X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!

3 min bacaan
Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!

Ini jenis pil perancang yang baik untuk ibu bagi mencegah kehamilan terutama apabila anda baru saja melahirkan bayi maka langkah pencegahan boleh dimulakan.

Anda tahu tak jenis pil perancang yang sesuai dan selamat? Ramai ibu yang baru lepas bersalin risau nak ambil ubat cegah kehamilan ini kerana takut kalau ia boleh menggemukkan. Eh, betul ke makan pil perancang boleh naikkan berat badan?

Sebelum itu, anda perlu faham perancangan keluarga merupakan kaedah yang berkesan bagi mengawal jumlah kelahiran anak dalam tempoh masa tertentu.

Sebab itu, perancangan keluarga ini telah dibenarkan kepada pasangan suami isteri untuk merancang kehidupan berkeluarga dengan lebih baik.

Antara kaedah yang sering dilakukan adalah seperti pil perancang, ‘Intrauterine contraceptive device’ atau IUCD, suntikan, pemakaian kondom dan pemakaian implan di bawah kulit.

Kelebihan ambil pil perancang

pil perancang

Salah satu kaedah yang mudah untuk merancang kehamilan adalah dengan makan pil perancang dan yang paling popular di kalangan ibu adalah pil Yasmin.

Biasanya kita dengar orang takut nak makan pil sebab ada uar-uar yang mengatakan makan pil perancang boleh buatkan berat badan naik dua kali ganda. Amboi, ya ke?

Kalau nak tahu, pil perancang bukan cegah kehamilan saja tapi ada juga kelebihan lain seperti ini:

  • Mengurangkan senggugut
  • Menurunkan kadar jerawat dan kulit berminyak
  • Kurangkan sindrom PMS
  • Bantu kitaran haid jadi lebih teratur
  • Mengurangkan risiko ovarian cyst
  • Melegakan sakit semasa ovulasi
  • Meredakan produksi hormon androgen

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh terjadi sekiranya anda menggunakan pil perancang seperti di bawah:

  • Pendarahan pada tengah kitaran haid
  • Mual-mual
  • Rasa sakit di bahagian payudara
  • Pening dan migrain
  • Perubahan emosi yang tidak menentu
  • Tidak datang haid selepas suntikan perancang
  • Kurang rangsangan seksual
  • Keluar cecair dari faraj

Benarkah pil perancang boleh buat ibu jadi gemuk?

Menurut laman web Doctor On Call, tiada kajian spesifik yang menunjukkan kaitan antara pil dan berat badan. Namun terdapat satu review dilihat adanya peningkatan sebanyak dua kilogram dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas mengambilnya.

4 jenis pil perancang yang popular buat wanita

– Norriday

Ia mengandungi Norethisterone iaitu hanya ada dalam kategori progesterone sahaja.

– Marvelon

pil rancang keluarga

Mengandungi Desogestrel 150 mcg, Ethinylestradiol 30 mcg. Kategori pil perancang yang ada gabungan estrogen dan progesterone.

– Nordette

Terkandung Levonorgestrel 150 mcg, Ethinylestradiol 30 mcg dan Ethinylestradiol 30 mcg. Malah ia mempunyai gabungan estrogen dan progesterone.

– Yasmin

perancang keluarga

Mengandungi Drospirenone 3 mg, Ethinyloestradiol 0.03 mg. Turut ada gabungan estrogen dan progesterone.

Cara makan bergantung pada jenis pil namun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi menentukan ubat perancang yang sesuai untuk anda.

****

Untuk dapatkan maklumat tentang pil perancang bersama ibu bapa yang lain anda boleh berkongsi pendapat dalam aplikasi theAsianparent.

Bukan topik itu saja yang boleh dikupas tapi banyak lagi maklumat lain yang anda boleh perolehi dalam aplikasi ini seperti kehamilan, perkembangan bayi, makanan anak, penyusuan, persekolahan dan banyak lagi.

Apa kata anda mula download hari ini dan gunakannya dengan sehabis baik. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Semoga bermanfaat. 

Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Artikel ini disadur dari Doctor On Call, atas kebenaran mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!
Kongsikan:
  • Ini Pil Perancang Yang Selamat Dimakan Ibu Menyusu, Susu Takkan Terjejas!

    Ini Pil Perancang Yang Selamat Dimakan Ibu Menyusu, Susu Takkan Terjejas!

  • 3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

    3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ini Pil Perancang Yang Selamat Dimakan Ibu Menyusu, Susu Takkan Terjejas!

    Ini Pil Perancang Yang Selamat Dimakan Ibu Menyusu, Susu Takkan Terjejas!

  • 3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

    3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.