Meskipun pelbagai perkara yang telah anda lakukan, namun ia tetap tidak akan boleh membalas jasa ibu bapa.
Dari tempoh mengandung, melahirkan dan membesarkan anda menjadi anak yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah sehingga mereka terpaksa menggadaikan segala harta yang ada bagi memastikan masa depan anda lebih cerah.
Membalas jasa ibu bapa
Segelintir anak zaman kini boleh dinilai kurang memberikan perhatian terhadap ibu ayah sehingga tiada masa untuk menghubungi atau pulang ke kampung menziarahi mereka.
Mereka semakin melangkah ke usia tua dan bila-bila masa sahaja akan pergi meninggalkan anak-anak. Justeru, amalkan 9 perkara ini untuk menghargai setiap jasa ibu bapa anda. Antaranya ialah:
#1. Menjaga mereka dengan penuh hormat
Pernahkah anda menyedari bahawa semakin bertambah usia ibu ayah, mereka akan lebih terarah menjadi seperti seorang kanak-kanak kecil?
Hal ini kerana ibu ayah sudah tidak memiliki keupayaan untuk menikmati makanan sehingga memerlukan anda menyuap mereka atau perlu memakai lampin pakai buang kerana ingatan mereka yang semakin hilang.
Oleh demikian, anda perlu sabar melayani karenah ibu bapa dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.
#2. Menjadi pendengar yang setia
Jika zaman anak-anak kecil dulu, biarpun dihujani dengan pelbagai jenis soalan, namun ibu ayah tetap akan menjawabnya dengan baik.
Mereka juga adalah insan yang paling dekat dengan anda untuk mendengar pelbagai kisah yang dilalui di tadika.
Melangkah sahaja ke sekolah menengah, ibu ayah juga akan mendengar setiap aduan dari anak-anak tentang sikap guru yang tidak adil ataupun anda berhadapan dengan tindakan disiplin.
#3. Meluangkan masa bersama
Jadual kerja yang padat dalam kehidupan seharian membuatkan anda tidak mempunyai peluang untuk pulang ke kampung halaman.
Lebih teruk lagi, anda hanya memunculkan diri setahun sekali di kampung hanya kerana sambutan hari raya Aidilfitri sahaja. Sebagai ibu ayah, mereka juga memahami bahawa anda juga memiliki kehidupan sendiri.
Namun, sebaiknya anda perlu sentiasa bertanyakan khabar atau menghubungi mereka dengan lebih kerap. Barulah mereka tidak berasa diabaikan oleh anak-anak!
#4. Membantu dengan ikhlas
Apabila ibu ayah sering memiliki ‘temu janji istimewa’ dengan doktor, anda perlu menyedari bahawa tahap kesihatannya juga telah dimamah usia.
Dalam hal ini, pastikan anda mengetahui setiap tarikh temu janji tersebut dan membantu membawa mereka.
Daya penglihatan yang kurang akan membatasi setiap pergerakan. Justeru, sebagai seorang anak, anda perlu sentiasa menemani mereka untuk pergi ke mana sahaja.
#5. Belajar sesuatu dari mereka
Ibu ayah yang semakin tua akan bergantung sepenuhnya terhadap anda. Jika dahulu mereka masih kuat untuk keluar membanting tulang, namun pada usia ini berikanlah sedikit masa untuk mereka berehat.
Biarkan segala tugas dilakukan oleh anda. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan resepi rahsia keluarga dalam setiap masakan, tips bagaimana membesarkan anak-anak sehingga berjaya atau tips untuk menjadi ibu bapa yang terbaik.
Waktu yang masih tersisa ini perlulah dihargai dengan sebaik mungkin agar anda tidak dihimpit kekesalan apabila mereka meninggalkan dunia ini kelak.
#6. Mengajar ibu ayah
Dalam membantu ibu ayah, anda perlu mengetahui bahawa kaedah pembelajaran mereka lalui tidak akan sama dengan golongan zaman teknologi ini.
Sekiranya mereka meminta untuk menggunakan telefon pintar atau berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan Whatsapp, luangkan sedikit masa untuk mengajar mereka.
Hal ini kerana mereka juga layak menikmati kemudahan teknologi komunikasi dan mengurangkan rasa bosan ketika berada di rumah.
#7. Pastikan mereka ditempatkan di dalam rumah
Sebagai anak yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan ibu ayah berada di dalam rumah dan bukannya ditinggalkan di rumah orang tua.
Mereka yang semakin meningkat usia hanya memerlukan ketenangan untuk melakukan tugasan ringan mengikut kemampuan kudrat.
Sebagai contoh, halaman rumah dipenuhi dengan pelbagai pokok ulaman atau bunga-bungaan. Aktiviti bercucuk tanam ini boleh dianggap sebagai terapi buat golongan emas agar mereka tidak keseorangan di kampung.
#8. Hormati keinginan ibu ayah
Antara salah satu tugas sedikit mencabar adalah anda perlu sentiasa meletakkan rasa hormat bagi memenuhi keinginan ibu ayah yang pelbagai.
Mungkin pada waktu pagi mereka mengatakan ingin keluar bersiar-siar, namun setelah bersiap mereka tiba-tiba berasa penat dan tidak mahu keluar, ikutlah sahaja kehendaknya.
Hal ini kerana, pertambahan usia turut akan menjejaskan keseimbangan kesihatan dan emosi mereka. Adalah lebih baik jika anda berada bersamanya dan tanyakan ibu ayah masalah yang sebenar.
Kadang-kadang, mereka hanya inginkan anda memberikan perhatian seperti memujuk mereka atau berpimpin tangan anda sekiranya ingin keluar bersama.
#9. Memberikan nafkah bulanan
Seorang anak yang bertanggungjawab perlu mengirim sejumlah wang kepada ibu ayah di kampung. Hal ini kerana keperluan mereka perlu dijaga sebaik mungkin.
Mereka juga perlu membeli barangan dapur, membayar bil air dan elektrik dan juga mendapatkan pakaian yang selesa.
Jika anda tidak mampu untuk memberikan jumlah yang banyak, berikan sahaja sedikit wang kerana ia mampu meringankan sedikit beban.
Sumber: Creative Healthy Family
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkelebihan-anak-yatim