X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

9 cara menangani kesedihan lepas keguguran - suami isteri saling memerlukan

4 min bacaan
9 cara menangani kesedihan lepas keguguran - suami isteri saling memerlukan9 cara menangani kesedihan lepas keguguran - suami isteri saling memerlukan

Keguguran memang sangat menyedihkan tak kira bila dan bagaimana ia berlaku. Jadi, harapnya dengan cadangan ini anda boleh menghadapinya dengan lebih baik.

Keguguran memang menyedihkan. Tak kiralah bagaimana ia berlaku atau apa penyebabnya.

Tapi percayalah, masa akan menyembuhkan rasa kehilangan ini. Beri peluang pada diri anda untuk bersedih dan menerima apa yang berlaku.

Faham bagaimana proses kesedihan selepas keguguran berlaku

keguguran, mengatasi keguguran, punca keguguran, keguguran anak, menangani keguguran, kesan keguguran

Untuk pulih dari kesedihan yang anda alami, anda perlu memahami apakah emosi yang anda rasakan selepas anda keguguran. Proses ini termasuklah:

Penafian – Pada awalnya, memang sukar untuk anda terima apa yang berlaku. Anda mungkin masih terkejut dan tak percaya.

Bersalah – Anda mungkin akan fikir, jika ada yang boleh anda lakukan untuk elak perkara ini dari terjadi.

Marah – Tak kira apa sebab perkara ini terjadi, anda mungkin akan marah pada diri anda, pasangan anda, doktor anda atau takdir. Anda juga akan marah dengan ketidakadilan yang berlaku.

Depresi – Anda mungkin akan mengalami simptom depresi – seperti hilang minat pada aktiviti normal, selera makan dan tidur berubah, susah untuk fokus atau membuat keputusan.

Cemburu – Anda mungkin akan cemburu dengan pasangan yang bakal mendapat anak dan rasa seperti tak kira mana anda pandang anda akan melihat wanita mengandung atau bayi.

Kerinduan – Anda mungkin akan rasa kerinduan dan keinginan yang mendalam untuk bersama dengan anak anda. Anda juga mungkin akan membayangkan apa yang akan anda lakukan dengan anak anda.

Pasangan anda, termasuk ibu dan bapa anda akan merasai emosi yang sama.
 
Proses ini mengambil masa dan mungkin beberapa emosi akan berlalu dengan cepat atau akan bertahan lebih lama.
Jika ada beberapa situasi yang akan buat bersedih seperti menghadiri akikah atau majlis hari jadi anak orang lain, tak apa. Anda boleh elakkan diri anda dari situasi ini sehingga anda betul-betul bersedia.

9 cara untuk sembuh dari luka di hati selepas keguguran

keguguran, mengatasi keguguran, punca keguguran, keguguran anak, menangani keguguran, kesan keguguran

Ini adalah beberapa cadangan untuk buat proses penyembuhan anda menjadi lebih mudah. Pilih mana yang anda rasa boleh membantu anda.

1. Buat keputusan

Rakan dan orang yang anda sayang mungkin akan cadangkan anda untuk membuang semua barang yang akan ingatkan anda pada bayi anda seperti baju mengandung atau barang bayi.

Tapi, ini bergantung pada anda. Jika anda belum bersedia, ambil sebanyak masa yang anda perlukan.

2. Cipta memori 

Anda mungkin mahu menamakan bayi anda.

Anda mungkin juga akan rasa membuat barang kemas dengan nama mereka atau tanam pokok atau perkara lain yang boleh mengingatkan anda kepada anak anda. Mungkin ia boleh membantu anda untuk sembuh.

3. Ambil masa

Ada hari yang akan lebih baik dari hari yang lain. Jika anda tak boleh nak memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, fokus saja dengan masa sekarang.

Jika boleh, jangan buat keputusan yang besar seperti tukar kerja atau pindah rumah.

4. Jaga diri

Dapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang sihat dan bersenam. Jangan alihkan diri anda dengan perkara yang tak sihat seperti merokok atau minum arak untuk meredakan rasa sakit. 

5. Bincang dengan pasangan

Jangan harapkan pasangan anda untuk bersedih sama dengan cara anda bersedih. Salah seorang dari anda mungkin mahu bercakap tentang apa yang berlaku atau meluahkan emosi mereka dan ada juga yang lebih senang untuk berdiam diri.

Jujur dengan diri masing-masing tentang cara anda menghadapi kesedihan.

Untuk suami, ini apa yang boleh anda lakukan:

keguguran, mengatasi keguguran, punca keguguran, keguguran anak, menangani keguguran, kesan keguguran

1. Bersikap terbuka

Anda mungkin rasa yang anda perlu menjadi kuat untuk isteri anda dengan menyembunyikan kesedihan anda.

Tapi ini boleh menyebabkan anda dan pasangan menjadi lebih jauh. Jadi, jujur dengan pasangan dengan kongsi perasaan anda. Ini akan membantu anda dan pasangan untuk memahami perasaan yang anda rasai.

2. Jangan menilai pasangan anda

Semua orang mempunyai cara yang berbeza dalam menghadapi perkara ini. Jika pasangan anda kelihatan seperti dah melupakan kesedihan dan anda belum, jangan nilai mereka.

3. Cari bantuan

Anda mungkin tak tahu apa yang anda perlu lakukan untuk menyokong isteri anda. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan pakar atau pertolongan dari pasangan yang pernah mengalami perkara yang sama.

4. Jangan salahkan isteri anda

Anda dan isteri anda adalah satu kumpulan yang sama. Beritahu isteri anda yang anda sayang mereka dan terus menyokong mereka untuk sama-sama pulih dari kehilangan ini.

Ramai wanita yang mengalami keguguran akan terus cuba untuk mendapatkan anak semula.
 
Apabila rasa sakit dan sedih anda hilang, anda dan pasangan boleh berbincang untuk mencuba lagi. Mengandung semula dapat menyembuhkan kesedihan anda dan beri harapan untuk anda.

Kami di theAsianparent Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan anda dan mengharapkan agar anda sentiasa kuat untuk menjalani segala cabaran. ANDA KUAT!

 

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mayo Clinic

Baca lagi:

Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 9 cara menangani kesedihan lepas keguguran - suami isteri saling memerlukan
Kongsikan:
  • Cara Mengelak Keguguran Dari Berlaku Di Awal Kandungan, Ini Masa Yang Tepat Untuk Jaga Kehamilan

    Cara Mengelak Keguguran Dari Berlaku Di Awal Kandungan, Ini Masa Yang Tepat Untuk Jaga Kehamilan

  • Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran, Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius!

    Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran, Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Cara Mengelak Keguguran Dari Berlaku Di Awal Kandungan, Ini Masa Yang Tepat Untuk Jaga Kehamilan

    Cara Mengelak Keguguran Dari Berlaku Di Awal Kandungan, Ini Masa Yang Tepat Untuk Jaga Kehamilan

  • Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran, Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius!

    Bahaya Makan Pil Untuk Keguguran, Boleh Menyebabkan Pendarahan Serius!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.