X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tidur Beralaskan Lengan & Bau Ketiak Suami TERBUKTI Berkesan Merawat Stres Isteri

3 min bacaan
Tidur Beralaskan Lengan & Bau Ketiak Suami TERBUKTI Berkesan Merawat Stres Isteri

Tidur beralaskan lengan suami bukan sekadar memberikan kebahagiaan, namun turut mendatangkan banyak kelebihan kepada hubungan suami isteri

Tidur beralaskan lengan suami? Kepada pasangan yang telah berkahwin, ini mungkin menjadi rutin buat kesihatan emosi anda. Tetapi, tahukah bahawa terdapat banyak manfaat tidur beralaskan lengan suami ini. Lebih-lebih lagi ia dikatakan boleh bantu menenangkan mood isteri yang tidak menentu. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tidur beralaskan lengan mampu beri ketenangan buat si isteri
  • Tanda bahawa suami seorang pelindung dan penyayang
  • Bantu menghindari sebarang konflik dan permasalahan berterusan

Ramai isteri yang memiliki kerjaya mereka sendiri. Bukan sahaja mereka perlu menghadapi tekanan di tempat kerja, malah mereka perlu juga menguruskan hal-hal rumah pula. Biasalah mood si isteri, ada naik dan turun.

Tidur beralaskan lengan suami mampu beri ketenangan buat si isteri

Disinilah datangnya peranan seorang suami dalam membantu isteri. Bonusnya pula, bila suami dapat menenangkan isteri dengan cara yang mudah apabila si isteri tidur beralaskan lengan suami. 

tidur beralaskan lengan bantu isteri tenang

Ada juga isteri yang tidak boleh tidur kalau tak beralaskan lengan suami tau. Rasa tenang je kan? Anda tidak perlu lagi bersusah payah nak cari aroma untuk tenangkan anda. Menurut kajian yang dibuat, ketiak suami dapat membantu memenangkan isteri. Menarik bukan?

Mungkin ada beranggapan bahawa ia aroma yang kurang menyenangkan, tetapi buat isteri sendiri, bau badan dari lelaki yang dicintai tersebut adalah seperti terapi yang dapat memadam api keresahan.

Kajian turut menyatakan bahawa suami mempunyai sejenis bau yang dipanggil phero. Inilah puncanya kenapa ia dapat membantu isteri berasa tenang kerana fungsi phero adalah untuk mengaktifkan hormon isteri. 

Tanda bahawa suami seorang pelindung dan penyayang

Tidur beralaskan lengan suami satu aroma

Rasa selamat sahaja kan bila tidur beralaskan lengan pasangan? Suami yang baik adalah suami yang tak merungut bila anda tidur beralaskan lengannya.

Malah, si suami berasa gembira apabila isterinya berasa selamat apabila tidur disampingnya. Inilah tanda dan ciri-ciri seorang suami yang sangat penyayang dan mampu melindungi isterinya.

Memang kebaslah kalau dibiarkan isteri tidur lama di lengan, tetapi dek kerana cinta dan kesabaran, sayang punya pasal. Suami pun kenalah layankan sahaja!

Bantu menghindari sebarang konflik dan permasalahan berterusan

Tidur beralaskan lengan bantu hilang konflik

Tak usah gaduh lama-lama. Bila anda tidur beralaskan lengan pasangan ini, anda akan rasa perubahan yang ketara yang mana ia boleh membantu menghindari konflik atau pergaduhan daripada berpanjangan.

Elok-elok gaduh boleh terus baik kerana pastinya perbuatan ini boleh membantu kedua pasangan agar kekal mesra.

Apabila keduanya tidur bersama, marah baik si suami atau si isteri pun boleh reda dan cair dengan kemesraan yang berlaku. Itulah penangan tidur beralaskan lengan suami.

Baik si isteri ataupun suami, carilah persamaan bersama dan janganlah raikan perbezaan apabila anda bersengketa. Berbaik-baiklah demi keharmonian rumah tangga. 

Ciklapunyabelog

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Baca Juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman

Baca Juga: Kekerapan Hubungan Asmara Suami Isteri Yang Ideal Menurut Imam Al-Ghazali

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tidur Beralaskan Lengan & Bau Ketiak Suami TERBUKTI Berkesan Merawat Stres Isteri
Kongsikan:
  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

    Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

  • Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

    Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

    Resah & Sakit Semasa Seks, Jaga-Jaga Anda Mungkin Alami Faraj Terkunci/Vaginismus

  • Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

    Sudah Ada Yang Lain, Tapi Tidak Mahu Lepaskan, 5 Sebab Ini Suami Enggan Lafaz Cerai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.