Kes COVID-19 Dah Mula Meningkat Balik, Ini Cara Biasakan Anak Jaga Kebersihan Diri Di Tadika

Anak kecil perlu diajar cara jaga kebersihan diri supaya ia menjadi tabiat mereka hingga ke dewasa. Zaman pandemik ini lagilah ia sangat penting!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam seminggu dua ini, kes Covid-19 menunjukkan peningkatan, malah yang membimbangkan ia membabitkan kluster di sekolah. Jadi bagaimana untuk anda didik anak jaga kebersihan diri ketika di sekolah?

Jika di rumah, bolehlah kita nak tegur dan monitor anak sentiasa, tapi bila di sekolah memang sukar untuk pantau anak-anak ini sama ada dia jaga kebersihan diri atau sebaliknya.

Jadi kali ini, kami kongsikan cara biasakan anak jaga kebersihan diri terutama di sekolah. Ini amat berguna untuk ibu bapa yang sentiasa risau dengan keadaan anak ketika di sekolah. 

Jaga kebersihan diri di sekolah penting untuk anak tahu

Kehidupan pada peringkat usia kanak-kanak memang aktif dan lasak. Anda tidak boleh menghalang jika anak bermain di luar bersama rakan sebayanya dan pulang ke rumah dengan peluh dan kekotoran pada wajah dan tubuh.

Ini adalah sebahagian rutin di alam kanak-kanak yang perlu anda terima.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu mengajar anak tentang asas penjagaan kebersihan diri bagi memastikan mereka kekal sihat dan bersih.

Kuman dan bakteria ada di mana-mana dan boleh memudaratkan kesihatan semua golongan, terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengajar anak tentang amalan kebersihan.

Namun, kita tidak boleh menolak bahawa kekotoran atau bersepah semasa bermain adalah menjadi sebahagian daripada keseronokan di alam kanak-kanak.

Dalam keadaan pandemik ini, adalah sangat mustahak untuk kita mengajar anak mengenai kebersihan, malah pematuhan kepada SOP juga sangat penting untuk mereka.

Rasa nak berbuih mulut ingatkan mereka pakai mask, dan kerap menggunakan hand sanitiser.

Ketahui lima asas amalan jaga kebersihan diri yang perlu diterapkan pada kanak-kanak atau sejak di awal usia mereka supaya mereka sudah terbiasa. Ia termasuklah:

#1. Mencuci tangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini merupakan salah satu tabiat paling penting dalam amalan menjaga kebersihan diri. Mencuci tangan tidak dapat disangkal lagi, merupakan satu cara terbaik untuk mengelak dan menghentikan penyebaran kuman dan bakteria.

Ajar anak anda untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas keluar tandas dan bila-bila jika tangannya memegang benda yang kotor.

#2. Bersin dan batuk

Ajar anak anda untuk menutup mulut dan hidungnya menggunakan tisu jika mereka bersin atau batuk. Jika tidak sempat mencapai tisu, minta anak anda untuk menutup mulut mereka menggunakan telapak tangan.

#3. Mata, mulut dan hidung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuman mudah berpindah ke dalam tubuh melalui membran mukus dalam mata, hidung dan mulut. Jadi, ingatkan anak anda untuk tidak menyentuh mata ataupun memicit hidung mereka.

#4. Kebersihan oral

Kredit: pathways

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebersihan oral dan gigi juga perlu diutamakan. Ajar anak anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan. Selain itu, jika anak anda sudah boleh memberus gigi sendiri, ajar kanak-kanak melakukan flos dan memberus lidah.

#5. Masa mandi

Kebanyakan kanak-kanak sudah boleh mandi sendiri semasa usia mereka sekitar 6 tahun. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin memantau anak anda semasa mereka bersyampu dan membilas sehingga bersih, sebelum mereka biasa dengan tabiat tersebut.

Tips ajar anak jaga kebersihan diri

#1. Tetapkan peraturan

Ajar anak anda peraturan asas tentang kebersihan sejak usianya kecil lagi. Amalan asas kebersihan adalah seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun, menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali sehari.

#2. Jadi contoh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa adalah role-model kepada anak-anak. Jadi, tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda tentang amalan kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, mengelap mulut dengan tisu atau sapu tangan selepas makan, tidak membiarkan rumah bersepah serta memastikan kawasan dalam dan luar rumah bersih.

#3. Didik melalui buku

Sesekali, bacakan buku cerita yang berkisarkan tentang kebersihan seperti akibat tidak menjaga kebersihan diri atau budak yang pengotor. Masukkan unsur hiburan dan humor semasa bercerita bagi menarik minat si cilik.

#4. Sapu tangan

Bekalkan anak anda dengan sapu tangan bersih setiap kali dia pergi ke tadika. Pesan pada anak anda supaya mengelap tangan dan mulut selepas makan menggunakan sapu tangan yang diletakkan dalam poket pakaian mereka.

#5. Bekalkan hand sanitizer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadikan tabiat untuk anak anda bawa ke mana saja. Musim pandemik ini ia sangat penting sebagai protection awal untuk anak anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: skincode

Baca juga: Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Penulis

Lala Annuar