X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

4 min bacaan
6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Cara jaga bayi baru lahir bukan perkara yang mudah kerana mereka masih rapuh dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari anda. Ini 6 perkara anda perlu elak!

Kelahiran bayi memang memberikan kebahagiaan dan kegembiran pada rumah kita. Tapi selain cara penjagaan bayi baru lahir yang betul, anda juga perlu tahu cara jaga bayi baru lahir yang salah dan apa yang perlu anda elakkan!

Jom kita semak 6 cara jaga bayi baru lahir yang tidak patut anda lakukan ini. Setiap penjagaan yang salah mampu mengundang padah!

4 cara jaga bayi baru lahir yang perlu anda elak

#1. Biarkan mereka tidur meniarap

cara jaga bayi baru lahir

 

Ramai bayi yang meninggal semasa tidur kerana persekitaran tidur yang tak selamat. Beberapa kematian ini terjadi kerana bayi terperangkap, lemas dan tercekik. Ada yang maut kerana sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).

Tapi ada cara untuk ibu bapa pastikan bayi mereka tidur dengan selamat. Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika menyarankan bayi perlu diletakkan pada kedudukan terlentang.

Buat "tummy time" semasa mereka berjaga. Ini akan berikan kekuatan pada otot leher dan mengelakkan masalah kepala rata atau cukur bantal. Pastikan anda sentiasa bersama dengan dengan bayi  semasa tummy time.

Baca juga: Apa Yang Anda Patut Buat Bila Bayi Demam

#2. Biar orang cium bayi anda

cara jaga bayi baru lahir, penjagaan bayi baru lahir, cara jaga bayi, penjagaan bayi, tips penjagaan bayi, cara menjaga bayi

Fikir tentang bakteria dan kuman yang akan bayi anda dapat bila bersentuhan. Semasa minggu pertama kehidupan bayi, ini akan menjadi masalah serius untuk si kecil.

Ciuman dan tangan yang tak dibasuh boleh menyebabkan bayi anda mendapat penyakit yang tak diingini. Sistem imunisasi mereka masih belum kuat lagi ketika ini untuk melindungi diri dari sakit.

Minta dengan sopan pada pelawat untuk tak cium bayi anda dan basuh tangan sebelum memegang mereka. Jika mereka sakit, lawat pada hari lain.

Anda mungkin rasa anda cerewet, tapi jangan ambil risiko!

#3. Tak tukar lampin bayi dalam jangka masa yang lama

Ini mungkin kedengaran seperti tak masuk akal, tapi ia perlu ditekankan.

Bayi anda mungkin masih kecil tapi mereka buang air kecil dan besar lebih dari bayi berusia enam bulan. Periksa lampin bayi anda selalu dan pastikan ia tak kotor dan berat. Ini juga boleh mengelakkan ruam lampin.

#4. Pakaikan pakaian tebal

cara jaga bayi baru lahir, penjagaan bayi baru lahir, cara jaga bayi, penjagaan bayi, tips penjagaan bayi, cara menjaga bayi

Bayi mungkin kelihatan sejuk, tapi jagan terlalu ekstrem bila pakaikan mereka baju. Baju yang terlalu banyak boleh menyebabkan mereka demam dan dehidrasi jika anda tak hati-hati.

Pakaikan baju yang berlapis supaya mudah untuk anda tambah dan kurangkan baju mengikut suhu.

Bayi yang memakai baju atau selimut terlalu tebal atau banyak lapisan lebih berisiko untuk mendapat panas berlebihan dan SIDS.

#5. Tidak sendawakan bayi selepas minum

Ramai ibu bapa yang tidak tahu perkara penting ini. Setiap kali bayi selepas menyusu mesti kena sendawakan terlebih dahulu barulah menepuk mereka tidur dengan nyenyak. Kalau bayi menyusu dan terus tidur anda boleh sendawakan bayi dalam posisi yang lebih selesa atau mengiringkan kedudukan bayi. Jangan biar bayi baring terlentang dan ibu pun tidur mati, takut bayi termuntah dan tertelan muntah sendiri. Sangat bahaya!

#6. Syampu rambut bayi 

Bayi baru lahir apalah nak dicuci sangat. Hanya bilas saja bayi ketika mandi. Kalau tak payah guna sabun pun tidak mengapa. Dan elakkan mencuci rambut bayi sehingga berbuih-buih sampai kena mata. tak perlu ya. Seeloknya rambut bayi dicukur bersih, supaya tiada kotoran melekat pada rambutnya. 

Jika anda buat enam perkara ini pada bayi anda, berhenti sekarang. Mungkin sekarang anda lakukannya tidak memudaratkan tetapi kita tak tahu nanti bagaimana. Namun apa-apa pun ibu tidak seharunya terlalu stres atau paranoid ketika menjaga bayi, dapatkan rehat yang cukup, minta pertolongan bila perlu, ingat pengalaman menjadi seorang ibu memang tidak selalunya manis namun ia sangat berharga! Semoga ini menjadi panduan bermanfaat untuk ibu-ibu semua. 

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Pavin Chopra dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya
Kongsikan:
  • 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

    7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

  • 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Penting Untuk Semua Ibu Bapa Tahu!

    8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Penting Untuk Semua Ibu Bapa Tahu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

    7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

  • 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Penting Untuk Semua Ibu Bapa Tahu!

    8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Penting Untuk Semua Ibu Bapa Tahu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.