Jadual Pam Susu Ibu Bekerja Selepas Bersalin & Cara Melakukannya, Agar Bekalan Susu Sentiasa Ada

Bagi ibu baru yang kembali bekerja selepas bersalin, tahukah jadual pam susu ibu bekerja penting untuk memastikan bekalan susu sentiasa ada?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ibu merancang untuk melakukan penyusuan secara eksklusif sebaik sahaja mula bekerja, jadual pam susu ibu penting untuk memastikan pengeluaran susu ibu kekal berterusan.

Jika ibu tidak memerah atau terlepas satu sesi, lama- kelamaan penghasilan susu ibu akan merudum kerana tiada permintaan (demand) untuk terus menghasilkan susu mengikut keperluan.

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja

Cadangan masa mengepam susu di tempat kerja adalah setiap 3-4 jam sekali bagi membolehkan payudara dapat dikosongkan dengan kerap. Masa yang ideal untuk mengepam susu bagi setiap sesi adalah selama 15-20 minit, maksimum 30 minit.

Tetapi jika tidak sempat, ibu boleh juga memerah menggunakan tangan atau dengan pam sekurang-kurangnya 10 minit. 

Berikut merupakan jadual pam susu untuk ibu bekerja yang memudahkan urusan ibu untuk menyimpan bekalan stok. Malah, cara ini juga dapat mengelakkan ibu mengalami bengkak susu.

Jadual ini boleh digunakan untuk ibu bekerja dalam tempoh 9 jam sehari. Boleh sesuaikan mengikut situasi:

  • 7 pagi : menyusu bayi
  • 10 pagi : mengepam selama 15-20 minit di tempat kerja
  • 2 petang: mengepam kali kedua di tempat kerja
  • 5:30 petang: menyusu bayi
  • 8 malam: menyusu
  • 11 malam: menyusu
  • 2 pagi : menyusu
  • 5 pagi: menyusu

Atau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sesi 1: Semasa pergi kerja, dalam kenderaan.
  • Sesi ke- 2: 3 jam selepas itu. 
  • Sesi ke- 3: Waktu rehat
  • Sesi ke-4: Semasa pulang dari kerja, dalam kenderaan.

Biasanya bayi yang baru lahir menyusu 2 jam sekali jadi jumlah penyusuan yang diperlukan dalam 5-6 kali sehari.

Setiap kali penyusuan memerlukan 3oz. Jadi, ibu perlu memastikan jumlah susu perahan dalam sehari adalah sebanyak 18 oz (6 x 3oz).

Apabila ibu biasakan diri dengan jadual ini, setiap 2-3 jam payudara akan terasa penuh dan secara automatik susu badan menitis walaupun tanpa diperah.

Sekiranya penghasilan susu ibu sudah mula meningkat, bolehlah kurangkan kekerapan mengepam. Contohnya, kurangkan sesi kepada 4 jam sekali dalam sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

Selain menetapkan jadual pam susu ibu yang sesuai mengikut keperluan masing-masing, penting juga untuk ibu mengetahui dan mempelajari tentang ilmu penyusuan secara eksklusif sebelum ibu mula bekerja.

1. Jadual pam susu ibu bekerja: Sediakan barang penyusuan yang lengkap.

Pam susu, botol, pemanas susu, beg simpanan stok susu dan ice pack penting untuk memastikan bekalan stok susu tidak basi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Pilih pam susu yang betul dan selesa.

Semasa dalam tempoh berpantang, pastikan anda memilih jenis pam susu terbaik dari segi saiz, bunyi dan kapasiti pam itu sendiri.

Pam yang selesa memudahkan anda mengeluarkan susu dengan lancar dan tidak menyakitkan payudara.

3. Sediakan stok susu dua minggu lebih awal sebelum tarikh mula bekerja.

Cara ini membolehkan anda mengetahui cara menyimpan susu yang betul dengan tandakan masa dan tarikh susu yang dipam.

Ibu juga boleh mengenal pasti sama ada susu tersebut masih elok atau basi.

4. Berikan si manja botol susu

Sesetengah bayi menolak untuk menghisap puting botol susu. Sekiranya ini berlaku, ibu cuba dapatkan puting yang seakan puting payudara ibu supaya bayi tidak mengalami keliru puting (nipple confuse).

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mencari Pam Susu Elektrik Yang Terbaik? 8 Breast Pump Ini Memudahkan Tugas Ibu Yang Sibuk Bekerja

Baca juga: Cara Pam Susu Dengan Betul Supaya Payudara Tak Rasa Sakit, Susu Pun Kekal Meriah!

Baca juga: 15 Tips Memilih Pam Susu/ BreastPump Terbaik, Buat Ibu Selesa & Payudara Tidak Sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah