui saban hari hingga membuatnya berubah sikap menjadi seorang yang garang dan pemarah.
Ya, memang isteri secara zahirnya dilahirkan dengan fitrah Allah yang lembut dan bersopan-santun, namun jika isteri terlalu berlembut tentu suami ambil peluang untuk membebankan bahu isteri, kan?
Sebaiknya sebagai suami isteri saling bantu membantu antara satu sama lain dan tidak membebankan pasangan masing-masing dengan masalah tertentu.
Cubalah selami jiwa isteri anda bermula hari ini. Pasti anda akan temui jawapan kenapa dia menjadi isteri garang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook theAsianparent Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Kalau Rasa Nak Marah Isteri, Pandanglah Wajah Itu, Dialah Yang Lahir & Buaikan Anak Kita
Baca juga: Selalu gaduh depan anak? Ini 5 cara bagaimana anda boleh kendali pergaduhan itu