Memandangkan episod penularan wabak Covid-19 masih belum berakhir di seluruh dunia, setiap lapisan masyarakat telah diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Bagi anak kecil, ibu ayah perlulah mendapatkan jenis topeng muka selesa dan selamat ketika digunakan.
Di luar negara, serangan Covid-19 mengganas tanpa mengira usia sehingga mencatatkan korban paling muda iaitu seorang bayi. Satu kajian baru yang diterbitkan dalam Journal of Pediatrics menunjukkan bahawa mereka berupaya menjadi pembawa jangkitan senyap dalam kalangan masyarakat.
Jenis topeng muka sesuai untuk bayi dan kanak-kanak: Face mask atau face shield?
Bahagian terbaik mengenai penggunaan pelindung wajah yang betul adalah ia mampu mencegah si manja dari menyentuh wajah dan menyebarkan kuman.
Ini antara masalah yang sukar dielakkan kerana anak sedang membesar biasanya lebih aktif meneroka dunia dan bermain. Walau bagaimanapun, face shield adalah jauh lebih selesa dan senang untuk digunakan. Ia dapat memberikan perlindungan pada bahagian mata untuk mencegah kemasukan virus dari membran mukosa.
Bukan itu sahaja, face shield juga boleh dicuci dengan mudah, dipakai semula dan paling penting amat berguna untuk anak-anak yang mempunyai keperluan khas atau masalah pembelajaran lain.
Salah satu cara untuk lebih berkesan adalah ibu ayah turut memakaikan face shield bersama face mask untuk mencegah titisan pernafasan tersebar secara mudah dari orang yang bergejala atau pembawa virus senyap. Walau bagaimanapun, pelindung muka tidak dikhususkan untuk bayi dan bayi kerana ia TIDAK disyorkan oleh CDC.
Sejauh manakah ia berkesan dalam mencegah penularan Covid-19?
Jenis topeng muka menutup mulut dan hidung (face mask) dipercayai dapat melindungi lebih berkesan, pelindung wajah (face shield) pula bertindak sebagai pelindung telus pada seluruh wajah.
Dalam hal ini, penggunaan face shield lebih mudah berbanding dengan face mask kerana ia lebih selesa untuk tujuan pernafasan dan komunikasi. Jika salah penggunaan, ia akan menjadi kurang efektif dalam mencegah wabak Covid-19.
Menurut cadangan CDC, jika masyarakat hanya memakai pelindung wajah tanpa face mask, mereka perlu menutup sisi wajah sehingga ke bahagian dagu.
Hal yang cukup penting adalah menjaga keselamatan anak-anak daripada penularan novel Coronavirus dengan menggunakan alat pelindung wajah yang disertai dengan amalan kebersihan diri. Topeng muka (face mask) dapat memberikan perlindungan terbaik berbanding dengan pelindung wajah (face shield).
Walau bagaimanapun, anak yang masih kecil pastinya akan berasa kurang selesa jika perlu memakai face mask untuk jangka masa yang lama.
Mungkin pada awalnya mereka akan baik-baik sahaja, namun terpaksa membukanya setelah rimas atau panas. Kebanyakan sekolah dan pusat jagaan turut mewajibkan penggunaannya agar risiko penularan dapat dikurangkan.
Kanak-kanak bawah usia 2 tahun tidak sesuai pakai pelitup muka
Menurut Pakar Pediatrik dan Pensyarah Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Yusoff Mohd Ramdzan, menjelaskan golongan bayi dan kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak digalakkan memakai topeng muka. Hal ini adalah kerana:
- Cenderung untuk mengalami kesukaran bernafas.
- Apabila rimas, mereka akan cuba untuk menanggalkan topeng muka tapi akan gagal kerana perkembangan motor halus (tangan dan jari) masih belum matang.
- Topeng muka yang longgar tidak memberikan pelindungan sepenuhnya, manakala pemakaian terlalu ketat membuatkan anak kecil lemas.
- Anak mungkin akan meraba-raba bahagian muka ketika berasa tidak selesa. Tangan yang kotor akan menyebabkan virus lebih mudah merebak.
Langkah bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti wabak
Menurut Dr. Yusoff, sebagai langkah pencegahan bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, mereka sebenarnya tidak memerlukan topeng muka, namun ibu ayah perlu memastikan:
1. Duduk di rumah jika tidak ada sebab kukuh untuk keluar.
2. Amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter jika keluar rumah.
3, Untuk bayi kecil, dibolehkan menutup carrier mereka dengan kain (bukan menutup muka bayi) semasa keluar. Perbuatan ini hanya dibolehkan dalam keadaan di mana bayi boleh diperiksa serta-merta sahaja. Jangan tinggalkan bayi dalam keadaan mereka tidak boleh dilihat secara langsung.
2. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer mengandungi alkohol 60-70 peratus.
Sumber: Times of India, Sinar plus
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjual-barang-online