Seronoknya Dah Menimang Bayi, Tapi Kekok Pula Nak Pegang? Ibu Ayah, Ini Caranya

Menimang bayi memang mengujakan, tapi perlu ada ilmu, ibu ayah perlu tahu cara jaga bayi dengan betul dan bermula dengan cara memegang bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang baru lahir mempunyai badan yang masih lembut dan perlu dijaga dengan rapi. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui cara jaga bayi yang betul yakni cara selamat untuk memegang anak kecil bagi menjamin keselamatan mereka. Jadi, apakah cara yang betul untuk memegang bayi ?

Ramai yang menganggap mereka sudah mahir jaga bayi, tetapi kebarangkalian mereka untuk memegang bayi tersebut dengan cara yang salah mungkin lagi masih tinggi. Lagi-lagi pula pasangan yang masih baru dalam pengalaman menjadi ibu bapa. 

Cara jaga bayi mulakan dengan pegangan yang betul

Foto: iStock

Tidak dinafikan, menjadi ibu bapa banyak cabarannya ketika mendapat cahaya mata yang pertama. Ada yang kurang mahir bermain dengan anak, tidak tahu mandikan bayi, tak dapat tidur malam, kena tukar lampin tengah malam dan sebagainya. Ada juga ibu bapa yang tak pernah langsung memegang bayi sebelum menjadi sepasang ibu bapa. 

Jadi apabila tiba waktu mereka mempunyai cahaya mata, mereka pasti akan mengalami sedikit kesukaran untuk memegang anak mereka yang pertama dengan betul.

Oleh itu, kami akan membantu anda sebagai ibu bapa baharu (ataupun yang lama!) dengan berkongsi cara-cara yang selamat dan efektif untuk mengangkat dan memegang bayi anda supaya si manja selesa dan selamat di dalam dakapan ibu dan ayah.

Jadi, macam mana nak pegang bayi dengan betul? Jom baca 5 cara selamat untuk pegang ‘newborn’ anda!

Cara jaga bayi: mengangkat dan memegang bayi baru lahir

Foto: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Memberi sokongan di bahagian kepala

Penyokongan kepala bayi anda amatlah penting kerana otot leher mereka masih belum tumbuh sepenuhnya. Sering kali juga kita mendengar bahawa kita perlu menyokong leher mereka apabila mendukung, kan? Anda juga perlu berhati-hati untuk tidak menekan di bahagian lembut kepala bayi tersebut.

Ibu bapa boleh luncurkan tangan anda di bawah kepala anak anda, dan meletakkan tangan sebelah lagi di bahagian punggung bayi tersebut. Setelah mendapat genggaman yang selamat, anda boleh mengangkat badan anak anda ke dada anda. 

  • Memegang bayi ke atas bahu anda

Foto: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa boleh meletakkan anak anda ke atas dada dan bahu. Letakkan satu tangan di bahagian punggung, dan sebelah tangan untuk menyokong kepala dan leher bayi tersebut. Pastikan posisi belakang anda lurus dan otot perut anda mampat sewaktu anda memegang bayi.

Posisi ini dapat membantu anak untuk melihat di bahu anda dan pada masa yang sama mendengar degupan jantung anda. Comelnya!

  • Membuai dan mendodoi anak anda

Ibu bapa boleh buai anak anda (bukan menggunakan buaian ya!) dengan menyokong pinggul dan belakangnya dengan meletakkan badan anda anda di kedua belah lengan anda. Posisi buai ini sangat sesuai untuk bayi, lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gunakan baby sling

Baby sling merupakan sehelai kain yang digunakan untuk memegang bayi dengan mengikat atau menggantungkan kain tersebut di atas bahu ibu bapa. Pilihan ini selamat digunakan, asalkan ibu bapa pastikan kain tersebut tidak menutup muka bayi anda. Cara ini juga telah digunakan sejak zaman moyang kita lagi. Tentulah ia pilihan klasik!

  • Gunakan front carrier

Pilihan ini mudah bagi kedua-dua pihak bayi dan ibu bapa. Dengan meletakkan bayi di bahagian hadapan badan anda, anda mampu mendekatkan bayi dengan anda dan meratakan berat badan bayi dengan sama rata. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memastikan badan bayi anda menghala ke badan anda. Hal ini kerana, apabila badan bayi menghala ke arah luar, ia akan memberi tekanan pada lekuk dan pinggul tulang belakang bayi.

Keselamatan anak dijamin

Dengan memulakan langkah memegang dan mengangkat anak dengan betul, keselamatan anda anda dijamin. Ibu bapa perlulah mengambil berat tentang penjagaan si manja walaupun anda merasakan perkara tersebut remeh, dan sentiasa cari solusi yang terbaik untuk membantu anak anda membesar dengan baik.

Jadi, adakah anda sebagai ibu bapa yang prihatin akan menggunakan cara-cara ini untuk memastikan bayi anda selamat dan dipegang dengan penuh kasih sayang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: WikiHow

Baca juga: 6 Perkara Anda Tidak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Take Note Parents