TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Fasha Sandha Keguguran Akibat Terlalu Lasak, Ibu Tahu Apa Rawatan Lepas Keguguran?

3 min bacaan
Fasha Sandha Keguguran Akibat Terlalu Lasak, Ibu Tahu Apa Rawatan Lepas Keguguran?

Fasha mengakui dirinya terlalu lasak semasa awal kehamilannya...

Keguguran, juga dikenali sebagai pengguguran spontan dan kehilangan kehamilan, adalah kematian semula jadi embrio atau janin sebelum dapat bertahan hidup secara sendiri. Wanita yang mengalami keadaan ini perlu mengambil tahu langkah selamat untuk dilakukan selepas keguguran terjadi.

Mana-mana wanita yang hamil pastinya tidak mahukan berlakunya keguguran terhadap kandungan mereka. Namun sesetengah wanita akan mengalaminya, dan ini yang berlaku kepada salah seorang selebriti Fasha Sandha baru-baru ini.

selepas keguguran, fasha sandha, fasha sandha keguguran, keguguran awal kehamilan, hamil muda keguguran, keguguran, fasha sandha gugur, gugur anak pertama, gugur kandungan 1 bulan, keguguran akibat terlalu aktif

Fasha Sandha Keguguran Akibat Terlalu Lasak

Hasrat Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila kandungannya gugur pada usia sebulan.

Pastinya ini berita menyedihkan buat pasangan pengantin baru tersebut, tambahan lagi apabila Fasha mengumumkan perkara tersebut pada Syawal ke 6 semasa masyarakat masih menyambut hari lebaran.

Fasha bagaimanapun mengakui kemungkinan keguguran berlaku kerana dia tidak mendengar nasihat doktor, masih melakukan aktiviti lasak ketika awal kandungan.

selepas keguguran, fasha sandha, fasha sandha keguguran, keguguran awal kehamilan, hamil muda keguguran, keguguran, fasha sandha gugur, gugur anak pertama, gugur kandungan 1 bulan, keguguran akibat terlalu aktif

“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja, sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu,” katanya dalam entri Instagram yang dimuat naik bersama foto ketika pemeriksaan kesihatan.”

Semoga Fasha dan pasangannya tabah menghadapi dugaan ini.

Rawatan Selepas Keguguran

Apabila berlaku keguguran, kebanyakkan wanita tidak tahu tindakan apa yang perlu dilakukan selepas mengalami pendarahan yang banyak.

Jalan terbaik selepas yang mengesyaki anda keguguran adalah dengan pergi ke klinik atau hospital dengan kadar segera dimana pakar perubatan akan melakukan kaedah berikut:

  1. Pemerhatian (observation) – kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).
  2. Rawatan perubatan– sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut
  3. Rawatan Pembedahan– prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.

Tips Jaga Kesihatan Selepas Keguguran

selepas keguguran, fasha sandha, fasha sandha keguguran, keguguran awal kehamilan, hamil muda keguguran, keguguran, fasha sandha gugur, gugur anak pertama, gugur kandungan 1 bulan, keguguran akibat terlalu aktif

Wanita yang keguguran selalunya akan mengambil tahu tentang proses berpantang. Selain melakukan pantang, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh wanita yang baru keguguran bagi memastikan badan sihat sepenuhnya.

  • Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu.
  • Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba untuk mendapatkan zuriat lagi.
  • Namun sekiranya anda mahu merancang kehamilan, perlu diketahui yang tiada masalah jika anda mahu mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran.
  • Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).
  • Bagi ibu yang berdarah Rh negative- pula, RhoGam® perlu diberikan supaya mengurangkan risiko keguguran untuk kandungan yang akan datang.

Semoga bermanfaat.

Berapa lama selepas keguguran boleh mencuba mendapatkan zuriat lagi?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: IG Fasha Sandha/myhealth.gov

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkeguguran-di-awal-kehamilan-penyebab-dan-tanda-tanda-yang-anda-patut-tahu/

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Fasha Sandha Keguguran Akibat Terlalu Lasak, Ibu Tahu Apa Rawatan Lepas Keguguran?
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham