Dr Say Kongsi Cara Mudah Elak Jangkitan Influenza, Kerap Basuh Tangan & Pakai Mask

Jangkitan influenza yang meningkat boleh dielakkan dengan penjagaan kebersihan yang tinggi seperti kerap basuh tangan dengan air dan sabun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), jangkitan influenza pula yang mengganas kini. Buktinya, kes yang dilaporkan di klinik dan hospital menunjukkan pertambahan selain kes di sekolah dan juga taska.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Jangkitan influenza mengganas, kena jaga kebersihan sebaik mungkin
  • Individu berisiko dijangkitan influenza

Menurut Dr Shazril Shaharuddin, jangkitan influenza ini sangat mudah menular jadi tidak hairanlah kes jangkitannya terlalu banyak hingga ada kes asrama perlu ditutup.

Jangkitan influenza mengganas, kena jaga kebersihan sebaik mungkin

Melalui perkongsiannya di laman instagram say_shazril, influenza atau nama singkatannya flu adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit.

Katanya, virus influenza ada empat jenis iaitu A,B,C dan D namun yang menyerang manusia adalah A dan B.

"Ia lebih kurang sama dengan Covid-19 iaitu boleh berjangkit melalui titisan dari hidung atau mulut (respiratory droplets). Contohnya seseorang individu yang sudah dijangkiti flu bersin di tangan dan dia bersalaman dengan individu yang lain. Individu yang disalam itu boleh dijangkiti.

Simptom jangkitan influenza lebih kurang sama dengan Covid-19 iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Sakit badan
  • Muntah
  • Cirit-birit

Individu berisiko dijangkiti influenza

Mereka yang berisiko dijangkiti influenza pula adalah kanak-kanak di bawah lima tahun; wanita mengandung; warga emas lebih 65 tahun; pesakit kronik; individu obesiti dan individu dengan imuniti rendah seperti pesakit kanser dan HIV. 

Jangkitan influenza boleh dikesan melalui ujian rapid test  di klinik dan ada antiviral yang biasanya diberikan kepada golongan berisiko, pesakit yang teruk gejala flu iaitu selepas hari kedua dan ketiga serta mereka yang ada komplikasi akibat jangkitan flu.

Selain itu, terdapat juga vaksin influenza yang boleh diambil seawal enam bulan ke atas dan digalakkan untuk diambil setiap tahun.

Jangkitan influenza adalah bermusim, dan keadaan terkini yang dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa keadaan masih terkawal dan hanya perlukan pemantauan dan pengasingan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Dr Shazril terkena jangkitan paru-paru

Beliau turut berkongsi mengenai anaknya yang tiba-tiba bernafas laju dan dada berlekuk. Katanya perkara pertama yang datang di mindanya adalah anaknya dijangkiti influenza.

Namun, ujian rapid test  menunjukkan keputusan negatif dan anaknya terkena jangkitan paru-paru disebabkan oleh virus (viral pneumonia) bukan jangkitan influenza. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"First thing that came to my mind was “Ace kena influenza ni, teruk dia lain macam”. Alhamdulillah buat rapid test turns out to be negative.

Ace kena jangkitan paru2 disebabkan oleh virus (viral pneumonia) dan alhamdulillah jugak he is doing much better InsyaAllah boleh discharge esok."

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya kerap basuh tangan dengan air dan sabun, selain amalkan adab batuk atau bersin yang baik, pakai mask dan tidak perlu keluar rumah jika tidak sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat

Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!

Baca juga: Tanda Influenza & Selsema Lebih Kurang Sama, Ramai Ibu Bapa Keliru! Seorang Ibu Kongsi Pengalamannya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar