10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

undefined

Jenis alahan mengandung berlaku disebabkan perubahan hormon dan pembawakan budak. Para suami jangan mudah stres, ia adalah perkara normal

Mengetahui berita gembira isteri berjaya hamil pastinya akan menghadirkan perasaan teruja buat suami. Namun keterujaan itu mula berubah saat isteri mula menunjukkan tanda-tanda alahan yang sukar untuk difahami. Tahukah anda bahawa ada pelbagai jenis alahan mengandung?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis alahan mengandung yang dialami adalah berbeza-beza
  • Bergantung pada hormon dan perubahan individu

Jenis alahan mengandung yang dialami adalah berbeza-beza

Menurut Dr Abdul Rahim, pada trimester pertama iaitu 0-3 bulan tidak semua ibu hamil akan mengalami alahan. Jika isteri dalam keadaan baik-baik sahaja berkemungkinan suami yang mengalami alahan tersebut.

Jadi suami, selain memahami keadaan alahan bakal dihadapi isteri, anda juga perlu bersedia untuk berdepan dengan alahan itu jika ditakdirkan. Alahan boleh berlaku dalam tempoh berbeza mengikut individu.

Ada yang hadapinya sehingga minggu ke 16 dan ada mengalami alahan sehingga bersalin. Paling disukai adalah tiada alahan langsung sepanjang mengandung.

Beliau turut memberitahu bahawa alahan ini berlaku kerana perubahan dan peningkatan hormon akibat persenyawaan telur dan sperma. Ia juga disebabkan pembentukan dan pertumbuhan janin di peringkat awal mengandung.

Bergantung pada hormon dan perubahan individu

10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

Terhadap 10 jenis alahan yang dialami ibu hamil di mana ia bergantung pada hormon dan perubahan diri individu. Suami perlu lebih peka akan perubahan dialami isteri.

#1. Morning sickness

Morning sickness adalah jenis alahan yang biasa didengari. Ia berlaku ketika waktu pagi. Isteri akan pening dan muntah dengan teruk.

#2. Keletihan, malas, tidak bertenaga dan pedih ulu hati

Isteri akan mengalami keletihan dan berasa malas untuk bergerak. Mereka juga tidak memiliki tenaga untuk uruskan diri mahupun keluarga. Ada juga mengalami pedih ulu hati.

#3. Tidak lalu makan dan minum

Isteri akan mengalami dehidrasi dan ganguan elektrolyte akibat alahan yang teruk. Mereka tidak lalu untuk makan dan minum.

Sumber makanan dalam badan seperti glikogen dalam hati dan protein dari otot-otot dan lemak akan menjadi sumber tenaga alternatif. Keadaan ini boleh mengakibatkan keracunan asid ketosis dan turun berat badan sehingga perlu masuk wad untuk intervenous drip.

#4. Alahan pada makanan

Ada isteri yang mengalami alahan terhadap makanan. Mereka tidak boleh makan nasi, susu, makanan bergoreng dan lain-lain.

10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

#5. Alahan pada masakan

Alahan pada masakan akan menyebabkan isteri tidak mampu masuk ke dapur. Mereka tidak mampu menghidu bauan makanan yang dimasak.

#6. Alahan pada bau

Tidak kira bau wangi atau busuk jika isteri mengalami alahan pada bau maka mereka tidak mahu menghidu bau itu. Dengan mudah mereka akan berasa pening, loya dan muntah.

#7. Alahan pada suami

Ada isteri yang tidak boleh melihat suami atau menghidu bau suami. Tengok suami mula rasa pening. Bau badan suami rasa nak muntah. Bertabahlah wahai suami!

#8. Emosi yang berubah-ubah

Perasaan marah, sedih, rungsing akan datang tak tentu masa. Tidak ada hujan dan tidak ada ribut isteri mula bertindak pelik.

#9. Pening kepala

Isteri mengalami pening atau sakit kepala yang serius. Kadang-kadang mereka rasa bagaikan mahu menghentak kepala ke dinding. Suami perlu lebih memahami akan situasi ini.

#10. Muntah

Ada isteri mengalami alahan muntah ketika makanan mahupun minuman masuk ke dalam kerongkong. Kebiasaan alahan ini akan berlaku sehingga 4 bulan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Alahan Teruk Semasa Awal Fasa Hamil dan Cara Saya Mengatasinya

Baca juga: Normalkah Jika Ibu Tiada Alahan Ketika Mengandung? Ini 5 Fakta Kenapa Ia Terjadi!

Baca juga: Badan Dah Lembik Gara-Gara Alahan Mengandung Teruk, Ini Cara Untuk Ibu Hadapinya!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!