Setiap insan yang bernyawa pastinya akan merasai saat kematian. Rezeki, jodoh dan maut semuanya sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak manusia masih berada dalam kandungan lagi. Namun bagi manusia biasa, istri meninggal dunia kerana pandemik Covid-19 sungguh menyedihkan.
Kisah viral ini berlaku di negara seberang, Indonesia. Istri meninggal dunia beberapa hari disahkan positif Coronavirus. Catatan daripada suaminya membuatkan ramai netizen sebak.
Kisah sedih istri meninggal dunia
Menurut coretan oleh seorang pengguna Twitter, @ihsanjie, Bismillah. Hari ini merupakan hari kedua sejak isteriku dimakamkan di Pemakaman Khusus Covid di Macanda, Sulawesi Selatan.
Setelah pemakaman selesai malam itu, aku kembali lagi ke rumah untuk meneruskan tempoh kuarantin. Seorang diri. Setiap kali airmataku jatuh, aku ingat semula nasihat arwah sewaktunya hidup.
”Kanda, Allah mengangkat darjat orang yang ikhlas.”
Itu salah satu nasihat yang sering disampaikan oleh isteriku ketika aku sedih atau ketika di tengah malam aku menangis kerana mengalami mimpi buruk.
Almarhum Amirah Lahaya bukan hanya sekadar isteriku. Amirah adalah guruku. Orang yang membuat peribadi dan hidupku jauh lebih baik. Dalam hidupnya, tidak pernah sekalipun dia tidak menyokongku. Selalu memberikan kata-kata semangat, mendoakan, mengharapkan kebaikan untukku dan menjaga nama suami sebaik mungkin.
Amirah, aku sudah ikhlaskan semua yang ditetapkan oleh Allah S.W.T atas hidupmu dan keluarga kecil kita. Sebagaimana dulu nasihat yang selalu kau ulang, ”Ikhlaskan, kanda,” begitulah nasihatmu memanggilku dengan panggilan istimewa.
Saat ketika berpisah
credit to sources
Beberapa jam menjelang kepergianmu masih lagi sempat menghubungiku, meminta untuk mengikhlaskan keadaanmu yang telah seminggu terbaring. Aku iyakan, aku ikhlaskan agar hatimu tenang.
Pada hari itu, tidak pernah kusangka perjanjianmu dengan Allah S.W.T sudah sampai di penghujungnya.
Kini engkau sedang menuju sebuah kampung, di mana aku dan Aruna serta semua manusia akan tiba waktunya juga untuk berangkat ke sana. Kampung itu adalah kampung Akhirat. Allah ternyata sudah sangat rindu untuk memelukmu, Amirah.
Selamat jalan Amirah. Engkau mati satu kali, namun hidup selamanya.
Ketika Jumaat lalu bersamaan 18 September 2020 (10 pagi), ketika berada dalam bilik non-covid, kamu ingin menonton filem Zainuddin dan Hayati. Setelah selesai, doktor menelefonku dan alangkah sedihnya hati beliau mengatakan hasil swab kelmarin positif.
Pada jam 3 petang, kita berangkat menuju ke hospital. Itulah saat terakhir aku mendampingimu di dalam ambulans. Sampai di sana, kita berpisah dan aku diminta kuarantin.
Pada keesokan harinya, Sabtu, doktor mengabariku bahawa kamu perlu dipindahkan ke ICU. Kadar trombosit, leukosit dan lain-lain dalam darahmu mengalami penurunan mendadak. Tubuhmu berjuang melawan virus itu. Engkau selalu memberitahuku walaupun sakitmu semakin parah.
Kesihatan semakin merosot
Pada Ahad 20 September, tepat hari lahirku yang ke-28. Kamu mengucapkan selamat hari lahir untukku, hati sudah hancur lebur. Bayangkan kita bertiga diasingkan dalam tempat berbeza. Aku tetap beri semangat untuk kamu terus berjuang hingga sembuh.
Walaubagaimanapun, keadaanmu semakin teruk. Isnin dan selalu telah berlalu. Datangnya Rabu, kamu menelefon aku dan meminta izin untuk dipasangkan ventilator kerana okisgen dalam tubuh tinggal 74 peratus sahaja.
Setelah beberapa minit kemudian, doktor memberitahu lagi, kadar oksigen mula menurun sedikit demi sedikit. Aku diminta berdoa. Tidak berapa lama, seorang perempuan menelefonku, ”Dia sudah tiada ada, encik.”
Di situlah duniaku tiba-tiba gelap, langit bagaikan runtuh dan tanah ku pijak seakan ditelan bumi. Sebagai seorang suami, aku ingin melaksanakan wasiatmu, membersihkan jenazah dan solat. Aku memakai alat pelindung diri untuk menguruskan segalanya termasuklah memasukkanmu ke dalam liang lahad.
Sedihku tidak terbayang di hati, namun aku tidak boleh menangis. Di ruang itulah aku melihatmu kembali. Wajahmu tidak berubah. Tiada beza seperti aku membuka pintu bilik tidur dan melihatmu tidur bersama Aruna.
Mengimbau kembali saat bersama
Ketika solat jenazah, takbir pertama aku mulai dengan al-fatihah. Teringatlah diriku dengan segala kenangan ketika kita solat berjemaaah. Kini engkau aku solatkan untuk perjalanan Tuhan.
Takbir kedua, aku baca selawat keatas Nabi. Teringatlah aku kembali dirimu sering memintaku berselawat ketika hatiku tidak tenang. Aku hayatinya sungguh-sungguh dengan harapan agar kau diberikan syafaat di Padang Mashyar kelak.
Takbir ketiga, aku mohonkan keampunan Allah untukmu dan takbir keempat aku tutup doa yang diajarkan Nabi: Ya allah, janganlah engkau meluputkan kami pahalanya, jangan tinggalkan fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami, ampunilah dia.
Selamat jalan isteriku. Aku dan Aruna ikhlas menerima semuanya. Cintamu suci telah mengubah hidupku. Selamat jalan bidadari syurga.
Sumber: Baituljannah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjenis-topeng-muka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!