Seorang ayah muda, Carmine Martino, 21 tidak sangka cuti panjang yang diambilnya untuk bersama keluarga tercinta akhirnya bertukar menjadi tragedi ngeri. Atas kejadian ini, semua ibu bapa diberi amaran keras agar jangan tidurkan bayi atas dada jika tak mahu kejadian ini berulang lagi.
Jangan tidurkan bayi atas dada kerana mengundang bahaya
Seorang bayi berumur dua bulan yang diberi nama Lucas John Martini baru sahaja menghabiskan masa bersama dengan ayah dan ibunya, Hayley Gavrilis.
Disebabkan terlalu letih, kedua-dua ibu bapa muda ini berehat sebentar bagi menghilang lelah buat seketika.
Namun, selepas bagun dari tertidur, Hayley melihat Carmine, suaminya di atas sofa. Kemudian, dia melihat anaknya tiada dalam katil bayi. Dia bergegas mengejutkan Carmine.
Ketika itu barulah dia sedar dan melihat bayinya sedang tidur atas dada Carmine.
Namun, bayi tersebut tidak lagi bernyawa! Kedua ibu bapa ini berusaha keras untuk mengembalikan pernafasan bayi mereka, tetapi gagal.
Akhirnya pihak hospital yang tiba rumah itu mengesahkan bayi dua bulan itu sudah mati.
Apa yang terjadi ialah kematian ini disebabkan oleh Carmine yang tertidur bersama bayinya yang lena atas dadanya.
Ini membuatkan bayi tersebut tidak boleh bernafas lantas mengakibatkan kematian.
Jangan tidurkan bayi atas dada – ibu bapa berpisah selepas kejadian itu
Selepas kejadian yang menimpa keluarga kecil ini, akhirnya Carmine dan Hayley membuat keputusan untuk bercerai dan masih bersedih di atas kehilangan bayi comel itu.
Menurut bapanya, dia menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang berlaku.
“Sebagai seorang ayah, saya sepatutnya melindungi keluarga, anak dan isteri. Namun, saya gagal melindungi mereka dengan baik.
Kini, saya rasa berdosa dan bersalah.
Sedaya upaya saya cuba selamatkan nyawa bayi dengan melakukan CPR tapi ia tak berhasil. Pastinya kenangan melakukan CPR pada bayi kecil saya tak akan dilupakan sampai bila-bila,” katanya.
Manakala bagi Hayley pula, dia mendapatkan rawatan PTSD iaitu Post Traumatic Stress Disorder selepas kejadian ini.
Malah hingga kini, dia masih panik dengan apa yang telah berlaku, dan kesilapan yang telah meragut nyawa bayi lelakinya itu.
“Apa yang boleh saya katakan, jangan tidurkan bayi atas dada. Bahkan, masih ramai ibu bapa di luar sana yang masih melakukan perkara yang sama dan tidak tahu risiko yang akan dialami. Jika ia boleh berlaku pada kami, pastinya ia boleh berlaku pada bayi lain yang ibu bapanya tidak tahu berkaitan risiko ini,” tambahnya lagi.
Jangan tidurkan bayi atas dada, biarkan si kecil tidur atas katilnya
Benar, tidur bersama bayi merupakan bonding time yang terbaik untuk anak. Tapi anda pasti tak sangka ia turut mengundang bahaya yang cukup mengerikan.
Hal ini kerana, berkongsi katil atau tempat tidur bersama bayi mengundang risiko kematian mengejut SIDS.
Seperti kematian mengejut bayi ini apabila dia tidur di dada ayahnya. Sebab itu, kita jangan tidurkan bayi atas dada atau tidur bersebelahannya. Hal ini kerana bayi boleh terhimpit lantas sukar bernafas hingga boleh menyebabkan lemas atau kematian.
Cara yang terbaik adalah membiarkan bayi tidur di tilam atau katilnya sendiri tanpa selimut atau bantal yang boleh mengundang bencana yang tak disangka.
Bagi ibu bapa yang ingin anak tidur berdekatan dengannya, apa yang boleh anda lakukan adalah meletakkan katil bayi bersebelahan dengan tempat tidur anda. Cara ini mengurangkan risiko SIDS.
Justeru, jangan tidurkan bayi atas dada kerana ia mengundang bahaya ini.
Semoga perkongsian artikel ini memberikan pengajaran dan peringatan buat kita semua. Jangan lupa kongsi di laman Facebook anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga:
Ibu Ayah Yang Tidur Sekatil Dengan Anak Undang Risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut!