X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 4 Bulan Ditinggal Bersendirian & Mati Kelaparan Ketika Ibu Ayahnya Sedang Bergaduh

30 Oct, 2020
Bayi 4 Bulan Ditinggal Bersendirian & Mati Kelaparan Ketika Ibu Ayahnya Sedang Bergaduh

Siapa sangka perselisihan faham yang berlarutan terjadi antara suami isteri telah menyebabkan nyawa seorang bayi usia 4 bulan telah terkorban.

Anak adalah anugerah tidak terhingga daripada sang pencipta. Kehadirannya melengkapkan lagi hubungan rumah tangga yang telah terbina sekian lama. Namun tidak semua jalan ceritanya berakhir dengan indah. Seorang bayi usia 4 bulan dilaporkan meninggal dunia sewaktu ibu ayahnya sibuk bergaduh.

Kejadian menyedihkan ini telah menjadi tular beberapa hari yang lalu dalam kalangan warganet sehingga mendapat pelbagai komen dan kecaman.

Penyebab bayi usia 4 bulan meninggal dunia

bayi 4 bulan meninggal dunia

credit to sources

Kes ini dilaporkan berlaku di Kaherah, Mesir apabila seorang bayi usia 4 bulan dilaporkan maut berpunca daripada kelaparan. Difahamkan, ia berlaku selepas suami isteri berkenaan nekad meninggalkannya bersendirian di rumah.

Ini kerana telah berlaku perselisihan faham dan perang dingin antara mereka berdua. Menurut bapa bayi berusia 4 bulan tersebut, dia menyatakan kepada pihak polis bahawa tiada di rumah setelah beberapa hari atas urusan bekerja.

Menerusi laporan dari media tempatan ketika tibanya ke rumah, dia mendapati bahawa tubuh anaknya sudah tidak bernyawa.

Ibu dituduh atas kesalahan bersikap cuai 

Berdasarkan laporan oleh Gulf News, ayah kepada bayi berkenaan telah menuduh isterinya bersikap cuai sehingga menyebabkan kematian. Hasil siasatan daripada pihak berkuasa mendapati bahawa mereka telah bergaduh besar pada awal bulan ini. 

Disebabkan oleh tidak tahan dengan konflik rumah tangga, isterinya telah bertindak lari ke rumah keluarga bagi meredakan tekanan yang dialaminya.

bayi 4 bulan meninggal ibu bapa bergaduh

credit to sources

Manakala, ayah bayi terbabit pula dilaporkan telah keluar bekerja selama empat hari dan meninggalkan anaknya berseorangan di dalam rumah. Susulan dari kejadian ini, kedua-dua pasangan telah ditangkap dan tahan sementara waku bagi membantu proses siasatan.

Kesan pergaduhan suami isteri terhadap anak

Sememangnya alam rumah tangga ada pasang surut. Ada ketikanya bahagia dan ada kalanya berselisih faham bagaikan perang dunia kedua.

Sebagai ibu ayah, tanpa anda sedar bahawa pergaduhan di depan anak memberikan kesan paling teruk terhadap diri mereka seperti:

#1. Menganggu perkembangan otak si manja

Tidak kiralah anak sudah bersekolah atau masih bayi, sebenarnya mereka dapat merasakan aura negatif yang ada dalam rumah ketika ibu ayahnya mula bersikap dingin. 

Seterusnya akan menyebabkan perkembangan IQ dan EQ terjejas kerana ibu ayah tidak dapat bekerasama dalam mendidik anak-anak dengan nilai yang baik. Kesudahannya apabila mereka sering terdedah dengan kata-kata kasar atau maki hamun, ia akan diserap terus oleh minda.

#2. Jiwa anak tidak tenteram dan hilang rasa percaya

Anak akan rasa tidak tenang, kecewa, marah dan sedih dengan apa yang berlaku di antara kedua-dua ibu ayahnya. Kemudian, situasi tegang di dalam rumah akan menyebabkan anak bertindak agresif, kurang ajar, biadap kerana mereka merasakan bahawa orang sekelilingnya tidak bleh dipercayai. 

Mereka juga akan berasa tidak selamat kerana berpendapat bahawa orang terdekat mungkin akan menyerangnya.

#3. Gagal dalam mengawal emosi

bayi meninggal suami isteri bergaduh

credit to sources

Anak akan membesar dengan emosi tidak terkawal, mereka juga akan melihat dan merasai emosi negatif daripada kedua ibu ayahnya. Perkara ini akan ‘melekat’ dalam fikiran si manja dan mereka akan mudah rasa tertekan, kemurungan dan rasa bersalah.

Ia boleh menjadi lebih teruk sekiranya hanya memendam perasaan yang mungkin membuatkan mereka cenderung mengalami masalah mental.

#4. Anak menjadi liar dan tidak menghormati orang

Stories Rakan Kongsi
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Mums, are you encouraging your little ones to be creative?
Mums, are you encouraging your little ones to be creative?
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines

Latar belakang sesebuah keluarga amat memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku anak-anak.

Jika anda perasan, kebanyakan pelajar yang mengalami masalah disiplin di sekolah berpunca dari mereka sudah terbiasa dengan situasi ganas, tegang dan negatif di dalam tempat tinggal mereka.

Kesannya, mereka akan menjadi liar serta mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya kerana beranggapan berada di dalam rumah sendiri seolah-olah neraka.

#5. Tiada kemahiran sosial

Anak yang terbiasa dengan konflik ibu bapa cenderung untuk memiliki kemahiran sosial yang lemah. Misalnya mereka susah nak berkawan dan rakan sebaya tidak menyukainya kerana bersikap dingin, cara bercakap dan bahasa badannya agak teruk.

Justeru, anak mungkin akan lebih selesa menyendiri bagi mengelakkan dari menjadi mangsa ejekan dari rakan-rakan sebayanya.

Sumber: Siakap Keli, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkisah-sedih-seorang-ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi 4 Bulan Ditinggal Bersendirian & Mati Kelaparan Ketika Ibu Ayahnya Sedang Bergaduh
Kongsikan:
  • Marah Macam Mana Pun, Jangan Buat 7 Perkara Ini Bila Bergaduh Dengan Pasangan!

    Marah Macam Mana Pun, Jangan Buat 7 Perkara Ini Bila Bergaduh Dengan Pasangan!

  • Doktor Biar Bayi Baru Lahir Mati Apabila Sibuk Bergaduh Dalam Dewan Bedah!

    Doktor Biar Bayi Baru Lahir Mati Apabila Sibuk Bergaduh Dalam Dewan Bedah!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Marah Macam Mana Pun, Jangan Buat 7 Perkara Ini Bila Bergaduh Dengan Pasangan!

    Marah Macam Mana Pun, Jangan Buat 7 Perkara Ini Bila Bergaduh Dengan Pasangan!

  • Doktor Biar Bayi Baru Lahir Mati Apabila Sibuk Bergaduh Dalam Dewan Bedah!

    Doktor Biar Bayi Baru Lahir Mati Apabila Sibuk Bergaduh Dalam Dewan Bedah!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.