Pengambilan buah setiap hari sentiasa menjadi kebiasaan yang baik bagi tubuh. Misalnya seperti jus oren yang memberi banyak manfaat pada tubuh kita. Bahkan, ia menawarkan pilihan yang menyegarkan sepanjang hari sambil memberi nutrien penting.
Jadi cadangan untuk memulakan hari anda dengan secawan jus oren memang tidak disangkal lagi kerana ini adalah masa yang penting untuk meningkatkan fungsi badan dengan dos Vitamin C.
Apakah Vitamin utama dalam jus oren?
Terdapat tiga jenis vitamin penting dalam jus oren sekaligus membuatnya sangat bermanfaat iaitu:
Vitamin C:
Semasa badan jatuh sakit, Vitamin C adalah jawapan yang bagus untuk merawatnya supaya dapat menguatkan sistem imun.
Apatah lagi, ia juga bagus untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembaikan tisu badan. Malah memainkan peranan yang sangat penting dalam penyembuhan luka dan merangsang antibodi untuk melawan jangkitan.
Vitamin A :
Sementara itu, bagi Vitamin A pula, ia dapat meningkatkan penglihatan, kesihatan tulang dan sistem pembiakan.
Sebelum itu, adakah anda tahu bahawa kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan rabun malam?
Ini kerana, Vitamin A adalah komponen penting dalam rhodopsin yang terdapat di dalam retina pada mata.
Tambahan pula, Vitamin A dapat memerangkap dan membersihkan bakteria yang terdapat dalam aliran darah dengan keupayaan untuk membangunkan sel darah putih seperti lymphocytes iaitu sejenis sel kekebalan utama.
Vitamin E:
Dikenali sebagai antioksidan yang kuat di mana Vitamin E melindungi sel daripada kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.
Radikal bebas ini pula terbentuk apabila makanan menjadi tenaga atau disebabkan faktor lain seperti merokok, pencemaran udara dan pendedahan terhadap sinaran UV.
Tanpa makanan yang kaya dengan nutrien, radikal bebas dapat memendekkan jangka hayat sel anda.
Maka, di sinilah Vitamin E memainkan peranannya kerana ia mampu memperlahankan proses penuaan dengan memperbaiki sel yang tercemar.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak lagi faedah jus oren ini yang anda tidak tahu. Inilah masanya untuk mengetahui dengan lebih jauh tentang kelebihan jus oren yang mungkin anda terlepas pandang.
#1. Memiliki sifat anti-radang dan antioksidan
Keradangan merupakan tindak balas autoimun yang datang dalam bentuk kemerahan dan bengkak.
Selain boleh juga menyebabkan alergi, jangkitan atau selesema biasa.
Keradangan yang berpanjangan boleh menyebabkan gangguan metabolik. Mujurlah, jus oren boleh membantu mengurangkan keadaan ini dengan kandungan flavonoid iaitu antioksidan yang kuat serta memiliki sifat anti-radang yang sangat berkesan.
#2. Meningkatkan kesihatan kulit
Lebih menarik lagi, Vitamin C ini dapat memerangi kedut di wajah! Ini kerana, Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen.
Dengan mengaktifkan sel yang dikenali sebagai fibroblas yang berperanan menghasilkan kolagen lantas membuatkan kulit nampak tegang dan licin.
Tambahan pula, sekiranya mengalami kecederaan kulit seperti luka atau lebam, ia boleh sembuh dengan Vitamin C kerana dapat membantu pembentukan sel yang memulihkan permukaan kulit.
#3. Meningkatkan sistem ketahanan badan
Influenza selalunya menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang iaitu hidung, tekak dan paru-paru. Jenis virus influenza yang menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Manfaat vitamin untuk tubuh kita antara lain membina imuniti atau kekebalan tubuh, yang diperlukan untuk melawan infeksi virus dan bakteria menular.
Tip : Cara memilih jus dengan bijak
Tidak semua jenama jus oren dibuat dengan cara yang sama. Malah, teknik pemprosesan yang pelbagai mungkin mengurangkan kandungan vitamin.
Jadi, untuk mendapatkan buah sitrus ini, pilih Sunkist Pure Premium. Ia sesuai untuk hari yang sibuk setiap pagi.
Sunkist Pure adalah jenama jus oren yang mempunyai sekurang-kurangnya enam oren dalam setiap kotak.
Berikut ini adalah dua alasan mengapa anda patut teruja dengan Sunkist Pure ini:
- Kandungan Vitamin
Tidak semua jus buah yang dipaketkan mengekalkan nutrien semasa menjalani pemprosesan.
Tetapi, Sunkist Pure Premium sentiasa menawarkan jus yang terbaik untuk sekeluarga dengan penghasilan 100 peratus jus oren dan mengandungi enam potongan kecil buah oren. Ia bertujuan untuk mendapatkan 60 mg Vitamin C setiap hari.
Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin A, C dan E yang bagus untuk mengekalkan tahap kesihatan dan menghalang dari sebarang penyakit.
Jenama ini boleh didapati di pasar raya terdekat dengan perumahan anda dan Sunkist Pure juga mempunyai rasa Lemon + Apple yang menggabungkan dua biji lemon dengan epal. Menarik!
Untuk mengetahui lebih khasiat dan promosi yang dijalankan, dapatkan maklumat lanjut di Sunkist Juice Malaysia, di sini.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commakanan-bayi-mengikut-umur