Bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan. Seorang wanita berusia 90 tahun berjaya mencuri tumpuan dunia pengguna laman sosial dan maya apabila menjelajah ke pelbagai negara walaupun sudah berusia hampir satu abad!
Ternyata, usia 90 tahun bukan penghalang untuk dia mengembara secara solo mengenali budaya dan cara hidup masyarakat di negara lain.
Beliau yang dikenali sebagai Babushka melakukan perkongsian itu menerusi laman Instagram berjaya membuatkan netizen kagum dengan keupayaannya mengembara ke pelbagai negara!
Jauh perjalanan, luas pemandangan
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada gambar wanita itu banyak bertanya mengenai apa yang berada dalam fikiran wanita itu ketika beliau mengembara.
Ada yang mengatakan mungkin dia mahu lihat perubahan dunia yang sangat pesat jauh berbeza berbanding zaman dulu dengan bangunan pencakar langit dan sebagainya.
Antara negara yang dikunjungi wanita ini menerusi perkongsian gambarnya termasuklah di Thailand, Vietnam, Istanbul dan banyak lagi negara.
Mungkin ada yang boleh dilihat gambarnya di ibiza times dan teka di mana nenek ini berada. Cerita mengenai nenek ini mendapat perkongsian lebih 5,000 selain lebih 2,000 komen.
Malah ada daripada netizen yang berkongsi gambar mereka pernah berjumpa dengan wanita hebat ini ketika mengembara.
Difahamkan, ada yang berkongsi bahawa wanita berkenaan mengembara bersama cucu perempuannnya. Apa pun, dia memang wanita hebat!Jarang-jarang usia 90 masih larat untuk kemana-mana apatah lagi membuat perjalanan jauh.
5 tips travel solo dengan bayi
Untuk mengembar seorang diri di tempat yang tidak pernah kita jejaki menuntut kita menjadi cekal dan sanggup menghadapi apa juga risiko dalam menimba pengalaman menjelajah ke negara orang.
Bagi mereka yang masih bujang atau tidak mempunyai cahaya mata, mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana pula dengan yang sudah bergelar ibu dan bapa? Minat travel, tapi pening kepada fikir pasal anak pula kan? Tapi perkara itu tidak mustahil untuk dibuat.
Sanggupkah anda keluar menerokai dunia dengan bayi anda? Sejauh mana risiko yang rela anda ambil. Bagi pasangan suami isteri yang mencintai dunia kembara, mengembara solo bersama bayi tidak pernah dianggap sebagai beban.
Malah ia adalah cabaran yang dinantikan setelah memasuki alam perkahwinan. Sama ada diri anda sebagai suami atau isteri yang berpengalaman luas dalam dunia kembara solo, sekali sekala anda perlu berani meninggalkan atau membenarkan pasangan anda keluar kembara solo bersama bayi.
Pengalaman kembara solo bersama bayi dapat memberi pengalaman berbeza dan berharga untuk dikenang. Antara manfaat terbesar melakukan kembara solo bersama bayi ia mendidik pasangan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga anak.
#1. Memilih destinasi percutian
Untuk kembara bersama bayi kecil anda perlu mengutamakan faktor keselamatan. Pilih destinasi percutian yang selamat yang kadar jenayahnya rendah.
Antara cadangan percutian luar negara yang mempunyai kadar jenayah yang rendah ialah Jepun, Amsterdam, New Zealand, Mauritius, Bhutan,Jerman, Norway, Australia dan Singapura. Malaysia juga termasuk dalam senarai negara paling selamat di lawati bagi tahun 2018.
#2. Pengangkutan
Pertimbangkan jenis-jenis pengangkutan yang sesuai untuk mencapai ke sesuatu destinasi. Percutian luar negara selalunya melibatkan penerbangan pesawat. Untuk terbang bersama seorang bayi bagi perjalanan yang memakan masa lebih daripada enam jam, anda dinasihatkan mendapatkan tempat duduk berhampiran basinet supaya dapat menempatkan bayi kecil ketika tidur. Bayi pun tahu penat juga ya!
#3. Stroller, baby carrier
Tidak mungkin anda boleh berjalan-jalan dengan selesa tanpa membawa salah satu daripada peralatan membawa bayi ini. Sama ada anda memilih stroller atau baby carrier, ia bergantung kepada keperluan dan keselesaan individu.
#4. Peralatan bayi, ubat-ubatan, insurans perjalanan
Sangat penting untuk anda senaraikan kelengkapan bayi yang perlu dibawa sepanjang kembara solo bersama bayi.
Penting untuk anda selidik dan mendapatkan insurans perjalanan paling sesuai yang dapat melindungi diri anda dan bayi jika berlaku sebarang kecemasan. Kaji dengan teliti syarikat insurans dan jenis perlindungan yang ditawarkan. Selain itu, dapatkan suntikan vaksin yang perlu sebelum kembara ke mana-mana.
#5. Bagasi atau backpacking?
Pemilihan anda berkaitan ini menentukan penginapan yang bakal anda pilih juga. Pilihlah yang mesra bayi dan kanak-kanak. Jika jenis bagasi ada banyak pilihan yang anda boleh letakkan anak di belakang juga! Dia selesa anda pun mudah!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ibiza Times, 100comments
Baca juga:
Pergi Holiday Tika Hamil? Jangan Lupa Buat 8 Persediaan Wajib Ini