Hebat Sangat Ke? Isteri Baru Layan Bagai Raja, Imam Muda Cerai Isteri Pertama 5 Anak

Nak tahu juga apa rahsia dan hebatnya sehingga boleh layan bagai raja kan? Isteri muda layan lebih hebat hingga isteri pertama dengan 5 anak diceraikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak tahu juga apa rahsia dan hebatnya sehingga boleh layan bagai raja kan? Isteri muda layan lebih hebat buatkan Finalis Imam Muda ini ceraikan isteri pertamanya yang mempunyai lima anak.

Menurut laporan Harian Metro, Imam Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Lebih memeritkan lelaki berkenaan menceraikan isterinya selang dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Isteri muda layan lebih hebat

Nur Hidayu berkata beliau pernah bertanya kepada bekas suaminya kenapa berkahwin lain, ketika pengakuan dibuat, lelaki itu mendakwa isteri baharunya melayannya bagai raja! 

Bekas isteri lelaki berkenaan turut mendakwa beliau ada dikasari isteri baru suaminya selepas lelaki berkenaan bercadang menceraikan salah seorang daripada mereka.

Wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya yang ketika itu baru saja selesai tempoh berpantang anak kelimanya bersama Syed Mohd Faris.

Pernah tinggal makanan dalam kotak kasut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki berkenaan juga didakwa culas memberi nafkah sejak dia mengaku sudah berkahwin lain di Songkhla. Balik rumah pun sesukat hati, malah pernah juga sanggup meninggalkan makanan dalam kotak kasut di luar rumah tanpa masuk menjenguk anak dan isteri walau sekejap cuma.

Pernah ajak 5 wanita berkahwin tapi ditolak

Kredit foto: Baituljannah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita berkenaan turut mendedahkan suaminya sebelum ini memang pernah meminta untuk mendirikan rumah tangga dan pernah berkenalan dengan lima wanita dan mengajak mereka berkahwin, tetapi kesemua wanita berkenaan menolak kerana mereka tidak mahu untuk berpoligami. 

Wanita yang dikahwini bekas suaminya turut dikenali Nur Hidayu kerana pernah bersama-sama dalam penerbangan membabitkan misi dakwah di Sibu, Sarawak yang turut disertainya lelaki itu pada 2018. Tetapi peliknya penerbangan balik lelaki itu sama dengan wanita berkenaan, tetapi tidak sama dengan Nur Hidayu. 

Dicerai suami, apa nak buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu tahu ya, jika dicerai suami bukan bererti hidup anda suda berkakhir dan tamat di situ saja. Mungkin itu titik permulaan untuk kehidupan yang lebih baik dalam hidup anda wahai wanita. 

Jangan jadikan penceraian dengan suami satu benda yang menyebabkan anda jatuh seteruk-teruknya. Anda silap jika anda terus bermurung dan bermuram durja sedangkan dia sedap berseronok bersama isteri baru. 

Jadi apa anda patut buat jika suami menceraikan anda?

#1. Terima hakikat

Mahu tidak mahu, suka atau tidak hakikatnya anda sudah diceraikan. Sakit memang sakit, tapi jangan terlalu meratapi kerana bukan itu tujuan ibu anda lahirkan anda ke dunia ini. Bangkitlah kerana anda berhak untuk bahagia.

Terima ia sebagai satu dugaan untuk menjadikan anda lebih baik. Apa yang penting, transform diri kepada yang lebih baik. Buat apa saja yang anda suka untuk membahagiakan anda.

#2. Daftar di mahkamah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda daftar kes di mahkamah, supaya segala tuntutan boleh dibuat. Jangan duduk senyap meratap saja ya, tuntut hak anda dan anak-anak.

#3. Tuntut nafkah edah

Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut hukum syarak.

#4. Mut’ah

Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah itu.

#5. Harta sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

#6. Tunggakan nafkah

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, kelantan.jksm

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comtidak-setia

Penulis

Lala Annuar