X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pam Susu Bayi Elektrik Ke Manual? Ibu, Pilihlah Ikut Berapa Kali Sehari Anda Mengepam!

4 min bacaan
Pam Susu Bayi Elektrik Ke Manual? Ibu, Pilihlah Ikut Berapa Kali Sehari Anda Mengepam!

Setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik buat si manja. Meskipun sibuk, anda berusaha menyediakan stok 'makanan' yang cukup menggunakan pam susu bayi

Apabila menyentuh soal penyusuan, perkara pertama bagi kebanyakan ibu bekerja akan fikir adalah bagaimana cara untuk terus memberikan susu ibu kepada anak. Sudah tentu sekali jawapan cliche adalah menggunakan pam susu bayi!

Memandangkan di pasaran menawarkan pelbagai jenis dan harga pam susu, bagi ibu baru pertama kali, anda mungkin berasa sedikit keliru untuk memilih yang terbaik.

Baca juga: Sedang Mencari Breast Pump Terbaik Dan Selesa? Jom Semak Jenama Yang Selamat Ini!

Pam susu bayi jenis manual atau elektrik menjadi pilihan kebanyakan ibu?

pam susu badan

credit to sources

Dilema memilih pam susu bayi adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu-ibu baru. Anda berasa pening memikirkan jenama apa paling sesuai dan berkesan untuk mempercepatkan penghasilan susu badan mengikut bajet.

Tahukah anda bahawa pemilihan pam susu yang terbaik amat penting buat para ibu bekerja atau bergantung sepenuhnya pada alatan ini bagi meneruskan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun?

Ia adalah benar. Hal ini kerana terdapat sesetengah pam kurang sesuai dengan anda disebabkan oleh fungsinya tidak dapat mengekspresikan susu badan sehingga benar-benar kosong.

Justeru, perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan adalah sama ada ingin menggunakan pam susu jenis manual atau elektrik. Antara perkara penting perlu diambil kira ialah:

  • Berapa kali sehari anda mengepam
  • Berapa lama anda menggunakan pam
  • Jangkaan masa yang diambil semasa mengepam
  • Jika anda bekerja, diwajibkan melakukan pengepaman setiap 2 jam bagi mengelakkan masalah bengkak susu atau lebih teruk adalah mastitis.

Alasan mengapa perlu memilih pam susu elektrik 

Pam susu jenis elektrik ataupun menggunakan bateri dikatakan jauh lebih baik bagi ibu-ibu yang mengepam susu secara kerap. Misalnya, jika keadaan tidak mengizinkan untuk anda menyusu secara langsung seperti sudah mula bekerja ataupun bayi masih ditahan dalam wad, alatan ini mampu menjimatkan masa kerana susu lebih cepat diperah berbanding pam manual.

Antara ciri yang patut ibu pertimbangkan semasa membuat pilihan pam elektrik atau bateri ialah:

pam susu elektrik

credit to sources

#1. Tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Semestinya anda tidak mahu menarik perhatian orang sekeliling ketika mengepam susu, kan?

#2. Mempunyai pilihan untuk tahap sedutan. Ia adalah untuk memudahkan ibu memilih kuasa yang paling hampir sama dengan hisapan bibir bayi anda.

#3. Ringan dan mudah dibawa. Pam yang ringan amat penting agar anda tidak rasa terbeban untuk membawanya ke mana-mana sahaja. 

#4. Pam yang memiliki pilihan urutan dan ekspresi. Ini bagi memudahkan anda membuat pilihan menukar mod.

Perihal pam susu jenis manual

Walaupun pam susu elektrik lebih mudah digunakan, namun harganya adalah agak mahal bagi sesetengah ibu yang kurang berkemampuan. Pam susu manual atau menggunakan tangan kurang memiliki fungsi dan bahagian jika dibandingkan dengan jenis elektrik.

Pam susu jenis manual ini sangat berguna bagi ibu yang hanya mengepam sekali sekali, misalnya terpaksa berjauhan dengan bayi atau tiba-tiba mengalami masalah bengkak susu.

pam susu bayi manual

credit to sources

Selain itu ia sangat ringan. Anda juga tidak perlu risau akan bekalan elektrik atau bateri ketika ingin menggunakannya. Akan tetapi sesetengah ibu mengatakan tangan mereka mudah lenguh ketika menggunakan alatan jenis manual.

Justeru sebagai penyelesaiannya, kami sarankan anda cari pam susu manual yang ergonomik ya!

Pam susu elektrik jenis tunggal atau berganda, yang mana terbaik?

Memandangkan jadual harian yang begitu padat, sudah semestinya anda memerlukan alatan menjimatkan masa bagi mengekspresikan susu badan. Jawapan tepatnya adalah ibu perlu memilih pam susu eletrik jenis berganda (double)!

Hal ini kerana ia biasanya hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja berbanding pam susu yang single.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Selain itu dengan mengepam susu secara serentak pada kedua-dua bahagian payudara, ia dapat merangsang hormon prolaktin dan pengeluaran susu badan lebih meriah.

Ibu juga boleh mengenakan bra yang sesuai untuk mengepam susu agar anda tidak perlu memegang botol sepanjang masa. Manakala pam elektrik jenis single pula sesuai bagi anda yang ingin menyusu bayi dan dalam masa yang sama mengepam susu pada sebelah lagi payudara.

Sumber: Tasneem natural

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Pam Susu Bayi Elektrik Ke Manual? Ibu, Pilihlah Ikut Berapa Kali Sehari Anda Mengepam!
Kongsikan:
  • 5 Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu Jika Selalu Guna Pam Susu

    5 Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu Jika Selalu Guna Pam Susu

  • Satu Barang Keperluan Bersalin Yang Tak Patut Dipandang Ringan: Breast Pump!

    Satu Barang Keperluan Bersalin Yang Tak Patut Dipandang Ringan: Breast Pump!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 5 Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu Jika Selalu Guna Pam Susu

    5 Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu Jika Selalu Guna Pam Susu

  • Satu Barang Keperluan Bersalin Yang Tak Patut Dipandang Ringan: Breast Pump!

    Satu Barang Keperluan Bersalin Yang Tak Patut Dipandang Ringan: Breast Pump!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.