5 Petua Untuk Merawat Jangkitan Kulat Pada Puting Semasa Menyusu

Ibu terkena jangkitan kulat pada puting payudara hingga payudara sakit? Anda boleh cuba 5 petua semulajadi di bawah ini yang boleh dilakukan di rumah saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangkitan kulat pada puting payudara

Adakah puting payudara anda sakit, luka dan menghalang anda dari menyusu anak? Anda mungkin terkena jangkitan kandida atau jangkitan kulat pada puting payudara.

Penyakit ini selalu memberi cabaran besar kepada ibu menyusu, sehingga ada yang berhenti menyusukan anak kerana tidak dapat menahan rasa sakit!

Kredit: Harian Metro

Puting payudara nampak merah, gatal-gatal atau sakit, adalah tanda-tanda jangkitan kulat.

Jangkitan ini disebabkan oleh kandida albicans, sejenis kulat yang senang berkembang di kawasan-kawasan lembap seperti dalam mulut, dalam faraj, kawasan lampin, alas bra dan puting payudara.  

Satu lagi tanda anda terkena jangkitan kulat, adalah rasa sakit yang menusuk dan tidak bertambah baik walaupun ibu telah membetulkan latching bayi atau ibu tukar posisi untuk menyusu.

Tapi jangan bimbang ibu semua. Ini antara 5 petua bagaimana anda boleh merawat jangkitan kulat di puting payudara:

1. Guna susu sendiri sebagai balsam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu ciri istimewa susu ibu adalah ciri-ciri antibakterianya.

Ia boleh disapu pada puting payudara anda yang luka untuk melegakan rasa sakit. Cara rawatannya sama sahaja.

Anda hanya perlu sapukan beberapa titik susu anda pada kawasan luka sebelum dan selepas menyusu, kemudian biarkan ia kering sendiri. Nanti puting payudara anda akan baik dengan sendiri.

2. Tuam panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan menggunakan tuala yang suam yang perlu didemah pada payudara anda, ini tidak hanya akan melegakan rasa sakit, tetapi juga boleh melancarkan pengeluaran susu ibu dan mastikan kawasan puting payudara sentiasa bersih.

Salah satu cara lain yang anda boleh cuba juga adalah dengan mandi air yang lebih panas dari biasa.

3. Pastikan puting payudara sentiasa lembap

Minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak badam manis, semuanya boleh merawat dan memastikan kulit puting payudara sentiasa lembap dan tidak merekah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah untuk merawat puting yang sudah luka atau jangkitan kulat pada puting payudara, ibu-ibu juga boleh cuba menggunakan minyak tea tree.

Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik yang boleh mempercepatkan penyembuhan dan mencegah masalah puting luka dari berulang.

Peringatan penting apabila menggunakan minyak tea tree untuk merawat puting yang luka.

Penggunaan minyak tea tree sama dengan krim antibiotik yang diberi oleh doktor. Sapu sedikit saja lapisan yang nipis dan jangan menyusukan anak 2 jam selepas itu.

Sebelum menyusu, lapkan sisa-sisa minyak tea tree dengan kain lembap yang bersih. Kemudian, anda boleh kembali menyusu semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Guna herba yang berkesan

Banyak herba mengandungi khasiat semulajadi untuk dijadikan sebagai ubat.

Tahukah anda, aloe vera dan daun selasih yang dilenyek sehingga menjadi pes boleh digunakan untuk merawat puting payudara yang luka? 

Ibu-ibu cuma perlu berhati-hati untuk membersihkan sisa-sisa pes aloe vera itu sebelum menyusukan anak kerana aloe vera boleh menyebabkan bayi cirit birit. 

Jadi, selepas anda menyapu pes aloe vera di jangkitan kulat pada puting payudara, jangan lupa untuk membersihkannya dengan betul, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Teh bunga kamomil

Ciri-ciri anti-mikrob dan anti-radang teh ini tidak hanya berkesan apabila diminum.

Ia juga berkesan apabila diletak pada kawasan luka!

Perah sisa air teh yang berlebihan, kemudian ketepikan uncang teh itu sehingga ia sejuk.

Letakkan uncang teh itu pada puting payudara untuk beberapa minit dan jangan lupa untuk mencuci puting anda dengan air suam sebelum menyusu.

Cara-cara lain untuk melegakan masalah puting payudara sakit atau jangkitan kulat pada puting payudara termasuklah memastikan:

  • puting anda selalu dapat pendedahan udara segar,
  • menyusu anak dengan kerap,
  • ubah kedudukan semasa menyusu anak,
  • elak coli yang terlalu ketat,
  • tukar pad payudara dengan kerap, dan
  • elakkan menggunakan sabun, atau produk beralkohol dan yang berasaskan petroleum ketika mencuci puting payudara anda.

Pernahkah ibu-ibu mengalami jangkitan kulat pada puting payudara? Apakah petua yang berkesan untuk anda? Kongsi pengalaman anda di ruang komen di bawah.

*Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

Penulis

Rosanna Chio