Siapa sangka kehadiran nyawa yang dititipkan untuk beberapa hari atau bulan akan hilang begitu sahaja setelah keluarnya darah gugur tanpa anda sedari.
Tidak dinafikan, melihat timbulnya dua garisan pada alat penguji kehamilan, pasti anda dan suami sangat gembira kerana bakal menerima kehadiran orang baru sebagai bukti cinta yang telah terbina.
Keluar darah gugur
credit to sources
Situasi darah gugur keluar melalui faraj ketika anda hamil menjadi petanda bahawa janin yang dikandung masih boleh diselamatkan ataupun sebaliknya.
Apa yang penting, proses selepas keguguran perlu diberikan lebih perhatian untuk seorang ibu menempuhi hari-hari mendatang dengan penuh semangat yang baru dan melupakan segala detik hitam ini.
Menurut Persatuan Kehamilan Amerika mengatakan sekiranya seseorang mengalami keguguran, bahagian tubuh badan mengalami kejutan dan ketegangan sehingga memerlukan tempoh yang agak panjang untuk mengembalikan semula kekuatan rahim dan fizikal.
Kesan kehilangan janin
#1. Keluar darah gugur melalui faraj
Dari pendarahan sedikit bertukar menjadi banyak ketika anda mengandung adalah suatu perkara yang tidak normal dan berbahaya. Ia kebiasaannya keluar darah gugur lebih kurang seminggu atau dua bergantung kepada ibu yang mengalaminya.
Justeru, anda hendaklah sentiasa mengutamakan kebersihan seperti kerapa mandi dan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dengan baik.
#2. Risiko jangkitan
Jangkitan boleh berlaku apabila tisu janin tidak hilang sepenuhnya dari rahim selepas keguguran. Ia boleh dirawat dengan antibiotik atau pembedahan.
Risiko jangkitan boleh dikurangkan dengan mengelakkan hubungan seks untuk tempoh yang disyorkan atau berenang di dalam kolam.
#3. Kesakitan
credit to sources
Tubuh terutamanya rahim melalui pengalaman trauma sehingga mendatangkan kesakitan dan kekejangan abdomen yang teruk selepas keguguran.
Dalam hal ini, anda perlu memastikan rehat yang mencukupi selepas kehilangan. Elakkan diri dari melakukan sebarang aktiviti fizikal di rumah seperti mengangkat barang berat atau naik turun tangga.
#4. Keguguran tidak lengkap
Keguguran tidak lengkap adalah agak biasa dan memerlukan ubat untuk merangsang kontraksi rahim dan membantu membersihkan kandungan yang tersisa.
Dalam sesetengah kes, prosedur pembedahan (D & C) adalah perlu. Pendarahan hanya berhenti apabila semua tisu dibuang dan rahim kembali kepada saiz normal.
#5. Pengeluaran susu badan
Kadang-kadang badan tidak menyedari bahawa anda telah kehilangan bayi dan susu badan tetap terhasil. Wanita yang berdepan dengan keguguran dikatakan memiliki bekalan susu yang banyak dan ia berlaku pada tempoh yang lama.
Dalam hal ini, elakkan mandi air panas kerana ia boleh merangsang proses penghasilan susu. Anda juga disarankan memakai bra sokongan dan mengambil ubat tahan sakit bagi membantu melegakan bengkak dan kesakitan.
Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin memberi ubat untuk menyekat laktasi bergantung kepada keadaan anda.
Sesetengah wanita mendermakan susu ibu selepas bayi dilahirkan meninggal atau keguguran sebagai sebahagian langkah penyembuhan buat mereka.
Menjaga kesihatan mental
credit to sources
Pastinya kehilangan bayi di dalam kandungan memberikan campuran sejuta perasaan sebagai ibu. Anda mungkin mengalami trauma, terkejut, sedih, kecewa atau murung untuk menerima setiap takdir yang telah ditetapkan.
Proses pemulihan fizikal dan mental selepas keguguran boleh dilakukan dengan langkah ini:
#1. Jangan menyalahkan diri sendiri
Keguguran terjadi kerana kelainan kromosom dan fenomena yang tidak dapat dijelaskan. Anda mesti berhenti menyalahkan diri sendiri dan teruskan kehidupan seperti ibu ayah yang terbaik.
#2. Rujukan doktor
Doktor adalah orang yang tepat untuk anda mendapatkan sebarang maklumat perubatan.
Mereka boleh memberikan pemahaman mengapa ujian ini terjadi kepada diri anda dan menyatakan langkah seterusnya yang anda perlu lakukan selepas keguguran.
Doktor boleh menjelaskan kepada anda sama ada ia adalah masalah dalam rahim atau ovari, rawatan terbaik untuk pulih dan apa yang boleh anda elakkan dalam kehamilan yang akan datang.
#3. Elakkan tertumpu pada tekanan
Anda perlu mengalihkan tumpuan kepada perkara yang lebih positif seperti menonton filem kegemaran anda, keluar membeli-belah atau bersiar-siar.
Bukan itu sahaja, anda juga perlu meluahkan perasaan kepada pasangan, ahli keluarga atau kumpulan sokongan bagi mengelakkan anda bersendirian.
Sentiasalah berbicara dengan mereka bagi berkongsi pengalaman dan penderitaan anda untuk berhadapan dengan situasi kehilangan.
Langkah berjaga-jaga selepas keguguran
#1. Tunggu sebelum anda hamil lagi
#2. Mengelakkan alkohol dan merokok semasa hamil dan semasa anda cuba hamil. Hadkan pengambilan kafein juga.
#3. Amalkan pengambilan vitamin pranatal dan asid folik
#4. Selalu periksa suhu badan jika anda hamil atau baru mengalami keguguran. Jangan mengabaikan sebarang tanda jangkitan seperti demam tinggi atau faraj berbau busuk.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-menangani-dan-mengatasi-keguguran
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!