X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

4 min bacaan
Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

Ibu hamil perlu sentiasa peka dengan keadaan diri mereka termasuklah jika alami tanda-tanda keguguran supaya tiada komplikasi teruk berlaku.

Lega tiada lagi alahan, tapi tahukah anda ia adalah tanda-tanda keguguran yang mungkin anda tak perasan? Mungkin bukan semua ibu hamil alaminya, tetapi peka jika anda tiada lagi alahan sedangkan sebelum itu alami alahan teruk.

Ibu hamil perlu sentiasa peka dengan keadaan kesihatan mereka supaya dapat mengesan awal sekiranya perkara pelik berlaku pada diri mereka.

Bukan untuk mendoakan yang tidak baik atau berfikir tidak baik, tetapi lebih baik mencegah daripada mengubati. Jika ibu hamil itu sendiri tahu keadaan diri mereka, adalah lebih mudah untuk mereka dapatkan rawatan awal dan menyelamatkan kandungannya.

Tanda-tanda keguguran yang mungkin ibu hamil tak perasan

Tanda-tanda keguguran

Tanda-tanda keguguran ini pada peringkat awal kadang kala ada ibu hamil yang memang tidak perasan. Tahu-tahu saja tiba-tiba gugur dan berlakunya pendarahan.

Kadang kala ada tanda awal yang mungkin muncul, tetapi ia tidak disedari oleh ibu hamil mungkin disebabkan mereka sendiri tidak peka akan tanda itu dan mereka sendiri kurang arif mengenai keadaan diri sendiri.

Jadi ada baiknya jika anda sentiasa ambil tahu mengenai keadaan kesihatan anda untuk memudahkan akan mengesan sekiranya berlaku sebarang perubahan tidak baik pada diri mereka.

Kami kongsikan kali ini tanda-tanda keguguran yang mungkin berlaku pada ibu hamil:

#1. Pendarahan

Pendarahan ketika mengandung merupakan perkara yang membimbangkan. Walaubagaimanapun, ia merupakan perkara yang normal pada awal kehamilan.

Jika berlaku pendarahan yang banyak serta terdapat perubahan pada warna darah, anda perlu rujuk kepada doktor dengan segera.

#2. Kekejangan

Kekejangan serta sakit belakang adalah normal dan sering berlaku pada ibu hamil. Namun begitu, kekejangan yang tajam dan kerap menandakan bahawa keguguran telah berlaku. Ia mungkin merupakan kontraksi dan tanda awal keguguran.

Ia rasa seperti senggugut tetapi lebih lagi menurut mereka yang pernah mengalaminya.

#3. Sakit di bahagian abdomen berterusan

Ketika mengandung, terdapat banyak perubahan yang berlaku pada tubuh badan ibu. Oleh itu, anda mungkin merasai sakit dan lenguh sekali-sekala.

Namun begitu, kesakitan yang berterusan terutama di bahagian abdomen atau bawah perut boleh menjadi salah satu tanda. Kesakitan ini boleh berlaku sebelum atas selepas pendarahan terjadi.

#4. Hilang tanda kehamilan

Seperti yang diketahui, perubahan pada badan anda menunjukkan tanda kehamilan, seperti keletihan, sakit belakang serta kerap membuang air kecil.

Jika anda terasa kembali normal tanpa tanda kehamilan, ia mungkin menunjukkan tanda keguguran. Ia berlaku kerana hormon yang mengekalkan kehamilan sudah tiada.

#5. Tiada lagi alahan

Ramai ibu hamil sering mengalami alahan, terutama ketika awal kehamilan. Alahan kebiasaannya akan berkurangan, seiring dengan usia kehamilan.

Namun, jika alahan hilang secara drastik atau tiba-tiba, anda mungkin mengalami tanda keguguran. Ibu hamil mengalami alahan disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh janin.

Oleh itu, kadar hormon tersebut menurunkan jika berlakunya keguguran kandungan lalu menyebabkan alahan anda hilang.

#6. UPT bertukar negatif

Tanda-tanda keguguran

Ujian kehamilan menyukat kadar hormon hCG, hormon yang dihasilkan dari kehamilan. Pada awal kehamilan, kadar hormon ini menaik dengan cepat lalu menunjukkan ujian kehamilan yang positif.

Jika anda mengambil ujian kehamilan buat kali kedua selepas beberapa hari, ia sepatutnya menunjukkan positif. Jika negatif, anda bukan sahaja berisiko malahan kandungan luar rahim. Ia kerana paras hormon hCG yang rendah salah satu merupakan sebab.

#7. Tiada degupan jantung bayi

Tanda-tanda keguguran

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Degupan jantung bayi merupakan tanda penting untuk memastikan bayi dalam keadaan baik. Kebiasaannya, denyutan jantung bayi boleh dikesan melalui imbasan ultrasound.

Jika anda mengalami salah satu tanda yang disebutkan tadi, denyutan jantung bayi boleh memberikan kepastian. Jika denyutan jantung bayi tidak dapat dikesan, ia mungkin tanda bahawa bayi telah gugur dan tidak berkembang.

Jadi jika anda mengesan tanda-tanda keguguran yang mungkin anda alami, seeloknya segeralah berjumpa doktor bagi memastikan keadaan yang sebenar. Jangan berlengah ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 sebab keguguran dan cara mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham