X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Perlu Hisap Susu Selepas Dilahirkan Secara Czer? Ini Posisi Terbaik Untuk Keselesaan Ibu

7 min bacaan
Bayi Perlu Hisap Susu Selepas Dilahirkan Secara Czer? Ini Posisi Terbaik Untuk Keselesaan Ibu

Sila susukan anak anda sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setiap 3 jam. Walaupun mungkin terasa sakit, anda akan berasa lebih lega kerana dapat melihat anak anda hisap susu anda sendiri dan bukannya susu formula.

Ibu yang melahirkan bayi secara Caesarean mungkin akan merasai lebih banyak kebimbangan berbanding ibu yang berjaya bersalin secara normal. Selain risau memikirkan diri yang memerlukan penjagaan lebih rapi dan kesan sampingan yang dialami, ibu juga mungkin ingin tahu bagaimanakah cara untuk anak hisap susu dengan lebih selamat dan selesa untuk anda.

Memberikan susu badan kepada anak walaupun selepas bersalin czer masih lagi boleh dilakukan, namun ia tidaklah begitu mudah. Jadi, anda mungkin perlu mengetahui beberapa cara tertentu agar diri tidak terasa sakit dan cabaran menyusukan anak dapat dikurangkan.

Namun jangan bimbang, kami akan kongsikan beberapa tips untuk membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara Caesarean supaya menyusu dengan jayanya dan anak juga dapat hisap susu dengan kenyang!

Tahu Dulu Kesan Ubat Bius dan Ubat Penahan Sakit

Sebelum itu, mungkin anda akan tertanya-tanya:

“Adakah ubat itu selamat untuk bayi, dan adakah ia akan menjejaskan keupayaan ibu untuk menyusukan anak?”

Ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberi tidak akan menjejaskan susu anda.

Anda juga boleh memaklumkan pihak doktor dan jururawat tentang hasrat untuk menyusukan anak dan mereka akan beri ubat yang serasi dengan ibu menyusu.

Gunakan ubat hanya apabila ia diperlukan, untuk mengurangkan rasa mengantuk bayi.

Baca sini untuk mengetahui langkah-langkah mengurut bahagian mulut bayi bagi menguatkan otot-otot muka, serta cara-cara lain yang boleh merangsang bayi baru lahir untuk menyusu.

▲▼Isi Kandungan

  • Bagaimana Bayi Hisap Susu Selepas Czer
  • Selepas Bayi Lahir, Adakah Hospital Beri Susu Formula?
  • Posisi Menyusu Selepas Pembedahan Czer
  • Elakkan Susu Tambahan
  • Bilakah Badan Saya Akan Menghasilkan Susu? 
  • Apabila Sampai Di Rumah

Bagaimana Bayi Hisap Susu Selepas Czer

Bayi perlu hisap susu ibu selepas dilahirkan czer

Jika larat, waktu yang paling tepat untuk mula menyusukan bayi adalah sebaik sahaja dia dilahirkan. Pada waktu ini, ibu sepatutnya belum rasa sebarang ketidakselesaan kerana masih di bawah kesan ubat epidural.

Untuk keselesaan ibu dan keselamatan bayi hisap susu, cuba letakkan bayi dalam keadaan meniarap sama seperti Cradle hold, sambil si ibu berbaring secara menelentang. Apabila menyusukan dalam kedudukan ini dengan bayi yang baru lahir, dapatkan bantuan jururawat untuk memastikan hidung bayi tidak tersumbat.

Sesetengah hospital menggalakkan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas melahirkan bayi, diikuti dengan penyusuan susu badan apabila ibu stabil. 

Jika anda menjalani pembedahan cesarean, ia mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk susu anda ada berbanding anda bersalin secara normal. Anda digalakkan untuk meletakkan bayi ke payudara anda secepat mungkin dan menyusukan bayi dengan kerap untuk merangsang pengeluaran susu.

Selepas Bayi Lahir, Adakah Hospital Beri Susu Formula?

hisap susu selepas lahir

Selepas bayi dilahirkan, makanan pertama yang sepatutnya diberikan kepada mereka adalah susu ibu itu sendiri. Selain dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi, susu ibu juga memberikan banyak khasiat dan manfaat untuk bayi. 

Antibodi dalam susu ibu boleh melindungi bayi daripada sebarang jangkitan kuman. Bahkan, susu ibu juga dapat merangsag penglihatan dan mengggalakkan pertumbuhan yang sihat pada bayi.

Biasanya, pihak hospital akan menyuruh ibu untuk memberikan anak yang baru dilahirkan susu ibu itu sendiri melainkan ada beberapa keadaan atau kondisi tertentu yang memaksa anak untuk diberikan susu formula seperti:

  • Bayi yang tidak boleh mencerna susu ibu akibat kelainan metabolik atau genetik. Kelainan ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai enzim tertentu untuk dapat mencerna susu, baik susu ibu mahupun susu lembu. Sebab itu kita perlukan susu formula khas yang sesuai dengan keperluan bayi.
  • Bayi tidak cukup bulan. Kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan memerlukan lebih banyak kalori, lemak dan protein berbanding bayi yang dilahirkan cukup matang. Walaupun susu ibu bagi kelahiran bayi pramatang mengandungi kalori, protein dan lemak yang tinggi, ia akan bertukar menjadi susu biasa selepas 3-4 minggu.
  • Ibu tidak boleh menyusu contohnya ibu menghidap HIV, menderita Human T-lymphotropic Virus (HTLV) jenis 1 dan 2 yang boleh berjangkit melalui susu ibu dan boleh menyebabkan gangguan saraf selepas bayi dewasa, atau ibu yang menghidap Cytomegalovirus (CMV) yang melahirkan bayi secara pramatang.

Sesetengah hospital akan meminta ibu untuk menandatangani borang bagi mengakui ‘risiko’ pemberian susu formula.

Posisi Menyusu Selepas Pembedahan Czer

tahu posisi terbaik untuk bayi hisap susu

Ramai ibu-ibu mendapati menyusukan anak secara berbaring adalah satu kedudukan yang paling selesa pada hari pertama selepas pembedahan. 

Ia merupakan cara yang mudah untuk menyusukan anak sambil berehat pada masa yang sama. 

Berikut adalah langkah bagaimana untuk ibu boleh beralih posisi di atas katil hospital:

  • Mula dengan katil dalam kedudukan yang rata dan dengan rel katil yang dinaikkan
  • Letakkan bantal tambahan pada belakang ibu untuk memberi sokongan tambahan.
  • Dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, pusingkan badan sambil menggenggam rel katil untuk memudahkan pergerakan dan juga untuk mengelakkan ketegangan otot abdomen. 
  • Gunakan bantal kecil ataupun tuala untuk melindungi insisi anda
  • Letakkan bantal di antara kaki untuk mengurangkan tekanan pada otot-otot perut.
  • Baringkan bayi bersebelahan dan menghadap badan anda: dada ke dada. Kaki bayi harus dekat dengan badan dan kepalanya berbaring di atas katil (atau atas lengan anda, yang mana paling selesa). Anda boleh alihkan diri ke hadapan untuk mula menyusu, atau alih bayi dan mengarahkannya ke payudara.

Anda boleh mencuba posisi penyusuan yang lain apabila rasa lebih selesa nanti.

Elakkan Susu Tambahan

Maklumkan kakitangan hospital sekiranya anda ingin cuba menyusu secara eksklusif.

Pastikan mereka tidak memberi susu tambahan atau puting, kerana ini boleh menggangu penyusuan susu ibu.

Tetapi jika bayi anda perlu diberi susu tambahan untuk sebab-sebab tertentu, minta supaya susu itu diberi melalui cawan atau picagari dan bukannya botol untuk mengelakkan risiko kekeliruan puting.

Bilakah Badan Saya Akan Menghasilkan Susu? 

Peralihan hormon yang berlaku apabila plasenta berpisah dari rahim adalah proses yang akan memulakan penghasilan susu ibu.

Badan ibu akan mengalami peralihan yang sama, sama ada dia bersalin secara caesarean ataupun secara normal.

Ibu-ibu yang mempunyai kelahiran yang berkomplikasi (caesarean atau faraj) mungkin akan lambat sedikit menghasilkan susu badan.

Apabila Sampai Di Rumah

bayi juga perlu hisap susu di rumah

Dapatkan bantuan untuk menguruskan rumah anda dan tumpukan perhatian kepada penyembuhan diri serta penyusuan bayi.

Sila susukan anak anda sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setiap 3 jam. Walaupun mungkin terasa sakit, anda mungkin akan berasa lebih gembira dan lega kerana dapat melihat anak anda hisap susu anda sendiri dan bukannya susu formula.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Jika boleh, minta suami untuk mengambil cuti selama beberapa hari supaya dia boleh membantu anda ketika berpantang di rumah!

Ingat, pembedahan caesarean adalah pembedahan yang besar.  Kajian mengatakan tempoh untuk pulih trauma bersalin adalah setahun. Badan anda akan memerlukan masa untuk pulih, jadi ikutlah pantang-larang selepas bersalin dengan sebaiknya.

Tetapi tip yang paling penting adalah untuk mengelak tekanan dan cuba rileks. Jangan terlalu risau dengan insisi yang menyakitkan, hal-hal rumah dan lain-lain.

Bawa bertenang, kekal positif dan bina ikatan dengan anak anda: semua ini adalah “penggalak susu” yang terbaik.

Semoga tips ini membantu dan berguna untuk anda. Tahu cara menyusu bayi dengan betul supaya anda selesa dan bayi juga kenyang ya!

Sumber

Healthline (Oct 23, 2020). Breastfeeding After a C-Section: What You Should Know. www.healthline.com/health/breastfeeding/breastfeeding-after-c-section#takeaway

Very Well Family (Sept 30, 2022). How a C-Section Affects Breastfeeding and 7 Tips for Success. www.verywellfamily.com/breastfeeding-after-a-c-section-431676

Parents (Sept 12, 2019). 7 Facts About Breastfeeding After a C-Section. www.parents.com/pregnancy/giving-birth/cesarean/5-facts-about-breastfeeding-after-a-c-section/

What to Expect (July 13, 2022). Breastfeeding After a C-Section. www.whattoexpect.com/first-year/breastfeeding/breastfeeding-after-c-section/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sakit Belakang Badan Selepas Bersalin/ Ketika Menyusu Jangan Dibiarkan, Ibu Cuba 8 Tips Ini!

Baca juga: Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!

Baca juga: Ramai Ibu Kekok & Tidak Pandai Menyusu Bayi Kali Pertama, Doktor Kongsi Teknik Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Bayi Perlu Hisap Susu Selepas Dilahirkan Secara Czer? Ini Posisi Terbaik Untuk Keselesaan Ibu
Kongsikan:
  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham