Tabiat gigit kuku
Ramai ibu bapa selalu memandang ringan tabiat menggigit kuku yang sebenarnya boleh jadi punca beberapa masalah serius seperti jangkitan jika tidak dihentikan.
Ibu bapa sering biarkan sahaja anak-anak menggigit kuku kerana menganggap tabiat ini cuma fasa jangka pendek.
Tapi tahukah anda, jika dibiarkan, tabiat gigit kuku boleh menyebabkan banyak masalah, termasuk beberapa jangkitan?
Antara jangkitan bahaya yang boleh dihidap oleh kanak-kanak yang menggigit kuku adalah:
1. Jangkitan staph
Staphylococcus aureus, sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan staph selalunya hadir pada kuku jari.
Tabiat menggigit kuku boleh meningkatkan peluang anak untuk mendapat jangkitan apabila termakan bakteria ini.
Jika tidak diberi rawatan, bakteria ini boleh menyebabkan bisul pada kulit, masalah pernafasan, serta gejala-gejala yang sama seperti keracunan makanan.
Bakteria staph ada banyak jenis dan ada yang sangat sukar untuk dirawat walaupun dengan ubat antibiotik.
Cara Jangkitan
-
Bakteria Staphylococcus Aureus biasanya terdapat pada kulit atau hidung orang yang sihat.
-
Kira-kira 2 hingga 3 daripada setiap 10 orang membawa bakteria ini di hidung mereka.
-
Bakteria ini boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar.
-
Kurang menjaga kebersihan diri dan tidak menutup luka yang terbuka juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria Staphylococcus Aureus.
2. Penyakit E.coli
Escherichia coli, atau lebih dikenali sebagai E.coli, adalah sejenis bakteria yang mungkin terperangkap di bawah kuku anak, jika mereka tidak rajin mencuci tangan.
Bakteria ini sering dikaitkan dengan kebersihan diri kerana ia biasa didapati dalam najis.
Inilah sebab mengapa kanak-kanak diajar untuk mencuci tangan mereka selepas ke tandas. Tapi kadang-kala, walaupun selepas mencuci tangan dengan baik, anak masih boleh terjangkit bakteria ini.
Jika terdapat bakteria yang terperangkap di bawah kuku, dan anak anda suka menggigit kuku, dia boleh termakan bakteria itu.
Jangkitan E.coli boleh meragut nyawa, jadi jangan pandang ringan penyakit ini.
3. Herpetic whitlow
Herpetic whitlow disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV) yang juga akan menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pada kulit.
Jika anak anda dijangkiti HSV dan dia menggigit kuku jarinya, ia boleh menyebabkan:
- Bengkak dan kemerahan pada jari
- Lesi pada jari dan dasar kuku
- Demam
- Nodus limfa bengkak
Walaupun penyakit ini tidak mengancam nyawa, namun HSV amat mudah berjangkit, terutamanya jika ia telah merebak ke tangan.
4. Candida Parapsilosis
Lebih dikenali sebagai bakteria yis, ia biasa didapati di bawah kuku dan boleh menyebabkan jangkitan pada seluruh badan.
Jangkitan ini juga boleh merebak dari tangan ke mulut dan menyebabkan jangkitan pada semua organ penghadaman badan.
Dalam kes yang paling teruk, ia juga boleh menjangkiti jantung, otak, mata, tulang, mata dan juga bahagian lain pada badan.
Jangkitan candida boleh membawa maut jika tidak dirawat dan pesakit perlu mengambil ubat anti kulat yang berlarutan untuk merawat keadaan ini.
Dalam kes terpencil, doktor mungkin akan menyarankan kuku yang dijangkit itu disingkirkan.
Sumber: familyshare.com dan MyHealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit