Jaga Anak Ternyata LEBIH SUSAH Dari Main Sukan, Dan Ini 5 Sebabnya - Pakar

Tiada siapa cakap jadi ibu ayah ini senang. Tapi proses jaga anak jadi lebih susah daripada main sukan (atau bekerja!) kerana 5 sebab kita selalu buat ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronok, teruja dan rasa nak cuba yang terbaik — itulah perasaan setiap ibu bapa baru ketika jaga anak baru lahir. 

Tapi hakikatnya, ramai ibu ayah yang menyorokkan rasa penat, sedih, depresi, dan risau yang mereka rasa. Rasa negatif ini kadang-kadang tak boleh dibendung, hingga kita semua rasa nak jadi ibu ayah sungguh susah!

Malah mungkin juga kita akan meragui diri sendiri — memikirkan yang kita mungkin bukan ibu ayah yang terbaik. 

Tapi ibu ayah semua…. bertenang! Ada sebab kenapa proses jaga anak ini terasa amat “susah, mencabar, dan memerlukan kesabaran” anda. Pendek kata, ada sebab kenapa jaga anak lebih susah daripada main sukan, mahupun bekerja!

Ini antara 5 sebabnya.

Jaga Anak Susah Kerana #1 Kita Ingin Jadi Ibu Ayah Yang Sempurna

Kredit gambar: Deposit Photo

Pengkaji dari universiti di Belgium mendapati: ibu bapa dengan pendidikan yang tinggi akan lebih berisiko untuk “burn out”. Ia kerana anda berada di bawah tekanan untuk jadi “yang terbaik”.

Kadang-kadang, standard yang telah kita tetapkan itu mungkin kurang realistik. Ini membuatkan anda mengalami burn out ketika menjaga anak. 

Dengarlah apa kata anak. Ia mungkin akan membantu. Anda tak perlu jadi ibu bapa yang “sempurna”, sebaliknya anda harus menjadi ibu bapa yang diperlukan anak-anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jaga Anak Susah Kerana #2 Terkesan Dengan Media Sosial

Media sosial umpama “barah” pada ibu bapa baru. Semuanya berdasarkan apa yang dilihat semata-mata.

Sebab itu, Instagram antara laman web utama penyebab depresi, masalah keresahan, dan sukar untuk tidur! Itu masalah yang paling perlu dijauhi ibu bapa baru. 

Ingat satu perkara ini: Tak semua benda anda nampak di media sosial itu benar. Ia mungkin telah diedit dan diubah suai. 

Jaga Anak Susah Kerana #3 Anda Rasa Tugas Ini Tiada Penghujungnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa bulan pertama lepas anak lahir memang amat mencabar buat ibu baru. Rasa macam hamster berlari dalam marathon, hah!

Malah menurut kajian, ramai ibu baru tidak seronok ketika 6 bulan pertama kelahiran bayi kerana susah nak menyesuaikan diri sebagai seorang ibu.

Jika anda rasa nak berputus asa, jangan malu untuk meminta bantuan suami atau ahli keluarga. Duduklah berehat dan tenangkan fikiran sekejap.

Jaga Anak Susah Kerana #4 Banyak Sangat Tanggungjawab!

Jadi seorang ibu bapa juga bermaksud anda kena buat banyak kerja serentak. Andalah tukang masak, jururawat, cikgu, pelatih, dan macam-macam lagi!

Tanggungjawab serentak ini boleh menyesakkan nafas. Malah kajian juga membuktikan, lebih banyak anda terlibat dengan keibubapaan, lebih mudah anda depresi atau cepat rungsing.

Untuk mengelak masalah ini, biarlah anak menentukan apa yang dia mahu. Tak payah anda semakkan fikiran untuk “menentu” segala-galanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh seperti tanya anak apa dia nak makan hari ini, atau ajar anak kemas barang permainannya.

Jaga Anak Susah Kerana #5 Rasa Macam “Separuh Gila” Atau “Bakal Gila”

Benda yang paling memenatkan (dari segi mental atau fizikal) ketika jaga anak sudah semestinya apabila anda rasa yang anda “bakal gila”, atau sudah separuh gila. 

Ini membuatkan anda tidak menjadi diri sendiri dan rungsing. Tidak salah jika anda mengambil masa “me time” untuk memulihkan semula semangat.

Anda boleh saja mandi selama 15 minit, bersenam, atau membaca. Minta pertolongan suami jika anda mahukan masa me time ini. 

Menjadi seorang ibu ayah memang memenatkan, akan tetapi tiada apa-apapun rasa di dunia ini yang mampu mengatasi nikmatnya memeluk si kecil itu di pangkuan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini berguna buat anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Brightside

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuri-rumah/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris