Lagi Kes Budak Maut Terjatuh Dari Bangunan, Ibu STOP Tinggalkan Anak Sendirian Di Rumah!

Jatuh bangunan tingkat 10 kuarters polis, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilapor cedera parah dan meninggal dunia di hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau, tiada ibu ayah yang ingin berdepan ujian kehilangan anak dalam sekelip mata. Seperti kes menyayat hati terjadi semalam, seorang budak lelaki berusia lima tahun telah jatuh bangunan dari tingkat 10.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Budak lima tahun meninggal dunia selepas jatuh bangunan
  • Elak tinggalkan anak bawah 12 tahun bersendirian di rumah, boleh datangkan bahaya kepada mereka
  • Tinggalkan anak di rumah merupakan salah satu pengabaian

Mungkin ramai yang memikirkan bahawa rumah adalah tempat selamat untuk anak. Namun siapa sangka kesilapan sedikit sahaja boleh meragut nyawa insan tersayang, meskipun mereka berada di rumah.

Budak lima tahun meninggal dunia selepas jatuh bangunan

Menurut laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak berusia lima tahun menemui ajal apabila dia dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan menjelaskan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.

''Mangsa yang jatuh bangunan tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.''

''Usaha bagi menyelamatkan nyawa mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.'' jelasnya.

Mohd Zaid berkata siasatan mendapati ketika kejadian kanak-kanak berkenaan tinggal berseorangan di rumah.

''Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013- 2773407.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.'' pesannya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Elak tinggalkan anak bawah 12 tahun bersendirian di rumah, boleh datangkan bahaya kepada mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja anak sudah pandai berjalan dan boleh menguruskan diri seperti mandi, pakai baju serta makan, ibu ayah mungkin beranggapan bahawa mereka boleh ditinggalkan sendirian di rumah untuk sementara waktu.

Namun tahukah anda bahawa mereka sebenarnya terdedah kepada pelbagai bahaya ketika tiada pengawasan daripada orang dewasa? 

Menurut kajian yang dibentangkan di Persidangan dan Pameran Kebangsaan Akademi Pediatrik Amerika 2019 di New Orleans, para pengkaji menyeru diwujudkan undang-undang agar ada batasan umur bagi kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian di rumah.

Pengkaji dari University of Iowa berpendapat bahawa kaedah ini dapat membantu pihak berwajib mengesan kes-kes melibatkan pengabaian dan melindungi kanak-kanak daripada sebarang perkara berbahaya.

Sebuah kaji selidik juga telah dijalankan melibatkan 485 anggota pekerja Persatuan Pekerja Sosial Kebangsaan (NASW). Mereka diminta beri pandangan mengenai senario kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian selama empat jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinggalkan anak di rumah merupakan salah satu pengabaian

Manakala tinjauan melibatkan 500 orang pekerja di Amerika Syarikat mendapati separuh daripada mereka merasakan kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian di rumah untuk tempoh yang lama. Ia juga harus menyalahi undang-undang.

Selain itu mereka turut berkata bahawa tindakan meninggalkan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah di rumah sendirian selama empat jam dikira sebagai satu pengabaian.

Lebih dari separuh responden menyatakan undang-undang harus digubal yang melarang kanak-kanak bawah usia 12 tahun ke bawah tinggal bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut US Department of Health and Human Services, pengabaian ini termasuklah kegagalan dalam mengawasi anak sehingga mereka terdedah kepada risiko bahaya.

Di United Kingdom meskipun tiada undang-undang khas, namun ibu ayah boleh dikenakan denda atau masuk penjara sekiranya mereka didapati bersalah meletakkan kanak-kanak dalam risiko bahaya.

Meskipun begitu, ibu ayah di negara berkenaan mempunyai pilihan dalam membuat penilaian mengenai apa yang terbaik untuk anak mereka.

Dalam hal ini ibu ayah perlulah sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah dalam aspek keselamatan anak-anak di rumah. Elakkan kejadian sama berulang lagi, sungguh ia sesuatu yang menyedihkan jika berlaku kejadian yang boleh meragut nyawa anak di rumah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gara-Gara Rapatkan Katil Ke Tingkap, Bayi 11 Bulan Dilapor MATI Terjatuh Dari Tingkat 3

Baca juga: Pasanglah Jeriji Tingkap Kalau Sayang Anak, Ibu Saudara Budak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 16 Disiasat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Budak Lelaki Selamba Berdiri Di Belakang Kereta, Netizen Gerun Tengok Takut Terjatuh!