8 Jenama Pampers Newborn Terbaik Pilihan Utama Untuk Bayi Kekal Selesa Sepanjang Hari
Ini 8 jenama pampers newborn yang terbaik untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak. Semua jenama ini diyakini memberikan keselesaan pada si manja anda sepanjang hari.
Jika dahulu ibu sangat bergantung kepada kain lampin yang perlu dibasuh setiap hari untuk menampung kencing dan berak anak, namun seiring dengan perubahan kemajuan, terdapat banyak jenama pampers newborn pakai buang yang dapat memudahkan ibu menguruskan si kecil sekarang!
Kalau nak tahu, jenama pampers newborn ini mula dipatenkan pada tahun 1948 dengan pelbagai inovasi seperti pelekat tahan lama, getah anjal di pinggang, pelapik lampin yang tebal dan lain-lain.
Namun, anda harus memastikan jenama lampin atau pampers newborn yang dipilih bertepatan dengan saiz badan anak supaya tidak terlalu kecil atau terlampau besar.
Isi Kandungan
Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Pampers Newborn
Ada beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli pampers newborn terbaik. Antara yang penting untuk diperhatikan adalah seperti berikut:
1. Jenis lampin
Ada dua jenis lampin pakai buang, iaitu lampin jenis berpelekat dengan jenis seluar. Bagi bayi baru lahir, lebih sesuai untuk dipakaikan lampin berpelekat kerana si manja lebih kerap menukar lampin. Jenis seluar pula lebih sesuai untuk anak yang lebih berusia dan mula lasak dengan pergerakan.
2. Saiz lampin
Setiap bayi dilahirkan dengan saiz dan berat yang berbeza. Malahan, setiap jenama lampin pakai buang juga mempunyai sedikit perbezaan saiz. Contohnya si manja mungkin memakai saiz S semasa memakai jenama A, tetapi perlu memakai saiz M untuk jenama B!
3. Sesuai untuk kulit bayi
Seperti sesetengah produk, tidak semua bayi sesuai untuk pakai pampers newborn pakai buang yang sama. Ada si manja yang akan memberi tindak balas yang berbeza ketika memakai lampin tertentu, contohnya mudah bocor atau timbul ruam pada kulit si kecil.
Senarai Pampers Newborn Terbaik Dan Popular Masa Kini
Nak tahu jenama apa yang best untuk anak anda? Jom kita lihat dalam senarai pampers newborn yang kami sediakan ini. Semoga ia membantu!
Drypers Wee Wee Dry
Jenama lampin terbaik paling popular
Drypers merupakan salah satu jenama yang popular di Malaysia. Drypers Wee Wee Dry dibuat khusus untuk memenuhi keperluan dan keselesaan si manja yang baru dilahirkan. Ia menampilkan ciri penjagaan pusat bagi memelihara bahagian tali pusat bayi.
Manakala Stool Lock System™ memerangkap najis lembut manakala lapisan Soft AbsorbDry™ pula menyerap urin dengan pantas dan menyalurkannya dengan sekata bagi mencegah kebocoran sambil memastikan kulit bayi kekal bersih dan sihat.
Drypers satu-satunya jenama dengan TummyFIT Guide™ yang amat membantu ibu bapa buat kali pertama dengan memberi panduan jika saiz lampin baharu diperlukan.
Apa yang kami suka:
- Khusus untuk bayi baru lahir
- Menjaga bahagian pusat dengan memelihara bahagian tali pusat
- Stool Lock System™ untuk memerangkap najis lembut
- Soft AbsorbDry™ menyerap urin dengan cepat dan sekata supaya mencegah kebocoran
- Kulit bayi sentiasa bersih dan sihat
- Hadir dengan TummyFIT Guide™ untuk panduan ibu ayah
Bambo Nature Newborn
Jenama lampin terbaik untuk bayi baru lahir
Lampin ini sesuai bagi bayi yang baru lahir dengan berat lebih kurang 2 ke 4 kg. Ia diperbuat dari bahan berkualiti yang eco friendly, dan mampu memberi keselesaan pada bayi yang baru belajar membuang air.
Selain itu, lampin ini juga dilengkapi getah anjal di pinggang, penyerapan yang baik dan material nipis yang bantu kulit si kecil bernafas dengan selesa.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk bayi baru lahir
- Material eco-friendly
- Selesa untuk bayi
- Penyerapan yang baik
Whoopee Baby Diaper
Jenama lampin terbaik anti-kebocoran
Whoopee Baby Diaper ini dilengkapi dengan Drylock Absorbent Core di mana ia terdiri dari 100% kapas lembut yang mampu mengawal kebocoran kencing anak. Ia juga direka dengan pita pelekat lembut yang mudah dipasang semula walaupun terkena krim atau bedak.
Lapisan luar lampin lembut ini seakan-akan kain, membenarkan tahap kebolehnafasan sebanyak 100% jadi kulit bayi akan lebih segar dan selesa.
Ia juga disebatikan dengan pulpa gentian panjang dan bahan polimer penyerap yang kuat yang berfungsi untuk meresap dan mengasingkan air kencing bayi dalam lampin agar punggung bayi tidak melecet.
Apa yang kami suka:
- 100% kapas lembut mengawal kebocoran
- Kulit bayi boleh bernafas dengan selesa
- Penyerapan air kencing dengan bagus, mencegah masalah melecet pada punggung bayi
Genki Diaper Tape
Jenama lampin terbaik premium berkualiti
Bagi ibu ayah yang mencari lampin premium yang berkualiti, Genki merupakan pilihan yang baik untuk si manja. Produk jenama pampers terkenal dari Jepun ini terdiri daripada bahan premium yang sangat lembut seperti kusyen, bahkan ia juga sesuai untuk digunakan oleh bayi yang berkulit sensitif.
Ia hadir dalam 2 pilihan Genki, Genki Tape/Pants yang boleh dipakaikan kepada anak mengikut kesesuaian umur dan didatangkan dalam 4 saiz berbeza, saiz NB-XL.
Lampin Genki direka dengan lapisan dalam yang berpori memudahkan pengudaraan bagi memberikan keselesaan kepada si manja. Malah ia juga mempunyai daya serapan yang tinggi menjadikan permukaan lampin sentiasa kering, jadi ini dapat membantu mengelakkan ruam.
Apa yang kami suka:
- Lampin premium berkualiti
- Diperbuat daripada bahan premium lembut seakan kusyen
- Sesuai untuk bayi kulit sensitif
- Jenis Tape dan Pants
- Pengudaraan yang bagus untuk keselesaan anak
- Penyerapan yang tinggi
Offspring Premium Fashion Tape Newborn
Jenama lampin terbaik eco-friendly
Offspring merupakan jenama pampers yang eco-friendly dan mula mendapat perhatian kerana corak yang cantik, selain mempunyai harga yang berpatutan. Corak yang terdapat pada lampin pakai buang ini juga menggunakan dakwat yang selamat untuk si manja.
Lampin ini jenis berpelekat yang mudah dengan getah pinggang yang boleh dilaraskan untuk membuatkan si manja sentiasa selesa dan disediakan dari saiz S-XL.
Menariknya, getah pinggang diperbuat daripada polymer spandex bagi memastikan lampin muat dengan selesa. Ia juga sentiasa kering, jadi ia sesuai untuk digunakan sepanjang hari dan malam.
Lampin jenama Offspring merupakan lampin yang diperbuat daripada bahan mesra alam yang sesuai digunakan oleh si manja.
Apa yang kami suka:
- Eco-friendly
- Corak yang cantik, dakwat selamat pada kulit bayi
- Harga berpatutan
- Getah pinggang boleh laras
- Sentiasa kering, selesa untuk bayi sepanjang hari dan malam
- Diperbuat daripada bahan mesra alam
Applecrumby Chlorine Free Premium Tape Diapers
Jenama lampin terbaik bebas klorin
Jika anak anda mempunyai kulit yang sangat sensitif ataupun menghadapi masalah ekzema, lampin bayi AppleCrumby mungkin pelaburan yang berbaloi untuk si manja.
Produk ini menggunakan bahan berasaskan tumbuhan bagi mengurangkan rasa gatal dan radang pada kulit bayi.
Material yang bersentuhan dengan punggung bayi sangat lembut. Proses penghasilan lampin AppleCrumby juga tidak menggunakan klorin yang boleh menjejaskan sistem pertahanan kulit.
Untuk bayi dengan ruam lampin yang teruk, anda perlu tukar lampin jika sudah penuh. Penunjuk kelembapan pada bahagian luar lampin memberitahu anda sudah tiba masa untuk menukar lampin bayi. Secara keseluruhannya, semua ciri-ciri premium lampin ini bertepatan dengan harga produk ini.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif atau mengalami masalah ekzema
- Produk berasaskan tumbuhan
- Tiada rasa gatal atau radang
- Material sangat lembut
- Tidak menggunakan klorin dalam penghasilannya
- Mempunyai penunjuka kelembapan pada bahagian luar memberitahu jika tiba masa untuk menukar lampin
Aiwibi Premium Natural Tape
Jenama lampin terbaik lembut dan selesa
Pampers adalah jenama terawal yang memasuki pasaran lampin pakai buang di Malaysia dan sangat popular pada zaman dahulu. Agak sukar untuk melihat jenama ini di pasar raya pada masa kini, namun sebenarnya ia masih relevan di negara Jepun dan boleh dibeli secara online.
Bagi ibu-ibu yang membesar dengan jenama ini, pastinya mereka mahu memberikan manfaat yang sama kepada anak mereka.
Membantu anak anda kering sepanjang masa, lampin ini diperbuat daripada material yang menyekat bau dan memberi penyerapan yang baik dengan sistem penyerap 4 lapisan dengan gel anti-menyerap membantu mengekalkan kulit bayi kering untuk jangka masa yang lama.
Dengan pelapik kalis bocor 2 sisi membolehkan anak bebas bergerak atau tidur sepanjang malam tanpa mengalami kebocoran di samping membekalkan kulit dengan kelembapan penting serta meningkatkan perlindungan kulit bayi yang belum matang.
Apa yang kami suka:
- Jenama terawal memasuki Malaysia
- Material yang menyekat bau
- Penyerapan yang baik dengan sistem penyerapan 4 lapisan
- Pelapik kalis bocor 2 sisi
Mikubi Baby Diapers
Jenama lampin terbaik murah dan berkualiti
Mikubi adalah jenama yang popular dikalangan ibu-ibu di Malaysia kerana harganya yang murah dan kualitinya yang sangat baik.
Rata-rata ibu yang pernah menggunakan jenama ini untuk bayi mereka menyatakan komen positif seperti serapan bagus, tidak bocor, berbaloi, tiada alegik atau rashes muncul serta mempunyai aliran udara baik yang memastikan bayi sentiasa selesa.
Agak sukar mencari di kedai-kedai fizikal, namun kadar permintaannya agak tinggi jika dilihat dalam platform beli-belah online.
Apa yang kami suka:
- Harga murah dan kualiti yang baik
- Serapan air kencing yang bagus
- Tidak bocor, tiada masalah alergik, dan pengudaraan yang baik
Perbandingan Harga Pampers Newborn Terbaik
Jenama | Isi kandungan (unit) | Harga (RM) | Harga (RM/pek) |
Drypers Wee Wee Dry | 64 | 27.99 | 0.44 |
Bambo Nature Newborn | 36 | 51.90 | 1.44 |
Whoopee Baby Diaper | 78 | 26.90 | 0.31 |
Genki Diaper Tape | NB78 S78 | 31.90 | 0.40 |
Offspring | 56 | 39.20 | 0.70 |
Applecrumby | S23 | 21.50 | 0.93 |
Aiwibi Premium Natural Tape | NB22 | 13.57 | 0.61 |
Mikubi Baby Diapers | NB 36 | 16.90 | 0.46 |
Perkara Penting Dalam Pemilihan Pampers Newborn Terbaik
Jadi beberapa perkara yang perlu diperhatikan adalah:
- Penyerapan yang baik
Lampin harus dapat menyerap kencing dan najis banyak tanpa sebarang kebocoran atau menjadi kendur. Lampin yang bocor dan basah boleh menyebabkan kulit bayi menjadi rengsa dan akhirnya muncul ruam lampin.
- Lembut, dengan ruang bernafas
Oleh sebab kulit bayi halus dan sensitif, bahan lampin sangat penting. Pastikan pampers newborn dibuat daripada bahan lembut dan berkualiti yang membantu aliran udara agar bahagian bawah bayi anda lebih selesa.
- Serasi dan boleh diregang
Satu lagi ciri penting yang harus anda perhatikan pada lampin adalah daya tarik (stretchable). Getah lampin perlu cukup lentur agar anda dapat memakaikan bayi lampin dengan selesa tanpa meninggalkan lipatan dan kesan pada kulit.
Mana satu yang ibu ayah paling suka untuk anak? Like dan share artikel ini dengan rakan anda yang lain.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!
Baca juga: Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Baca juga: Parents, Pakaikan Swimming Pampers Untuk Si Manja Sebelum Masuk Pool Ya!