7 Jenis Alergi Kulit Ketika Hamil Boleh Mempengaruhi Janin, Ini Yang Ibu Wajib Tahu!

Jenis alergi kulit ketika mengandung membuatkan ibu berasa stres dan risau. Perubahan hormon ini turut memberi kesan terhadap janin dalam kandungan

Selain berdepan masalah mual dan muntah, beberapa jenis alergi kulit ketika hamil turut menjadi perkara yang tidak menyenangkan. Meskipun ia bukanlah serius, keadaan ini boleh menyebabkan ibu kurang keyakinan diri dan menganggu aktiviti seharian.

Ada banyak sebab berlakunya alergi pada kulit. Salah satunya disebabkan oleh perubahan kadar hormon dan imunisasi badan. Biasanya kulit akan menjadi kemerah-merahan, terasa gatal dan seterusnya menjangkiti ke bahagian tubuh yang lain.

Jenis alergi kulit ketika mengandung

credit to sources

#1. Prurigo

Secara faktanya, hanya 1 daripada 300 orang akan mengalami Prurigo ketika mengandung yang merupakan salah satu jenis alergi kulit. Ia adalah keadaan di mana terdapatnya benjolan atau bintik kecil pada bahagian kulit lengan, kaki dan perut.

Benjolan ini biasanya disertai bersama rasa gatal sehingga membuatkan ibu tidak selesa. Prurigo ini boleh terjadi bila-bila masa sahaja dari trimester pertama sehinggalah beberapa bulan setelah melahirkan bayi.

#2. Pruritic Urticarial Papules and Palques of Pregnancy (PUPP)

Jenis alergi kulit ini akan memunculkan ruam dan rasa gatal. Bintik merah akan timbul dan berkembang pada saat usia kehamilan anda memasuki trimester ketiga, namun ada juga yang mengalaminya lebih awal.

Antara penyebab ia berlaku adalah:

  • Tubuh terlalu kurus ketika mengandung
  • Keadaan kulit yang sangat kering
  • Kulit kurang hidrasi dengan baik

#3. Herpes Gestationis (alahan kulit semasa mengandung jarang berlaku)

Herpes gestationis boleh menyerang ibu mengandung dan termasuk dalam salah satu penyakit autoimun yang jarang berlaku. Ia menyerang 1 daripada 50 000 orang dan biasanya alergi kulit jenis ini muncul pada trimester kedua atau ketiga.

Bukan itu sahaja, ia boleh menyerang kembali pada kehamilan yang seterusnya. Secara umum alahan kulit jenis ini muncul tiba-tiba pada sekitar perut. Namun perlu berjaga-jaga kerana ia boleh tersebar ke bahagian lain dalam waktu singkat.

Sekiranya ibu menghadapi masalah ini, dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik kerana ia boleh mempengaruhi berat bayi lahir rendah dan kelahiran pramatang.

#4. Folikulitis Pruritus

credit to sources

Folikulitis pruritus atau pruritic folliculitis merupakan masalah kulit ibu hamil yang terjadi akibat radang folikel sehingga menimbulkan masalah reaksi ruam dan kegatalan.

Jenis penyakit alahan ini bermula menyerupai jerawat yang mengandungi nanah dan boleh merebak ke kawasan tubuh lain. Ia memiliki warna kemerahan muncul di bahagian perut, lengan, dada dan belakang.

Biasanya, ia belaku pada trimester kehamilan kedua dan ketiga dan mungkin akan bertambah teruk jika anda terus menggaru. Penyebab sebenarnya masalah kulit ini tidak diketahui, ia akan menghilang dengan sendiri selepas bersalin dan tidak memberikan apa-apa kesan pada janin.

#5. Psoriasis pustular

Ia termasuklah salah satu jenis radang kulit yang ditandai dengan kemunculan bintil pustula. Keadaan ini boleh terjadi ketika mengandung menjelang akhir trimester kedua.

Ruam akan muncul di mana sahaja bahagian tubuh dan menyebabkan kulit kemerahan, radang dan berkerak. Selain itu, ibu turut berdepan gejala lain seperti mual, muntah, demam, diare dan masalah kelenjar.

Psoriasis pustular ini berkait dengan penyakit lain seperti diabetes, kardiovaskular dan tekanan pada ibu mengandung. Bukan itu sahaja, jangkitan kulit, kecederaan seperti luka terbakar atau tergores dan pengambilan ubat tertentu turut menyebabkan alergi ini.

#6. Alergi kulit ketika hamil yang berbahaya: Intrahepatic Cholestasis of Pregnancy (ICP)

credit to sources

ICP merupakan salah satu masalah kesihatan yang terjadi pada ibu hamil. Biasanya berlaku ketika memasuki trimester terakhir disebabkan oleh cecair hempedu merosakkan fungsi hati. Ia disebabkan oleh perubahan hormon.

Rasa gatal yang teruk akan menimbulkan lebih banyak ruam. Ia bermula dari telapak tangan, tersebar pada kaki dan seterusnya anggota tubuh lain. Gejala lain mungkin muncul seperti kulit dan mata menjadi kuning serta sukar melelapkan mata.

Ibu dinasihatkan untuk tidak menganggap masalah ini remeh kerana ia boleh membawa risiko kelahiran pramatang dan bayi lahir mati. Bukan itu sahaja, ibu yang menderita ICP turut merisikokan bayi dengan memilliki detak jantung lambat dan kekurangan oksigen ketika bersalin.

#7. Hives

Hives termasuk dalam kelompok bintik merah yang muncul secara tiba-tiba pada permukaan kulit menyebabkan rasa gatal. Dalam beberapa kes, anda mungkin merasai sensasi seperti terbakar atau menyengat.

Kegatalan ini muncul dan menghilang dalam beberapa hari atau sehingga 6 minggu. Ia adalah kerana histamin dalam tubuh memberikan respon terhadap tekanan emosi, perubahan hormon dan infeksi. Masalah ini turut berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan, gigitan serangga, debu atau alergen lain.

Sumber: Penulis asal Erinintyani. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comalergi-protein