Kenapa Anda Dilarang Mengeluh Penat Depan Anak? Ini Sebabnya...

Habis saja mengemas,anak buat sepah balik.Pasti ramai ibu alaminyakan?Apa anda buat selepas itu? Diam saja atau mengeluh? Jangan mengeluh depan anak ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Balik saja kerja atau habis saja mengemas, anak buat sepah balik. Pasti ramai ibu alami perkara inikan? Apa anda buat selepas itu? Diam saja atau mengeluh? Jangan mengeluh depan anak ya.

‘Janganlah buat sepah lagi, penatlah ibu kemas!’ Pasti pernah keluarkan perkataan sebeginikan? Dalam keadaan terlalu penat, kadangkala kita pasti terlepas cakap beberapa perkara tanpa sengaja, ia termasuklah tiba-tiba kita mengeluh depan anak.

Penat memang penat, tetapi mengeluh depan anak adalah sesuatu yang paling perlu dielakkan kerana ia adalah salah satu indikasi bahawa anda sangat tidak boleh terima apa yang mereka buat sedangkan bermain dan buat sepah adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak.

Jangan mengeluh penat depan anak boleh ganggu emosi mereka

 

Lumrah seorang manusia memang akan mengeluh jika penat atau berlaku sesuatu yang menganggu emosi mereka.

Mengeluh adalah perkara biasa yang kita akan buat jika kita terlalu penat. Seperti lepas saja mop rumah, anak tumpahkan pula air. Siapa saja tak mengamukkan?

Tak salah untuk kita rasa penat dan mahu mengeluh, tetapi alihkan diri dari anak. Jangan mengeluh penat di depan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Taufiq Razif sering berkongsikan mengenai tips keibubapaan, katanya ada sebab kenapa ibu bapa tidak digalakkan mengeluh penat di depan anak.

#1. Ganggu perkembangan emosi anak

Bila mak ayah mengadu penat, si anak akan rasa bersalah dan cuba menjauhi mak ayahnya padahal benda ni sangat bahaya untuk perkembangan emosi si anak tu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nampak simple saja kan? Tetapi betapa besarnya kesan mengeluh penat depan anak anda ya. Anda wajib ambil tahu.

Anak, buat sepah dan bermain memang lumrah mereka. Ia memang tidak dapat dipisahkan daripada mereka. Mungkin anda patut bersyukur kerana ramai ibu bapa di luar sana sangat mengimpikan untuk melihat anak mereka buat sepah dan bermain.

Mungkin anak mereka ada masalah kesihatan, jadi tidak mampu untuk membuat semua itu. Bila anak anda bermain dan buat sepah, ia bermakna dia sihat dan anda sebagai ibu atau ayah patut bersyukur sebenarnya.

#2. Anak rasa dia beban pada ibu ayah

Emosi anak akan menjadi tak stabil sebab si anak rasa dia cuma beban pada ibu ayah. Minda separa sedar anak akan cuba meringankan beban mak ayah walaupun perkara itu akan bawa mudarat kepada dirinya sendiri. Contohnya si anak tanpa sedar akan lebih bergantung pada kawan-kawan di luar rumah berbanding mak ayahnya sendiri walaupun pada usia yang sangat muda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa anda rasa jika anda dianggap seperti beban oleh orang lain? Pasti sedihkan? Begitulah perasaan anak, jangan ingat mereka kecil, mereka tak boleh faham ya. Mereka boleh rasa apa anda rasa.

#3. Anak boleh rasa energi keikhlasan

Anak kita boleh rasa energi keikhlasan kita sebenarnya. Mengeluh penat di depan anak hanya menghilangkan rasa percaya anak pada keikhlasan kita. Mereka akan rasa yang kita ni, jaga mereka dalam keadaan terpaksa.

Jangan buat anak rasa sampai macam ni ya ibu ayah. Menyesal anda nanti. Dulu sebelum dapat macam-macam anda doa, bila dah dapat begini pula layanannya. Kasihanilah anak kecil yang tidak berdosa itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga manusia biasa yang boleh memahami sama ada ikhlas atau sebaliknya layanan orang kepadanya.

#4. Anak belum mampu serap tekanan emosi kita

Anak kita masih belum mampu menyerap tekanan emosi kita. Bila kita mengeluh penat kepada anak-anak, kita sebenarnya memindahkan beban emosi tu pada anak kita sendiri!Jangan terkejut kalau anak pun mula jadi murung, kurang minat bermain dan lebih suka menyendiri.

Tidak mustahil perkara ini boleh terjadi. Mereka tidak mampu menyerap emosi kita jadi kadang kala mungkin dia tak faham pun kenapa kita marah-marah sangat.

Perasan tak bila kita marah kadang kala anak seperti blur? Itu mungkin tanda yang dia sebenarnya sedang keliru, untuk apa kita marah sebenarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi elakkanlah mengeluh penat depan anak, jangan sampai dia ragui kasih sayang kita padanya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: majalahpama

Kredit foto : Sumber

Baca juga:

Selalu Sangat Rasa Letih Bila Trimester Pertama, Ini Tips Untuk Ibu-Ibu Tampil Lebih Bertenaga!

Penulis

Lala Annuar