Betulkah Untuk Jadi Bapa Terbaik, Perlu Ada 6 Sifat Ini?

Menjadi bapa yang baik bukanlah sesuatu yang mudah, namun jika anda punyai 6 sifat ini anda boleh dikatakan sudah lakukan terbaik!

Setuju tak kalau saya kata semua lelaki boleh jadi bapa tapi tak semua lelaki boleh jadi bapa yang baik. Kenapa?

Sebab apabila bergelar ayah, anda perlukan kekuatan, keberanian, sokongan dan disiplin dalam mendidik isteri dan anak-anak.

Tahu tak 6 sifat anda boleh jadi bapa yang baik? Rasa-rasa anda yang mana satu?

Kalau ada di antara 6 tanda ini pada anda, syabas saya ucapkan. Jika tidak, cubalah jadi ayah yang baik supaya anak-anak dapat mengikut teladan bapanya. 

6 Sifat untuk jadi ayah yang baik 

#1 : Sentiasa dahulukan keluarga

Kredit: laki laki baru

Tanggungjawa jadi ayah yang baik adalah mendahulukan keluarga lebih dari segalanya. Tak kira hal kerja atau urusan penting, sentiasa family first.

Jika anak atau isteri sakit, andalah orang yang paling risau. Bahkan, anda juga insan yang akan dicari untuk bantu mereka bawa ke hospital walaupun ketika itu ada urusan lain yang harus diselesaikan. 

Apatah lagi, anda meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan isteri di rumah dari bazir masa melepak dengan rakan. 

Jadi ayah yang baik juga perlu kuat bekerja demi sesuap nasi ke mulut keluarga. Sebab itu anda harus meletakkan keluarga dahulu berbanding perkara lain. 

Tip: Jangan bawa pulang kerja pejabat ke rumah kerana anda perlu beri fokus pada keluarga tersayang. 

#2: Ambil berat terhadap pelajaran dan aktiviti anak 

Jadi seorang ayah yang baik anda selalu bertanyakan soalan seperti ini: 

“Bagaimana sekolah hari ini, cikgu ajar apa?  “Ada kerja sekolah yang tak faham? Mari ayah ajarkan 

Pertanyaan seperti ini mungkin nampak simple di mata anda, tapi ketahuilah bahawa soalan seperti ini mendekatkan lagi ikatan antara anak dan bapanya. 

Lantas, terdetik di hati anak ayahnya berminat untuk tahu hal berkaitan diri, hobi dan sekolahnya. Kemudian jadi ayah yang baik juga boleh ditunjuk dengan cara mengajar anak tentang subjek yang mereka kurang faham.

Dari situ, anda akan sentiasa menjadi rujukan anak pada masa hadapan. 

Tip: Tanyakan soalan mudah tentang aktiviti anak setiap kali masuk tidur. Jadikan ia rutin harian. 

#3: Banyak luang masa bersama keluarga 

Kredit: DN Times

Selain daripada itu, jadi ayah yang baik boleh ditunjukkan dengan cara memperbanyakkan luang masa bersama keluarga dan anak-anak.

Seperti berbasikal setiap petang, bermain badminton, bersenam di taman tasik dan sebagainya. Ini merupakan salah satu tanda jadi ayah yang baik kerana anda peka terhadap aktiviti anak setiap hari. 

Tip: Jika sibuk bekerja, berilah ruang bersama anak-anak ketika dihujung minggu. 

#4: Ajar anak nilai-nilai murni 

Jadi ayah yang baik dengan cara menyerapkan anak-anak nilai murni yang perlu ada dalam jiwa. Antaranya seperti nilai kesabaran, hormat-menghormati dan tolong-menolong.

Ia bertujuan supaya apabila anak menginjak dewasa, mereka mudah faham akhlak yang baik itu penting. 

Tips: Guna perkataan positif ketika mendidik anak seperti ucapkan terima kasih ketika terima pemberian orang dan minta maaf jika melakukan sesuatu perkara yang mengguris perasaan orang lain. 

#5: Bantu isteri setiap malam 

Kredit: ruang muslimah

Cium isteri sewaktu pagi dan bersalaman dengan anak-anak sebelum mereka ke sekolah juga merupakan salah satu tanda jadi ayah yang baik.

Selain itu, ia juga boleh ditunjukkan dengan cara membantu isteri tidurkan bayi ketika waktu malam. Kalau semua ini anda lakukan tentunya anda merupakan seorang ayah yang baik dan mengagumkan.

Tahniah! 

Tip: Beri isteri  ‘me time’ untuk seketika bagi melepaskan keletihan menguruskan rumahtangga. Sedikit sebanyak isteri akan rasa terhibur dan kembali segar 

#6: Peluk dan cium anak setiap hari 

Masa cepat berlalu, jika hari ini anda mendukung bayi kecil. Esok lusa, pejam celik pejam celik anak sudah pandai berjalan.

Jadi ini masanya untuk anda bermanja bersama si kecil dengan berinya ciuman dan pelukan setiap hari. Bila mereka sudah besar, memori ini yang akan di ingati. 

Tip: buat lawak jenaka hingga anak ketawa comel juga antara yang boleh dilakukan seorang ayah dalam merapatkan hubungan itu. 

Banyak sebenarnya cara yang boleh anda buat untuk tambat hati anak. Malah ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kongsikan artikel ini di laman Facebook anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: NewsLinQ

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga: Nak Rapat Dengan Anak Sehingga Dewasa? Lakukan 5 Perkara Ini!