Salah satu soalan yang paling biasa setiap ibu hamil tanyakan dan ingin tahu sejak menerima keputusan positif hasil dari ujian kehamilan adalah “bilakah saya akan merasai pergerakan bayi semasa hamil”, benarkan? Sesungguhnya, janin aktif bergerak adalah sesuatu yang cukup menerujakan dan dinantikan oleh pasangan suami isteri.
Selain itu, ia juga menggambarkan bahawa bayi anda berkembang dan hidup di dalam kandungan dengan keadaan kesihatan yang cukup baik. Lantas ibu disarankan untuk memerhatikan pergerakan bayi dan menghitung tendangan si kecil. Malah amalan ini adalah sangat penting yang dikaitkan dengan penurunan risiko untuk mengalami kelahiran mati.
Walaupun setiap bayi memiliki perkembangan yang berbeza dan aktif yang tidak sama namun kami di theAsianparent telah menyusun senarai apa yang diharapkan oleh ibu berdasarkan setiap trimester kehamilan.
Ia penting supaya dapat menghuraikan tentang pergerakan bayi dan memberi anda gambaran apa yang akan dialami pada bulan-bulan yang akan datang.
Janin aktif bergerak – Trimester pertama
Bilakah saya akan rasai tendangan bayi?
Walaupun bayi anda akan mula bergerak seawal 12 minggu, tapi anda mungkin tidak akan merasakan apa-apa kerana janin masih kecil dan berada di awal kehamilan.
Malah, bayi juga berada dalam kawasan yang nyaman di dalam pelindung rahim ibunya.
Namun begitu, semasa di awal kehamilan ramai ibu hamil mengatakan mereka hanya rasai pergerakan bayi seolah terasa seperti sensasi mencuit-cuit di dalam perut mereka.
Bagi ibu yang pertama kali hamil mungkin sedikit sukar untuk mengetahui sama ada apakah itu adalah pergerakan pertama bayi.
Namun bagi ibu yang pernah hamil sebelum ini mungkin lebih sedikit mahir untuk kenalpasti pergerakan pertama itu dan tidak keliru.
Walaupun bayi anda mempunyai fasa aktif dan tidur namun beberapa bulan yang akan datang anda akan segera mengetahui bahawa bayi lebih aktif dalam keadaan seperti berikut:
– Semasa tidur di siang hari – Biasanya kerana anda lebih peka dengan pergerakan bayi dan lebih mengikutnya semasa anda berehat dan bersantai.
– Semasa anda berada dalam keadaan duduk dan berbaring.
– Semasa anda mengunyah sesuatu makanan di mana lonjakan gula dalam darah dapat memberi tenaga kepada bayi.
– Semasa anda gugup atau teruja dengan sesuatu akan menyebabkan lonjakan adrenalin yang memiliki kesan sama dengan lonjakan gula dalam darah.
– Bayi juga lebih responsif terhadap suara atau sentuhan selain boleh menendang sebagai tidak balas terhadap tangan yang mengusap di permukaan perut atau gerakan lembut.
Janin aktif bergerak – Trimester kedua
Pergerakan pertama bayi biasanya akan bermula antara minggu ke 15 dan ke 25 kehamilan iaitu semasa fasa trimester kedua.
Keadaan ini adalah berbeza-beza bagi setiap ibu hamil kerana ada sebilangannya merasi tendangan bayi seawal usia kandungan 16 minggu dan ada juga yang merasainya semasa usia kehamilan 24 minggu.
Pun begitu, jika merasakan pergerakan bayi selepas 24 minggu lakukan pemeriksaan ultrasound dengan doktor dan pengukuran perut untuk memastikan perkembangan bayi mengikut jadual atau sebaliknya.
Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi tendangan pertama bayi termasuklah kedudukan plasenta yang menghadap ke depan lalu menyekat pergerakan dan membuatkan lebih lama untuk merasai tendang si kecil.
Namun jika telah merasainya sekitar 20 ke 24 minggu, anda akan dapat rasai tendangannya akan lebih kuat dan lebih kerap menjelang di akhir trimester kedua.
Kemudian anda akan lebih terbiasa dan mengetahui pergerakan bayi dengan lebih jelas.
Gerakan bayi semasa mengandung – Trimester ketiga
Bayi anda akan mengeluarkan gerakan angin ribut sepenuhnya di perut dan ibu akan rasai setiap inci anggota badannya seperti tangan, siku, lutut dan sebagainya.
Pada masa ini bayi anda akan kerap bergerak dan berirama yang jelas kelihatan pada permukaan perut.
Malah waktu ini ibu dinasihatkan untuk menghitung tendangan dan pergerakan bayi sekaligus dapat membantu ibu untuk mengetahui sesuatu yang tidak normal dalam pergerakan bayi anda.
Menurut kajian yang dilakukan pada pergerakan bayi semasa kehamilan, laporan menunjukkan bahawa pada trimester ketiga janin bergerak sekitara 30 kali sejam.
Malah bayi yang sihat juga akan tetap bergerak walaupun sewaktu bersalin.
Sementara pergerakan janin yang menurun memerlukan penilaian yang lebih lanjut dari doktor dan perlu berada dalam status pantuan staf perubatan.
Pada masa ini juga, anda mungkin dapat berinteraksi denngan bayi. Cuba tekan anggota badan yang menonjol dengan lembut dan jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat merasakan anggota badan si kecil yang menolak
kembali tempat anda sentuh tadi. Comel, kan?
Dua atau tiga minggu sebelum bersalin biasanya kepala bayi sudah berubah ke arah posisi bawah bagi membolehkannya mendorong ke arah pelvis.
Lantas dengan itu anda akan dapat merasakan perut sedikit ke bawah dan kerap membuang air kecil kerana rambut bayi sudah berada di bahagian berdekatan dengan serviks.
Meskipun kehamilan sering kali memberi tekanan dan ibu perlu berhadapan dengan keadaan mual di waktu pagi namun tendangan bayi yang comel inilah yang dapat menjadikan kehidupan ibu lebih bermakna dan menggembirakan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Penulis asal Shabnam Muzammil. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.combayi-mati