Isteri Yang Gembira Menghasilkan Suami Yang Bahagia

Hubungan suami isteri ini adalah seperti satu hubungan mutualisme. Kedua-duanya akan mendapat manfaat apabila suami dan isteri berasa puas dan gembira dalam rumah tangga mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua buah universiti terkemuka dari Amerika Syarikat, Universiti Rutgers and Universiti Of Michigan, telah bergabung dan menjalankan satu uji kaji tentang hubungan suami isteri bahagia dan gembira. 

Kajian mereka mendapati yang seorang suami itu cenderung untuk berasa gembira dan tenang apabila isterinya mempunyai tahap kepuasan yang tinggi dalam perkahwinan mereka.

Malah, pengkaji yang terlibat dalam uji kaji ini juga mendapati yang apabila seorang suami itu gembira dalam rumah tangga mereka, selalunya tahap kegembiraan si isteri adalah sedikit tinggi daripada itu.

Suami Isteri Bahagia: Kajian Yang Melibatkan ‘Orang Lama’

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana agaknya pengkaji ini mampu merumuskan hal yang sedemikian berkaitan suami isteri bahagia.

Kalau anda hendak tahu, kajian ini telah melibatkan 394 pasangan berkahwin yang telah bersama hampir 38 tahun bersama!

Kiranya, mereka yang mengambil bahagian dalam kajian ini adalah pasangan suami isteri yang sangat berpengalaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, setiap pasangan tersebut, pasti ada suami atau isteri yang telah berumur 60 tahun ke atas.

Contoh Soalan ‘Pasangan Bahagia’ Ditanya Semasa Kajian

Mereka telah mengisi borang survey yang mengandungi soalan-soalan seperti:

  • Adakah suami/isteri menghargai mereka?
  • Adakah mereka sering bergaduh atau berselisih faham?
  • Adakah mereka rasakan yang pasangan memahami perasaan anda?

Pasangan suami isteri ‘otai’ ini juga telah diminta untuk menulis nota dalam buku diari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka perlu menyatakan apa yang mereka rasakan (perasaan gembira dan sebagainya) dalam setiap tempoh 24 jam ketika melakukan beberapa tugasan rumah tangga atau aktiviti riadah.

Wahai Suami, Kata-Kata Pengkaji Ini Mungkin Akan Membuatkan Anda Berubah Fikiran 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian ini adalah penting kerana kita dapat lihat bagaimana perasaan gembira yang seimbang antara suami dan isteri mampu memanjangkan sesuatu usia perkahwinan.

Kata Profesor Deborah Carr, salah seorang pengkaji dari Universiti Rutfers,

“Saya rasa sebenarnya apabila isteri itu gembira dengan suaminya, dia akan lebih bersedia untuk memberi lebih lagi, yang kemudiannya memberikan kesan positif dalam hidup suami.”

Buktinya terlihat dalam uji kaji ini yang melihat cara hidup orang lama dalam menjalani rumah tangga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kualiti perkahwinan adalah sangat penting kerana ia juga mampu menjamin kesihatan fizikal dan mental buat kedua-dua pasangan. Malah ia turut membantu pasangan untuk membuat keputusan penting di hari kemudian. Contohnya, tentang kesihatan dan keputusan rawatan pemeriksaan pada hari tua nanti.”

Sumber: Smartparenting.com.ph

Baca juga: 

47 cara senang untuk bahagiakan isteri, tak payah keluar duit banyak pun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor