Zaman kini, mudah saja untuk tahu jantina bayi dalam perut ibu hamil. Boleh buat imbasan di klinik dengan pelbagai teknologi yang dengan mudah boleh kesan bayi lelaki atau perempuan. Apakah maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?
- Orang dulu ramal jantina bayi dalam perut dengan cara ini, pelik tapi tepat!
- Manis vs masin
- Ujian bawang putih
- Morning sickness
- Kulit glowing, sentiasa mahu tampil cantik & bergaya
- Pertambahan berat badan pasangan
- Moody atau tenang
- Ujian mata
- Perut tinggi rendah
- Ujian cincin
- Degupan jantung
- Carta jantina Cina
- Tekanan darah sebelum anda hamil
Namun, bagi orang lama, ketika teknologi belum betul-betul berkembang, agak mencabar untuk jantina bayi dalam kandungan diramal membuatkan mereka perlu menggunakan cara tersendiri untuk cuba mengetahuinya.
Sama ada benar atau sebaliknya, ada antara cara yang digunakan itu pernah dipraktikkan dan ia memang berhasil sama ada kebetulan atau memang ia sebenarnya benar-benar berasas.
Orang dulu ramal jantina bayi dalam perut dengan cara ini, pelik tapi tepat!
Lelaki ke perempuan? Itu soalan biasa ditanya kepada ibu hamil. Ada yang memang dah pergi buat scan bolehlah berkongsi jantina jika mahu, tetapi ada juga yang ingin suprise.
Bagi yang ingin mencuba, mungkin anda boleh cuba untuk mengetahui jantina bayi anda menggunakan cara yang digunakan oleh orang ‘lama’ untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan.
Kali ini kami kongsikan 12 cara yang digunakan mereka untuk meramal jantina bayi yang dikandung. Tapi ingat ya, ini hanya untuk suka-suka. Jika mahi yang tepat, anda boleh ke klinik atau hospital untuk mengesahkannya dan bolehkan berkongsi dengan kami keputusannya!
#1. Manis vs masin
Jika anda mendapati diri anda mengidam makanan atau lebih suka makan makanan yang manis ketika mengandung, anda mungkin sedang hamil anak perempuan.
Jika anda lebih suka makan makanan masin atau kaya dengan protein, ia mungkin bayi lelaki.
#2. Ujian bawang putih
Namun ujian ini atas risiok anda dan pasangan sendiri ya! Jika anda boleh makan banyak bawang putih tetapi langsung tidak dapat menghidunya, ia bermakna anda sedang mengandung anak perempuan!
#3. Morning sickness
Dikatakan, sekiranya keadaan morning sickness anda terlalu teruk, dan alami loya dan muntah berlebihan terutama pada waktu pagi anda mungkin sedang mengandung seorang bayi perempuan.
#4. Kulit glowing, sentiasa mahu tampil cantik & bergaya
Sekiranya sepanjang mengandung kulit anda kelihatan cerah bersinar, anda mungkin bakal menimang cahaya mata lelaki. Jika kulit wajah anda nampak kusam, tidak bermaya, malas nak bersiap dikatakan anda bakal menimang cahaya mata perempuan kerana dikatakan bayi itu mencuri seri wajah ibunya.
#5. Pertambahan berat badan pasangan
Jika pasangan anda juga ikut sama bertambah berat, dikatakan anda mengandung anak perempuan.
#6. Moody atau tenang
Jika anda berasa lebih moody berbanding tenang, anda mungkin akan memiliki anak perempuan. Jika anda lebih tenang, tidak mudah marah atau melenting anda mungkin bakal mendapat anak lelaki.
#7. Ujian mata
Cuba tengok cermin kira-kira seminit. Jika anak mata anda membesar, bermakna anda mungkin akan mendapat anak lelaki.
#8. Perut tinggi rendah
Jika perut anda kelihatan tinggi anda dikatakan akan menimang anak perempuan, namun jika perut anda rendah, anda kemungkinan sedang mengandung anak perempuan.
#9. Ujian cincin
Ikat cincin pada tali dan gantungkan pada perut anda. Jika ia berayun dalam gerakan membulat, dikatakan anda mungkin akan melahirkan seorang bayi perempuan tetapi tetapi jika ia berayun sebelah ke sisi, ini bermakna anda mempunyai seorang bayi lelaki.
#10. Degupan jantung
Semasa ultrasound anda yang seterusnya, perhatikan kadar denyutan bayi. Jika detik si kecil itu berdegup lebih laju daripada 140 denyutan seminit, bersedialah untuk menimang cahaya mata perempuan.
#11. Carta jantina Cina
Letakkan satu jari pada usia anda semasa anda hamil dan satu lagi jari pada bulan mengandung. Di mana jari anda bertemu di tengah akan memberitahu anda jika anda menjangkakan anak lelaki atau perempuan.
#12. Tekanan darah sebelum anda hamil
Yang ini sedikit lebih rumit untuk dilakukan. Satu kajian mendapati bahawa lebih tinggi tekanan darah wanita pada 26 minggu sebelum dia hamil, lebih besar kemungkinan dia mempunyai anak lelaki.
Oleh itu, jika anda mempunyai temu janji doktor sebelum anda mula mencuba untuk hamil, cuba imbas kebali dan lihat tekanan darah anda. Ia boleh menjadi petunjuk yang sangat saintifik sama ada anda bakal mempunyai sorang bayi lelaki atau perempuan.
Todaysparent, webmd
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dalam Air Mani Suami Tiada Sperma, Masihkah Ada Peluang Untuk Anda Mengandung?
Baca juga: Nikmatilah Saat Bayi Anda Masih Newborn Walaupun Rasa Mencabar, Ia Tak Kekal Lama
Baca juga: Penyusuan Badan Memori Indah Antara Ibu & Anak, Elakkan Cara Traumatik Cerai Susu Dengan Anak