Bagi pasangan baru berkahwin atau lama berkahwin, soalan wajib yang akan diterima adalah ‘bila nak mengandung?’ Lebih-lebih lagi bila sudah lama berkahwin. Kali ini kami kongsikan cara terbaik untuk anda jawab soalan itu.
Memang rimas jadinya bila perlu jawab soalan ‘bila nak mengandung’. Lebih-lebih lagi dari orang luar yang tidak tahu secara mendalam mengenai diri kita.
Kadangkala rasa nak marah pun ada, tapi lama kelamaan bertukar jadi tertekan pula jika terima soalan begini lebih-lebih lagi jika kita masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin.
Jawab soalan ‘bila nak mengandung’ dengan cara ini
Soalan ini bukan saja ditanya kepada mereka yang lambat dikurniakan cahaya mata, malah ia juga turut ditanya kepada mereka yang punya hanya satu anak saja.
Lebih-lebih lagi jika anak itu sudah berumur dua tahun dan ke atas, lagi ligat soalan seperti ini ditanya jika kita punya anak seorang saja.
Dari sudut positif mungkin yang bertanya itu hanya ingin memulakan perbualan dan sebagainya, tetapi mungkin kita yang terlebih sensitif dengan soalan sedemikian.
Kadang kala ia boleh jadi punca pergaduhan antara suami dan isteri sedangkan jika soalan sedemikian tidak ditanya, tidak jadi masalah pun kepada mereka.
Tetapi bila timbul persoalan sedemikian, jadi bahan pergaduhan pula. Kali ini kami kongsikan tips bagaimana untuk jawab soalan ‘bila nak mengandung’ ini:
#1. Ubah mindset
Cara pertama yang perlu anda pegang adalah ubah mindset anda untuk tidak bersedih atau terasa hati sekiranya diajukan persoalan itu.
Seperti yang dikatakan di sebelum ini, anda hanya perlu anggap individu yang bertanya itu hanya ingin ajak bersembang dan mengeratkan hubungan silaturrahim semata.
Bila anda dah ubah mindset, anda tidak akan terasa apa-apa bila disoal soalan sensitif sedemikian. Ia penting untuk menjaga kemaslahatan hati anda sendiri.
#2. Balas dengan jawapan ‘doakan saya’
Kalau anda tidak tahu nak jawab persoalan itu, balas sahaja dengan jawapan pendek iaitu ‘doakan saya’. Ia boleh membuatkan si penyoalnya terhenti bertanya berlebih-lebihan.
Jawapan doakan saya ini juga boleh membuatkan orang lain disekelilingnya rasa senang dan sama-sama mahu mendoakan wanita itu. Mana tahu, salah seorang yang ditanya doanya dimakbulkan tuhan.
Kita tak tahu doa siapa yang dimakbulkan, jadi tak salah jika jawab soalan dengan doakan saya.
#3. Ajak untuk kongsi
Selain itu, apa yang boleh anda lakukan ialah tenang apabila disoal pertanyaan tersebut dan hanya perlu respon dengan bertanya kembali kepada mereka tentang pengalaman kehamilan atau tips-tips yang mereka lakukan untuk cepat hamil.
Jadi perbualan itu akan lebih mesra dan anda pun tidak la akan terus selamanya rasa kecil hati terhadap individu tersebut. Dalam masa sama, anda dapat ilmu baru yang boleh anda cuba.
Kadangkala mungkin ada benda yang kita belum cuba lagi dalam usaha untuk mengandung yang dicuba oleh orang lain dan ia berhasil.
#4. Bersikap tegas
Kalau anda gagal kawal perasaan anda apabila disoal sedemikian, tak salah untuk anda bersikap tegas supaya diri tidak stres.
Bila anda bersikap tegas, penyoal akan rasa kelakuan atau kata-kata mereka salah. Bersikap tegas bermaksud anda memberitahu mereka anda tidak suka diajukan soalan sedemikian, jadi pasti mereka akan ingat dan tidak akan bertanya soalan itu kembali.
#5. Hindari mereka
Sekiranya anda tidak boleh berselindung dengan hal itu, atau cukup benci dengan soalan sedemikian hingga boleh menyebabkan anda depresi atau emosi, apa yang boleh anda lakukan ialah hindari mereka.
Benar, berkumpul dengan keluarga adalah perkara yang baik, tetapi kalau dah anda gagal kawal emosi dek kerana soalan sensitif itu kerap sangat diaju seolah-olah kedengar menghina anda, lebih baik hindari dari berjumpa mereka.
Keluarga yang baik akan bantu anda, bukan memperlekeh jika anda belum mengandung lagi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: bumbumcak
Baca juga: 6 Sebab Tersembunyi Kenapa Anda Masih Belum Mengandung