11 Suntikan Vaksin Ini WAJIB Diambil Oleh Anak-Anak Supaya Tidak Mudah Jatuh Sakit

Dalam memastikan tubuh badan kekal sihat, ibu ayah hendaklah mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis vaksin yang perlu diberikan untuk anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu perkara berlaku, begitu juga dengan penggunaan jenis vaksin atau imunisasi. Di Malaysia, inisiatif ini diambil oleh kerajaan bagi melindungi kesihatan setiap penduduk agar bebas dari serangan pelbagai penyakit.

Ia termasuklah dengan pemberian suntikan beberapa jenis kepada bayi secara percuma untuk setiap kelahiran.

Jenis vaksin yang perlu diambil oleh anak-anak

Adakah ibu ayah tahu bahawa kebanyakan harga vaksin sebenarnya boleh mencecah ratusan ringgit sekiranya ia tidak disediakan secara percuma?

Meskipun ia diberikan tanpa sebarang bayaran, tidak bermakna tidak berkualiti atau berharga.

Anda mungkin akan terkejut jika mengetahui harganya yang sebenar. Berikut adalah beberapa jenis vaksin dan anggaran harga bagi setiap satu suntikan:

#1. Vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vaksin BCG berfungsi sebagai memberikan perlindungan atau imuniti kepada tubuh daripada penyakit tuberkukulosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering.

Bayi yang baru lahir akan diberikan suntikan vaksin BCG ini selepas kelahiran.

#2. Vaksin Hepatitis B

Secara umumnya, Hepatitis B adalah sejenis penyakit hai yang menyebabkan kesakitan bersifat ringan selama beberapa minggu atau mungkin menyebabkan ia lebih serius serta berpanjangan.

Vaksin untuk bayi: Untuk bayi, suntikan Hepatitis B ini akan diberikan sebanyak 3 kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Dos pertama akan diberikan ketika bayi dilahirkan.
  • Dos kedua pada bulan pertama kelahiran.
  • Manakala, dos ketiga akan diberikan pada bulan ke-6 kelahiran.

Vaksin orang dewasa: 3 dos suntikan disarankan untuk diambil

  • Dos pertama pada tarikh yang dipilih.
  • Dos kedua selepas tempoh sebulan daripada tarikh pertama
  • Dose ketiga selepas 6 bulan daripada tarikh pertama.
  • Anggaran harga vaksin ini ialah sebanyak RM50 bagi setiap suntikan.

#3. Vaksin DTap ( Difteria, Tetanus & Pertussis)

Vaksin untuk bayi: 3 suntikan dan ada suntikan tambahan lain

  • Suntikan pertama diberikann bulan ke-2 kelahiran
  • Suntikan kedua pada bulan ke-3 kelahiran
  • Suntikan ketiga pada bulan ke-5 kelahiran
  • 1 suntikan tambahan diberikan pada bulan ke-18 kelahiran
  • Kanak-kanak 7 tahun dan remaja 15 tahun akan diberikan suntikan tambahan vaksin difteria dan tetanus

Vaksin dewasa: Individu dewasa disarankan untuk mengambil suntikan ini setiap 10 tahun. Ia biasanya akan ditawarkan dalam bentuk pakej bersama vaksin HiB, Polio dan Hepatitis B. Anggaran harga pula ialah RM185.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Vaksin HiB

Haemophilus influenza B boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan dan akan menganggu kanak-kanak bawah usia 5 tahun. Ia boleh menyebabkan jangkitan telinga dan bronkitis.

Vaksin untuk bayi: 3 suntikan dan suntikan tambahan

  • Suntikan pertama pada bulan ke-2 kelahiran
  • Suntikan kedua pada bulan ke-3
  • Suntikan ketiga bulan ke-5
  • 1 suntikan tambahan pada bulan ke-18

#5. Vaksin polio

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Polio boleh menyebabkan kelumpuhan kekal dan kematian kerana otot pernafasan gagal berfungsi.

Vaksin untuk bayi: 3 suntikan dan suntikan tambahan

  • Suntikan pertama diberikan pada bulan ke-2 kelahiran
  • Suntikan kedua pada bulan ke-3 
  • Suntikan ketiga pada bulan ke-5
  • Suntikan tambahan pada bulan ke-18 kelahiran

#6. Vaksin MMR (Measles, Mumps & Rubella)

Vaksin ini memberikan perlindungan 3 jenis penyakit iaitu campak, beguk dan Rubella.

Vaksin bayi: 3 suntikan dan suntikan tambahan

  • Dos pertama bulan ke-9 kelahiran
  • Dos kedua bulan ke-12 kelahiran (bayi yang lahir di Sabah, suntikan campak diberikan pada bulan ke-6)
  • Kanak-kank usia 7 tahun akan diberikan 1 dos tambahan untuk vaksin campak dan rubella.

Vaksin dewasa: Mereka yang berusia antara 18 hingga 24tahun disarankan mengambil suntikan ini dengan 1 atau 2 suntikan selang sebulan. Harga anggaran ialah sebanyak RM80.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Vaksin HPV

Suntikan ini untuk mengekang kanser serviks, vulvar dan faraj, kanser tekak, dubur dan zakar.

Vaksin remaja: untuk perempuan, mereka diberikan suntikan HPV ketika usia 13 tahun.

Vaksin dewasa: individu berusia 18 tahun hingga 24 tahun disarankan mengambil suntikan sebanyak 3 dos. Harga anggaran antara RM100-RM180.

#8. Vaksin JE (Japanese Encephalitis)

Penyakit ini boleh didapati melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti virus JE. Simptomnya ialah demam, pening kepala dan jangkitan otak.

Vaksin bayi: Suntikan ini diberikan kepada bayi yang lahir di Sarawak sahaja.

  • Dos pertama: bulan ke-9 kelahiran
  • Dos kedua: bulan ke-21 kelahiran

#9. Vaksin Influenza

Flu atau influenza menyebabkan masalah seperti pneumonia, bronkitis, jangkitan sinus dan telinga.

Vaksin dewasa: Individu dewasa disarankan mengambil suntikan ini setiap tahun. Anggaran harga bagi 1 suntikan ialah RM60-RM100.

#10. Vaksin Pnemukokal

Ia menyebabkan penyakit jangkitan paru-paru, darah, meningitis dan otak.

Vaksin untuk bayi: Kerajaan memberikan suntikan percuma kepada semua bayi bermula Jun 2020.

Vaksin dewasa: 1 dos dan suntikan tambahan

  • 1 suntikan disarankan diambil ketika usia 18 hingga 64 tahun.
  • 1 suntikan tambahan untuk individu berusia 65 tahun ke atas
  • Anggaran harga adalah RM150 hingga RM300.

#11. Vaksin Meningokokal

Ia melindungi jangkitan pada lapisan otak, saraf tunjang dan jangkitan dalam darah.

Vaksin dewasa: Disarankan untuk mengambil 1 dos suntikan atau lebih bergantung nasihati doktor. Harga anggarannya ialah RM165.

Sumber: Hello Doktor

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: