Jangkitan Rotavirus adalah serius. Ini kerana terdapat segelintir ibu bapa di luar sana yang salah anggap jangkitan merbahaya ini dengan cirit-birit biasa.
Rotavirus mendapat namanya dari perkataan Latin rota yang bermaksud roda dan virus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda.
Jangkitan Rotavirus: Dehidrasi
Virus ini boleh mengakibatkan demam yang sangat panas, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak berkenaan.
Gejala dehidrasi adalah seperti:
- Letih/lesu
- Bibir dan lidah kering
- Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis
- Cengkung kedua mata
- Ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil)
Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ianya akan mulai merebak melalui pencemaran najis.
Golongan berisiko dijangkiti rotavirus
Jangkitan rotavirus ini dikenali sebagai jangkitan usus yang kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.
Ada lima spesies rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak. Kebiasaannya, setiap kali selepas terkena jangkitan, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti.
Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.
Cara mengelakkan jangkitan rotavirus
Jangkitan rotavirus ini sememangnya sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.
Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin anak-anak ataupun selepas keluar dari tandas.
Pendek kata, kebersihan diri dan anak-anak itu sangatlah penting.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) menyarankan pelalaian imunisasi rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan merbahaya ini. Di Malaysia, walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan rotavirus ini masih boleh didapati di mana-mana klinik atau hospital swasta.
Penting ya, ibu ayah!
Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh diberikan kepada bayi seawal usia enam minggu. Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu; pengambilan dua atau tiga dos.
Keistimewaan pencegahan penyakit dalam Islam
Menurut al-Qudah (1987) bahawa prinsip pencegahan penyakit dalam Islam mempunyai beberapa keistimewaan antaranya ialah1:
#1: Peneraju.
Prinsip pencegahan penyakit dalam Islam adalah bersumberkan kepada wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Jika direnung kembali, prinsip tersebut merupakan beberapa hukum syarak yang sentiasa diamalkan oleh muslim tanpa mengira adanya kemanfaatan dari segi perubatan kesihatan.
Terdapat beberapa tamadun ketika muncul Islam di Semenanjung Tanah Arab. Tanah Arab di kelilingi oleh dua tamadun yang besar ketika itu; Rom dan Parsi. Namun jika dilihat dari kesan peninggalan kedua-dua tamadun ini tentang satu sistem penjagaan kedihatan sebagaimana yang diatur oleh Islam, boleh dikatakan tiada rujukan yang menunjukkan kea rah perkara tersebut.
Tuntas, Islam adalah peneraju kepada prinsip pencegahan penyakit.
#2: Kredibiliti.
Islam tidak memerlukan kepada apa-apa petunjuk untuk membenarkan segala ajaran yang ada di dalamnya. Namun dengan perkembangan sains dan teknologi, kebenaran tentang ajaran Islam semakin terserlah.
Ini dapat dilihat berkenaan prinsip pencegahan penyakit yang ada dalam Islam adalah selari dengan penemuan sains pada masa kini. Justeru menambahkan lagi keimanan umat Islam terhadap kebenaran Islam.
#3: Sederhana dan Mudah.
Prinsip pencegahan pencegahan penyakit dalam Islam merupakan amalan yang mudah dilaksanakan. Ia tidak memerlukan kepada bajet kewangan yang besar dan waktu yang panjang untuk direalisasikan dalam masyarakat.
Pemberian vaksin adalah untuk merangsang sistem imunologi tubuh bagi membentuk antibodi spesifik hingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin.
Jangkitan Rotavirus: Kebaikan dan Kepentingan Vaksin Yang Perlu Ibu Ayah Ketahui
Menurut laporan WHO, vaksinasi telah banyak mengurangkan beban penyakit berjangkit.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa keselamatan vaksin mendapat lebih perhatian umum berbanding keberkesanannya. Namun, pakar kesihatan dan WHO telah menunjukkan bahawa vaksin adalah jauh lebih selamat daripada perubatan terapeutik.
Penyelidikan moden juga telah mendorong pembangunan produk yang kurang reaktogenik,
seperti vaksin pertusis acellular dan vaksin rabies yang dihasilkan dalam kultur sel. Dan hari ini, vaksin mempunyai prestasi rekod keselamatan yang sangat baik dan kebanyakan “vaccine scares” telah ditunjukkan sebagai penggera palsu.
Menurut National Institute of Children Health and Human Development, suntikan imunisasi adalah cara penting untuk melindungi kesihatan bayi. Vaksinasi boleh mencegah lebih daripada sedozen penyakit serius. Kegagalan memberi vaksin mungkin bermakna meletakkan kanak-kanak berisiko mendapat penyakit yang serius dan kadangkala membawa maut.
Bayi amat terdedah kepada jangkitan, itulah sebabnya sangat penting untuk melindungi mereka dengan imunisasi. Imunisasi membantu mencegah penyebaran penyakit dan melindungi bayi dan kanak-kanak daripada komplikasi berbahaya.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) juga turut menyediakan senarai penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, serta faedah dan risiko vaksinasi.
Vaksin Dapat Mengawal Komplikasi
Vaksin yang berkesan melindungi individu jika diberikan sebelum pendedahan. Suntikan pra-pendedahan bayi dengan beberapa antigen adalah asas kepada program imunisasi yang berjaya terhadap sekumpulan penyakit kanak-kanak.
Keberkesanan vaksin terhadap Hib invasif penyakit lebih daripada 90% telah ditunjukkan di Eropah, Amerika Asli, Kanak-kanak Chile dan Afrika secara besar-besaran menerusi kajian klinikal pada tahun 1990-an.
Di United Kingdom, bayi yang telah diberikan tiga dos suntikan didapati langsung tidak dijangkiti penyakit Hib dalam jangka pendek (dos penggalak mungkin diperlukan untuk perlindungan jangka panjang).
Dan kini, kajian pasca pemasaran telah mengesahkan keberkesanan tinggi vaksinasi bayi terhadap jangkitan Hib di Jerman dan pertusis di Sweden.
Tujuan utama imunisasi adalah untuk mencegah penyakit dan tidak semestinya melindungi daripada jangkitan. Malah, beberapa vaksin juga melindungi daripada jangkitan.
Vaksin Hepatitis A telah ditunjukkan sama-sama berkesan (melebihi 90% perlindungan) terhadap penyakit bergejala dan jangkitan tanpa gejala.
Jadi, parents tolong fikir sebaiknya apa perlu anda lakukan untuk melindungi anak-anak ya.
Kesimpulannya, ibu ayah bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka termasuk memberi mereka vaksin terhadap penyakit berbahaya. Jika anak-anak anda mengalami simptom-simptom jangkitan rotavirus, silalah bawa mereka berjumpa dengan doktor segera.
Semoga artikel ini memberikan manfaat buat para ibu bapa di luar sana.
- Bulletin Of The World Health Organization (February 2008) Vaccination Greatly Reduces Disease, Disability, Death and Inequity Worldwide.
- Mufti Wilayah Persekutuan (Hukum Vaksin Daripada Perspektif Islam)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!