Semakin ramai yang mempunyai kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan insurans. Namun tahukah anda jenis jenis insurans yang ada di Malaysia?
Walaupun kesedaran semakin tinggi, namun tidak kurang juga yang menganggapnya pembaziran. Kata mereka, untuk apa bayar untuk sesuatu perkara yang belum pasti. Lebih-lebih lagi untuk manfaat orang lain.
Namun tahukah anda bahawa memiliki beberapa jenis insurans adalah sangat penting bagi melindungi diri jika berlaku sesuatu pada masa akan datang.
Jenis Jenis Insurans Perlindungan Untuk Anda & Keluarga
1. Insurans Kesihatan & Perubatan
Sakit atau kecelakaan adalah sesuatu yang sukar dijangka. Dengan memiliki insurans kesihatan dan perubatan sekurang-kurangnya boleh ringankan atau kurangkan beban kewangan sekiranya anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Secara asasnya, memiliki insurans perubatan boleh membantu memberikan perlindungan kewangan ia boleh mengelakkan anda daripada membayar kos perubatan yang tinggi terutamanya di hospital swasta.
Jika anda dimasukkan ke hospital, kad perubatan atau medical card yang anda miliki boleh menampung kos rawatan anda. Kos rawatan di hospital swasta khususnya boleh menelan belanja yang sangat mahal dan tinggi.
2. Jenis Jenis Insurans – Insurans Rumah
Insurans hartanah secara umumnya boleh mengurangkan kerugian yang dialami oleh pemilik kediaman sekiranya berlaku sesuatu bencana alam seperti rumah ditenggelami banjir, terbakar, dilanda ribut petir dan sebagainya.
3. Insurans Perjalanan
Insurans perjalanan boleh melindungi anda daripada sebarang risiko atau kerugian kewangan sebelum atau semasa anda melancong.
Meskipun anda sudah memiliki insurans perubatan, anda masih digalakkan untuk mendapatkan insurans perjalanan sebelum mula bercuti. Ini kerana, kedua-dua insurans perjalanan dan insurans perubatan menawarkan kelebihan dan manfaat yang tersendiri.
Berbeza dengan insurans perubatan, insurans perjalanan menawarkan lebih banyak perlindungan daripada risiko-risiko yang mungkin berlaku ketika bercuti terutama di luar negara.
4. Insurans Kereta & Insurans Motor
Jika anda pemilik kereta atau motosikal, anda mungkin sudah tahu kepentingan insurans dan terbiasa dengan pembelian insurans. Ini kerana, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia memiliki kereta atau motor.
Sekiranya kereta anda rosak akibat kemalangan, perlindungan insurans kereta atau insurans motor boleh mengelakkan anda daripada terbeban dengan kos pembaikan yang tinggi.
Jangan lupa masukkan perlindungan peril khas atau special perils sebagai perlindungan tambahan selain perlindungan polisi asas yang khas untuk melindungi kenderaan anda daripada sebarang risiko kehilangan atau kerosakan. Terutamanya kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perlindungan Insurans Untuk Bayi Sejak Hamil? Ini 4 Pelan Insurans Materniti Terbaik Untuk Anda!
Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Plus Online Untuk Anak, Banyak Faedah Termasuk Insurans
Baca juga: 9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!